Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pagi yang kelam kabut di Kuantan - Jalan Bertukar!

assalamualaikum semua, kelam kabut bandar Kuantan pagi ni...tak dapat aku bayangkan bila petang nanti... Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami pergi dan pulang dari kerja sehari-hari...amin.. sebabnya.... inilah dia... cadangan penukaran jalan yang telah dilaksanakan mulai hari ni 22 Julai 2013 hingga ke 21 Oktober 2013... aku tak kisah pun penukaran jalan yang nak dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan sebab alasannya dibuat untuk mengurangkan kesesakan teruk di waktu puncak di kawasan bandar Kuantan selama ni... cuma yang aku kisah dan susah hati adalah kerana jalan yang terbabit adalah jalan kami untuk pergi dan balik kerja hari-hari... dan penukaran dibuat di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan... bayangkan keadaan kami yang selama ni memang kena menempuh kesesakan di Jalan Mahkota yang dipenuhi dengan Bazaar Ramadhan... ada 2 Bazaar Ramadhan di sepanjang jalan tu... satu di parking berhadapan dengan padang MPK 1 (yang popular sebagai tempat be...

Bila anak dara dah boleh diharap

assalamualaikum semua,salam jumaat semua... masih bersiaran dari kampung hari ni....tenang je duduk kat kampung ni.. best kan kalau anak dara dah boleh diharap macam ni..lagi rasa sejuk je hati... ;) p/s baju raya anak2 dah cari...ummi ayah punya tunggu dulu la ye..

Kalender Berpuasa Dutch Lady dan Kempen Susu dan Sahur

assalamualaikum semua, lama dah berangan nak buat entry ni tapi manjang asyik terlupa dan tak sempat... nak cerita perkongsian yang baik ni... terutama untuk ibu-ibu atau bapa-bapa yang ada anak baru belajar berpuasa tahun ni... haaa... korang tau susu Dutch Lady? mestilah tau kan? Dutch Lady ada melancarkan kempen untuk bulan Ramadhan ni... ada artis cilik yang terlibat... Mia Sara.. comel dia ni kan? Kempen yang dianjurkan ialah kempen Susu dan Sahur. Bagus untuk melatih anak berpuasa. aku tau pasal ni sebab anak-anak memang minum susu Dutch Lady.. dari abg long sampai ke adik husna... dan hari tu terpandang kertas kat tepi tempat jualan susu tu.. aku tengok dan bila perhati agak menarik...aku ambik 2 untuk anak-anak... Kempen "Susu dan Sahur"   Kalender Berpuasa   Kalender bulan puasa -ruangan untuk ditanda bersama nota comel    satu tentu untuk abg long tanda nanti... satu lagi untuk abg ngah kalau dia sama sibuk nak menanda juga...

Buku Siri Blogger Masakan

assalamualaikum semua, hari ni rasa macam nak senyum je.... ada 2 sebab tau... pertama sebab kami nak balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga di Johor... tak sabar rasa nak balik... kalau tak malam ni.. kami akan bergerak esok pagi lepas subuh insyaAllah... itu pun kalau takde aral atau bangun bersahur seperti yang dijadualkan la... kedua sebab nak senyum ni..... sebab ini la.... Buku Siri Blogger Masakan  buku ini dah selamat sampai dengan jayanya ke tangan.... Alhamdulillah syukur.... kalau selama ni aku cuma mengintai-gintai resepi dari blog popular Azlita Masam Manis ni.... dan selama ni cuma jadi peminat setia setiap kali beliau memuatnaik gambar ke facebooknya... (juga jadi orang yang selalu gigit jari dan telan air liur je) ... dan selama ni termimpi-mimpi kalau la resepi beliau dibukukan... alangkah bestnya... dan akhirnya impianku menjadi kenyataan.... saat beliau umumkan penjualan bukunya... aku dah tercari-cari cawangan MPH di Kuantan yang n...

Wordless Wednesday # 31

assalamualaikum semua, p/s dah masuk 8 hari puasa di bulan Ramadhan ni...masih ada yang macam ni lagi ke? ;)

Penentuan Arah Kiblat mengikut Istiwa' Matahari di atas Kaabah

assalamualaikum semua, pagi ni agak berkabus di kuantan ni... didoakan tak sampai ke petang cuaca yang suram ni... sebabnya hari ni kalau menikut kalender setiap tahun adalah hari penentuan kiblat mengikut Istiwa' matahari di atas Kaabah... ada sesiapa nak tau maksud istiwa'? boleh rujuk rujukan di bawah ni ye.. aku bukan ahli ilmu dan menerangkan lebih lanjut... cuma nak berkongsi cara kita nak tentukan arah kiblat menggunakan kaedah Istiwa' Matahari di atas Kaabah ini...sebenarnya terbaca semalam bila ada yang mengingatkan... terima kasih Denaihati .. merujuk pada Falak online telah ditentukan setiap tahun penentuan kiblat dengan cara ini boleh dibuat pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang ... Cara menentukan arah kiblat : 1. Pacakkan satu tiang lurus di tanah rata. 2. Letakkan satu tali dengan pemberat di hujungnya untuk memastikan tiang itu benar-benar lurus. 3. Perhatikan bayang-bayang yang terhasil pada jam 5.28 petang. 4. Arah kibla...

Kuih Raya kami yang kedua..

assalamualaikum semua, ni projek kedua kuih raya dari kami.... Biskut Pelangi Salju Biskut Pelangi Salju   Resepi Biskut Pelangi Salju dari buku Chef Hanieliza Bahan-bahan 300 gram tepung gandum 125 gram minyak sapi 125 gula halus Pewarna yang disukai (aku pakai merah, kuning telur-yang ni tak yah guna pun tak pe, adunan dah kuning dan hijau epal) gula halus secukupnya Mangkuk kertas Cara-cara 1. satukan gula dan minyak sapi dan ditepuk sebati 2. masukkan tepung gandum dan digaul sebati (guna spatula pun ok) 3. bahagikan pada 3 bahagian dan diwarnakan dengan warna kuning telur, merah dan hijau epal 4. ambil satu bahagian kecil dari setiap warna (sebesar manik) dan satukan dan bulat-bulatkan 5. Bakar dalam oven pada suhu 180-200 degree celcius selama 20 minit 6. keluarkan dan sejukkan 7. bila sejuk golekkan dalam gula halus dan letakkan di dalam mangkuk kertas 8. susun dalam balang kedap udara sebenarnya nama dia tu aku tak ingat tapi aku main bubuh je nama pelangi sal...