Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

ini bukan listen! listen! listen! tapi read! read! read!

assalamualaikum semua, baru lepas tonton video forum "listen! listen! listen!" eh bukan la forum mahasiswa dan politik tu yang sedang hangat di mana-mana tu.. komen aku...huhu...satu je...KESIAN...kat siapa tau...? pertama kat student yang nak tanya soalan tapi kena potong....dah ko tanya panjang sangat dik...itu bukan tempat ceramah... kedua kesian kat moderator...moderator kan yang si sharifah tu? ke memang majlis ceramah dia ni...pasal asyik dia yang bercakap kan? hihi...sorry la jadi konfius... ketiga kesian kat ahli panel yang nak bercakap tapi tak dapat...kena halang dek sharifah tu...adoiiaiii dah tu buat apa la korang panggil dia kalau tak bagi dia cakap? dan keempat kesian kat diri aku sendiri yang tak pasal-pasal kena ambik tau pasal kebajikan ikan jerung pulak...hihi... apa pun korang nak buat aku tak kisah ok...cuma fikirkan matlamat masuk U tu ye... ke memang korang ambik sains politik kat U tu...haaa yang tu aku no komen..... p/s anak2 muda ni (ceh maca...

Wordless Wednesday # 12

assalamualaikum semua, p/s enjoy dulu dengan cerita seram semalam tu ye..petang karang kot baru sempat menulis entry baru..

cerita seram di jalan mersing - kahang barat - kota tinggi

Cerita seram di jalan mersing - kahang barat - kota tinggi assalamualaikum semua, maaf semalam takde update dari cerita ita... letih disebabkan sampai rumah dah dekat jam 2 pagi...pagi pulak nak bersiap gi keja...dengan nak siapkan anak-anak lagi...aku punya rutin dengan shah memang wajib mandikan anak-anak kami sebelum ke taska..dulu-dulu memang kami tak mandikan anak sebelum gi taska, kami angkat je diorang dari tempat tidur terus ke kereta..cuma salinkan lampin je.. tapi sejak anak-anak selalu tak sihat dan payah nak baik...kami tukar rutin pagi dengan mandikan semua anak dengan air suam...alhamdulillah kesihatan anak-anak makin ok lepas tu... eh dah lari dari tajuk dah...cerita ita memang macam ni...lagipun cerita wayang pun selalu ada iklan dulu kan.....heheee... Cerita seram di jalan mersing - kahang barat - kota tinggi pasal kisah seram ni...ini adalah kisah benar adik aku yang bawah aku atau dalam keluarga kami panggil dia Uda... Kisah ni terjadi pada bulan lepas kalau...

durian

assalamualaikum semua, sunyi kan semalam..? aku gi tangkak melawat adik aku kat sana. saja berjalan-jalan ke tangkak sebab dah lama sangat tak jumpa adik aku tu....last jumpa masa acik aku kahwin je hari tu....pastu time dia balik aku tak balik..time aku balik dia pulak tak balik...payah nak bertembung muka....akhirnya bila shah kata nak gi tengok adik semalam lega hati aku....anak-anak pun dah rindu dengan moksu diorang.... tapi bukan pasal tangkak yang aku nak cerita ni...pasal gambar bawah ni haaaa... gambar husna sibuk nak kopek durian jugak....dia tengok kami tekan kulit durian tu...dia pun nak ikut macamana kami buat....sebabnya dia memang suka betul durian ni...kalau ayah dia nak bukak durian...dia yang ada dulu depan mata...hihi... p/s kami baru sampai dr kampung...mata aku tak berapa larat arrr nak bukak...

Anuar Zain nak buat konset lah!

assalamualaikum semua, dah petang dah..... dan hari hujan di Kuantan ni... tapi cuma kejap-kejap je.... tempat korang hujan jugak ke? malam tadi ada sesiapa tengok 9 soalan kat tv9? aku tengok lepas rancangan Semanis Kurma... bagus pengisian Semanis Kurma bertajuk Sihir Cinta malam tadi.... bukan malam tadi je... setiap malam semanis kurma la memang best....cuma kadang-kadang masa ustaz dan ustazah bagi tips tu macam pendek sangat dan terkejar-kejar dek masa yang makin suntuk... mungkin di lain masa ustaz dan ustazah boleh panjangkan sikit masa tips tu supaya kami penonton setia ni boleh ambik nota sikit.... boleh ye? bebalik pulak dengan Anuar Zain nak buat konsert ni... mungkin dah ramai yang tau... tapi serius aku baru tau malam tadi.... alahai ita... maaf ye... ketinggalan selalu kalau bab-bab hiburan dan artis ni.... cuma pasal anuar zain ni aku memang minat lagu-lagu dia sejak dulu.... minat pun belum lagi bazirkan duit beli cd atau album... suka dengar lagu dia kat r...

perbualan suami isteri yang mengembirakan hati isteri....

assalamualaikum semua, sekejap je dah hari jumaat kan? bila hari khamis je hati dah mula berbunga-bunga... bukan pasal nak jumpa malam jumaat ye....hish korang ni...cepat no bertukar jadi biru...belum sampai klimaks cerita lagi ni.... pastu bila habis hari khamis jumpa pulak hari jumaat..penghulu segala hari...lagi pulak hati makin berbunga-bunga...lagi ditambah pulak dengan cuaca agak muram di kuantan pada tengah hari ni....hujan sekejap tadi...lebat walaupun sekejap...cukup la untuk menyejukkan bumi kuantan... berbunga pasal dah dekat cuti dan masa untuk bersama keluarga telah tiba...yeay.... berbalik pada tajuk....perbualan ni berlaku antara aku dan aku malam semalam di rumah kami syurga kami tu.... mulanya sewaktu di dalam kereta ada cetusan idea dari aku nak mengajak shah ke Cameron Highland..jugak nak ajak akak ipar aku yang sememangnya nak pergi sebelum ni tapi plan tak jadi... aku : abg, kita ke Cameron nak hujung minggu ni? kita ajak kak ani sekali la... shah : i...

kopi Vietnam la pulak...

assalamulaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal buahtangan dari jiran yang balik dari Vietnam.... sebenarnya dah dapat hari ahad lepas lagi dah.... tapi mood macam merundum je bila tengok BE nuffnang tak masuk-masuk... nuffnang merajuk eh dengan aku...? sedih i tau...... Kopi Vietnam ok nak cerita pasal kopi ni.... aku tak tau la sedap ke tak pasal shah je yang minum... aku kurang sikit kopi-kopi ni.... dulu aku hantu kopi sebenarnya tapi sekarang dah tak dah.... kalau aku minum pun cuma nak ambik hati dan nak hilangkan haus je.... sebabnya? haaaa.... ada sebabnya tau.... aku lepas bersalinkan adik husna ada la jugak minum kopi sekali sekala.... kalau aku minum buka secawan dua ok... mana best minum secawan dua... kira kalau aku buat seteko kecik tu untuk kami, aku dan shah minum berdua la.... banyak eh? tak la tu kira biasa-biasa je tu..... sedap ooo kopi ni.... lelagi yang baru bakar dan kisar tu.... kat Giant ada jual.... wangi je bau dia.... kalau cicah biskut........