Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

aku orang susah.... Part 3

salam semua, sambungan dari Part 2 , sekolah selepas 3 tahun kelahiran uda, rezeki mak dan abah bertambah lagi... mak melahirkan anak keempat.. andak...dan alhamdulillah keluarga kami dah makin besar...tambah lagi tanggungjawab abah... pada masa yang sama jugak aku dah mula bersekolah tadika... mak dan abah tak pernah meletakkan apa-apa harapan pada anak-anak... jauh sekali nak bagi tekanan supaya tekun belajar... cuma satu nasihat abah.. kalau boleh abah nak anak-anak abah berjaya dapat ilmu setinggi mungkin supaya tak jadi macam abah yang tak ada pelajaran... nasib aku agak baik... aku dah kenal huruf sebelum aku masuk tadika lagi... itu hasil penat lelah mak mengajar di rumah... jadi bila aku melangkah kaki ke tadika aku tak ada sebarang masalah untuk terus belajar membaca dan menulis... tapi budak yang kenal huruf tak semestinya bagus... ada kenangan di sekolah tadika yang aku masih ingat dan sentiasa menjadi bahan cerita dalam keluarga kami sampai la sekarang ni... pernah a...

penyata cukai pendapatan..

salam semua, tengah leka2 buat kerja tadi tetiba ada orang tanya aku.... dah buat penyata cukai pendapatan untuk thn lepas? alamak... aku lupa da.... rebut2 buka web LHDN... nak buat e filing.... bila aku dah bukak... tercengang2 pulak depan komputer... alamak apa kata laluan... aiseh buat setahun sekali kan... aku try 2 kali tak leh.... tutup dulu... tarik nafas... ingat semula.... pastu aku cuba login balik... tak leh jugak... aku keluar lagi... dah call shah dah... janji dengan dia petang ni nak gi LHDN kejap... nak settle... tetiba aku try bukak balik dan login....alhamdulillah kali ni buat slow2 boleh pulak... dah isi semua, sekali terlupa pulak berapa bil hospital adik aritu.... pastu abis aku godeh bil card credit kat opis yang jumpa cuma bil bulan 1.. bln 12 takde... aiseh... aku try godek2 kat sini lak... alhamdulillah aku ada tulis dalam entry ni Rezeki .. memang betul rezeki buat aku.... dah isi semua.... lega... untuk tahun 2010 ni aku tak perlu bayar cukai pendapatan......

cerita gempak...

salam, ehehe... tajuk cam gempak kan? saje je bagi tajuk gempak petang2 ni korang mesti dah ngantuk punya kan? tadi aku dapat surat ni.... memula pagi tadi aku sangka hujan je sampai petang... tak yah nak jenguk2 bukan hujan kat luar tu hujan dalam hati aku ni la.... rupanya dah sampai petang ni terpanas la pulak... adeh... pasal apa...pssssttttt..... aku dapat surat ni tadi.... yahoooooo.... akhirnya.... kami dapat duduk umah sendiri... ni tangan tengah bajet2 ni.... ada sapa nak tolong hulur sesikit tak?.... tangan kanan aku cam gatal je ni.... hehe.... apa  segan? ala takpe korang email nanti aku bagi no akaun k...hehe...

1st Contest Dari Roroi Yang Ensem

salam, aku nak luangkan masa jawap contest budak kecik ni... macam best je hadiah dia... aku penah kumpul setem gak dulu woo... tp hangat2 taik ayam je... tapi yang setem ni memang menarik... akak dah follow ko lama dah dik... ko suruh tag aku tag 2 orang ni yang rajin tag aku kalau ada contest aku je selalu tak nyempat nak join... kak ariana's dan  fitri senin soklan2 ko tu senang je dik.. soklan 1: dawai kokot kan? ala kalau bahasa glamer dia ubat stapler kan? ko dah lipat dia terbalik kat belakang dan ko cantum 2 kan? jangan ko nak cakap salah lak...mesti betul la jawapan akak punya.... soklan 2 : Roroi yang memang perasan ensem ok tak nak join jugak klik kat sign dia tu k...

gigil aku baca..

salam semua, mengigil aku bila baca berita kat metro tadi.... kesian mak budak ni... tak terbayang aku kalau aku berada di tempatnya... nauzubillahi minzalik... IPOH: Tidak sampai empat jam selepas mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan bayi lelakinya yang diculik, semalam, seorang ibu hampir pitam sejurus mengetahui anaknya mati dan mayatnya ditemui dibuang di tepi lebuh raya, Sabtu lalu. Dalam kejadian 5.45 petang itu, mayat bayi lelaki lengkap berpakaian dan berstokin kaki itu ditemui disumbat dalam bag kanvas sebelum dicampak berhampiran plaza tol Bandar Baharu, Kedah. Ketika ditemui mayat kanak-kanak malang yang dibuang tidak sampai 12 jam itu dalam keadaan lebam di kepala, selain hidung berair. Mangsa sebelum itu dikatakan dilarikan seorang lelaki yang juga kenalan rapat ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas ia diserahkan untuk jagaan sementara. Difahamkan, wanita berkenaan, M Kavitha, 36, mengecam wajah bayi berusia sembilan bulan itu sejurus dipanggil polis...

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

salam semua, alhamdulillah aku dah berjaya tenangkan diri dan kali ni nak santaikan pemikiran nak join segmen ben ni kejap... tajuk kat atas tu pun dah jelas dan nyata suruh cerita kenapa aku akhirnya jadi seorang blogger kan? jadi aku kena la jawab dengan ikhlas.... ikhlas ni ben takde tipu2 punya... sejak dari aku sekolah dulu aku selalu berangan nak jadi penulis... aku suka baca novel dan cerpen... konon2 nak cari idea... sampai sekarang ni masih lagi berangan nak tulis buku... tapi aku tau bakat aku tak sampai ke mana pun... kalau tulis buku belum tentu orang nak baca... korang nak tau buku apa yang aku nak tulis... aku berangan sangat nak tulis buku pengalaman hidup abah aku... walaupun abah aku bukan artis popular tapi aku rasa sebagai anak yang mengenang jasa aku patut jadikan abah aku sebagai ikon popular... jadi aku start dengan berblog....sebelum aku boleh tulis benda yang serius jadi aku cuba tulis cerita-cerita sempoi macam cerita hidup kami hari2... tengok market dulu...

aku orang susah.... Part 2

salam semua, sambungan dari Part 1 , nota mula: kalau ada yang kata aku bercerita untuk menunjuk2 ketahui la aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca... jadi bermula la perjuangan abah sebagai peneroka felda.... bertemankan motor suzuki abah yang belum habis bayar... abah bawak kedua-dua anak kecik dia pindah bersama mak... masa ni umur aku baru 3 bulan, along pulak 2 tahun lebih.. orang lain semua pindah pakai lori ... abah cuma naik motor je... maklumlah tak ada banyak barang yang nak dibawak... abah cuma bawak yang penting--penting saja dulu...yang abah bawak masa tu cuma dapur, 1 kuali dan satu periuk... beberapa pinggan tepen (atau pinggan ayan) yang confirm tak pecah... dan beberapa biji gelas... jadi la untuk kami sekeluarga.... ada satu ayah abah yang aku takboleh lupa... masa tu abah sangat baru dengan daerah kluang... maklumlah abah membesar di kota tinggi dan kemudian bekerja di singapura semasa bujang... abah abadikan hidupnya untuk adik-beradik jadi abah ta...