aku orang susah.... Part 2 - Cerita Ita                                                             aku orang susah.... Part 2 Langkau ke kandungan utama

aku orang susah.... Part 2

salam semua,

sambungan dari Part 1,

nota mula: kalau ada yang kata aku bercerita untuk menunjuk2 ketahui la aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca...

jadi bermula la perjuangan abah sebagai peneroka felda.... bertemankan motor suzuki abah yang belum habis bayar... abah bawak kedua-dua anak kecik dia pindah bersama mak... masa ni umur aku baru 3 bulan, along pulak 2 tahun lebih.. orang lain semua pindah pakai lori ... abah cuma naik motor je... maklumlah tak ada banyak barang yang nak dibawak... abah cuma bawak yang penting--penting saja dulu...yang abah bawak masa tu cuma dapur, 1 kuali dan satu periuk... beberapa pinggan tepen (atau pinggan ayan) yang confirm tak pecah... dan beberapa biji gelas... jadi la untuk kami sekeluarga....

ada satu ayah abah yang aku takboleh lupa... masa tu abah sangat baru dengan daerah kluang... maklumlah abah membesar di kota tinggi dan kemudian bekerja di singapura semasa bujang... abah abadikan hidupnya untuk adik-beradik jadi abah tak ada masa nak survey mana--mana daerah kat johor sekalipun... bila tercampak ke daerah kluang abah susah hati... pada masa tu pulak felda kahang timur tu nun jauh di dalam hutan.... tempat harimau bertendang.... apa la nasib kami agaknya... tapi abah nekad je pegi.. 

cuma bila ada barang keperluan yang tak ada di rumah abah akan mencari di kota tinggi bersama along yang selalu temankan abah naik motor sampai kadang-kadang boleh tertidur atas motor... yang kesiannya abah tak pernah tau kewujudan bandar besar yang satu lagi iaitu kluang.... kesian abah... hanya bila kami dah mula bersekolah abah cuba-cuba pergi ke bandar kluang... itu pun naik motor separuh jalan dan separuh jalan lagi abah terpaksa naik bas sebab abah tak ada lesen motor masa tu tambah pulak motor abah tak ada roadtax... selalunya abah akan naik motor sampai kampung gajah dan teruskan perjalan ke kluang naik bas dari kampung gajah.

satu lagi kepayahan abah tempuh masa mula-mula duduk felda.... masa tu pokok sawit masih baru nak tumbuh... abah buat macam-macam kerja sebelum merasa hasil dari pokok sawit yang ditanam... pernah ada ketikanya abah cuma dapat gaji rm30 sebulan.... kesian abah... mana nak tanggung susu anak-anak lagi...masa ni aku dah dapat sorang lagi adik... uda lahir kat sini lepas 2 tahun lebih kami pindah...

mak kena susukan kami campur susu formula pasal mak kena tolong abah bekerja.... kami sejak dari kecik dibawa ke kebun sebab tak ada orang yang boleh jaga kami... sampai mak kata anak mak yang paling baik ialah uda sebab dari kecik uda ikut mak ke kebun tak pernah sekali pun uda tinggalkan tikar yang mak bentang untuk letak uda... walaupun masa tu uda dah pandai merangkak...

abah selalu berusaha supaya anak-anak tak akan lapar... abah bekerja keras... banting tulang empat kerat untuk anak-anak... abah pergi pajak kebun getah cina kat kampung gajah... kami selalu ikut abah pergi potong getah... tapi kami memang tak pernah nak pandai toreh getah.. cuma boleh tolong teman abah dan kutip getah beku aja...tak boleh diharap... abah juga ambik upah tabur baja.... meracun... apa saja kerja bagi menyara kami... pendek kata selagi ada matahari abah akan terus bekerja... abah tak pernah mengeluh... sekali pun tidak...

kalau masa kecik segala-segala benda boleh jadi makanan... mak dengan abah sangat kreatif... yang penting mak kata anak-anak tak pernah mengeluh apa saja lauk yang mak hidangkan... abah rajin memburu... memancing untuk anak-anak... kami dah biasa makan nasi cuma lauk kentang masak air.... dari jauh aku dah boleh bau lauk apa mak masak... 

kadang-kadang kami cuma makan ikan sungai goreng.. mak dengan susah payahnya mengasingkan tulang dengan isi supaya kami anak-anak dia yang masih kecik boleh makan... kadang-kadang abah akan ambil betik muda buat lauk... kadang-kadang mak ambil daun bunga pagar yang muda-muda yang ropol-ropol ala-ala pegaga buat lauk juga... alhamdulillah kami tak pernah merungut... abah tanamkan rasa bersyukur dalam hati kami dengan setiap rezeki yang kami terima... lagi aku rasa susah nak jadi macam abah...

abah dan mak tak pernah tunjukkan rasa susah... sedih... dengan apa yang mak dan abah tempuh untuk membesarkan kami... tapi abah selalu buat air mata aku tumpah... ada satu peristiwa yang aku tak pernah tau tapi bila aku dah besar ni abah ceritakan semula... pernah masa umur aku dalam 4-5 tahun abah niat nak belikan kasut baru untuk hari raya... macam biasa abah naik motor sampai kampung gajah abah naik bas pulak... dengan berbekalkan rm10 pada masa tu, abah sampai kat bandar kluang... abah pergi kedai kasut dan abah cari kasut yang abah rasa sangat cantik... ye la masa tu aku cuma sorang anak perempuan abah... ingin rasa abah nak tengok anak dia pakai cantik-cantik sikit... abah pegang kasut tu... harga dia rm6...  abah ambil dan terus bayar... tokey cina tu bagi diskaun kat abah lagi rm1... jadi abah cuma bayar rm5... abah balik dengan senang hati... 

abah dapat jimat sikit untuk beli keperluan lain... sampai dalam bas abah tak sedar bila bungkusan kasut tu hilang... abah cari-cari tapi dah takde... abah panik... abah dah janji dengan aku nak beli kasut tapi kasutnya tak ada... abah jalan kaki ke bandar pasal duit cuma cukup-cukup nak beli kasut je... minyak motor pun cuma cukup-cukup nak balik rumah je... sampai kat kedai tadi abah cakap dengan tokey cina tu nak beli kasut yang sama sebab kasut tadi dah hilang... dan cina tu cuma suruh abah bayar rm4 je... baik kan hati tokey cina tu...? abah boleh naik bas sebab ada baki lagi duit abah... lepas tu abah balik dengan senyum serahkan kasut yang aku pun tak tau betapa susah abah nak dapatkannya.... sampai sekarang ni... aku baru tau...

bersambung lagi ye ke part 3... aku nak solat dan berhentikan air mata aku jap ni...

Ulasan

  1. sedihnya dikk
    x perlah dik dengan cara ini , kita x mudah lupa asal usul kita .. semoga kita sedar akan hakikat kehidupan ini :))

    BalasPadam
  2. sedih...tiba² teringatkan ayah kat kampung... :(

    BalasPadam
  3. ita...tu la susah payah org tua kan..sedih aku baca...tp mcm kata pepatah..bersusah2 dulu, bersenang2 kemudian..

    BalasPadam
  4. faiz:
    meh nangis sama2 aku meh...

    kak ieda:
    insyallah kak...sy akan tanamkan pada anak2 sy juga..

    riza:
    balik dan hargai mereka selagi ada masa..

    mas:
    ko pun nak join aku nangis dengan faiz ke?..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...