Selamat Harijadi ke 13 Abg Ngah! - Cerita Ita                                                             Selamat Harijadi ke 13 Abg Ngah! Langkau ke kandungan utama

Selamat Harijadi ke 13 Abg Ngah!

Selamat Hari Lahir Abg Ngah! 

Happy birthday Najmi! 


Assalamualaikum semua,  21 Mei 2023 tepat umur Abg Ngah atau nama dalam kad pengenalan dia Ahmad Najmi Afiq bin Ahmad Shahir cecah 13 tahun hari ni. Hari ni mood dia baik.. senyum je sepanjang hari. 


Dari pagi nasib Abg Ngah agak baik jugak.. awal pagi walau dah lewat ke sekolah cikgu lambai suruh masuk terus tanpa tulis nama.. pagi pulak dapat sarapan rendang daging dan ketupat segera walaupun raya dah habis. 


Kat sekolah dia cerita dia makan banyak. Ada kawan yang belanja makan bila tau harijadi dia hari ni. Ada yang bagi keychain sebab dia berjalan ke Vietnam masa cuti. Gembira Abg Ngah. 


Abg Ngah ni paling aku puji bab berkawan, memang dia paling mudah berkawan. Sebab dia paling lurus dan mudah mesra. Paling suka senyum jugak. Senyum yang sangat manis. 


Tahun ni kami sambut harijadi Abg Ngah dengan cara berbeza sikit. Tadi kami keluar agak lewat sebab tunggu Shah balik keja. Lepas Isyak baru boleh keluar. Selalunya kami bagi peluang anak-anak pilih tempat nak makan. Abg Ngah pilih Marrybrown. 


masing-masing dah ambik port,  sayang takde rezeki nak dine in


Jadi kami terus ke Marrybrown kat Kluang Mall. Aku singgah beli kek kat Secret Recipe dan Shah tanya kat Marrybrown sebelah. Marrybrown tu kata semua menu dah habis dan dah ready nak kemas. Masa tu pukul 9.15 malam. Jadi kami buat keputusan pergi Marrybrown kat Petron Taman Fajar. 


Sampai situ sama jugak diorang tengah kemas. Staff yang keja kata cuma boleh bungkus tak boleh makan situ. Padahal masing-masing dah bahagia dapat pilih tempat makan kat kerusi buai hayun-hayun. Kecewa jugaklah muka pasal kami bukan selalu makan kat luar. 


Lepas tu rupanya staff salah kira, terlebih masuk tempahan dan kena kira semula. Siap ambik order semua jam dah pukul 10 malam. Aku kesian dengan anak-anak jadi ajak Shah bentang tikar kat Taman Tasik Putih malam ni jugak untuk raikan. 

Suka dia dapat hadiah harijadi yang dia harapkan


Kami bentanglah kat atas dataran yang ada bertemankan lampu suram. Sempatlah nyanyikan lagu birthday untuk Abg Ngah dan kami bagi dia hadiah. Suka dia terima hadiah sebab inilah hadiah yang memang dia tunggu-tunggu. Dah lama dia minta hadiah ni. 


Kami hadiahkan dia kapal terbang drone yang mudah dia kawal. Main sekali dah tau guna dan kawal. Hebat Abg Ngah. Malam ni dia tidur dengan senyuman. 

dapatlah dia main kejap sebelum bateri habis


Buat Abg Ngah,  semoga terus jadi anak yang baik dalam segala benda. Ingatlah hidup di dunia ni tak mudah. Kita kena belajar semua perkara untuk hidup. Kadang-kadang perkara tu nampak mudah tapi agak susah bila kita yang buat sendiri. 


Ingat nasihat ummi dan ayah sentiasa. Jangan lalai dan ambik mudah semua perkara. Sentiasa peka dan perhatin pada apa yang berlaku di keliling kita. Belajar dan terus belajar tanpa putus asa. 


Ummi dan ayat sentiasa doakan Abg Ngah berjaya di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan berbakti pada agama, keluarga dan negara. Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 13 Abg Ngah! 


Ceritaita

Ulasan

  1. selamat hari lahir abang ngah. semoga jadi anak yang soleh.

    BalasPadam
  2. 🌈🎉🎈🎊🍰🎂🎉🎈🎊
    Selamat hari lahir diucapkan,
    Semoga diberikan kesihatan yang baik,
    Semoga Allah memberkati kehidupan sekluarga, Semoga apa yang didoakan Insha Allah akan dimakbulkan, Semoga Allah melindungi dan merahmati kehidupan sekluarga...
    🌈🎉🎈🎊🍰🎂🎉🎈🎊

    BalasPadam
  3. happy birthday abg ngah semoga menjadi rg yg berjaya dunia akhirat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum