Isnin, 15 Julai 2013

Kuih Raya kami yang kedua..

assalamualaikum semua,

ni projek kedua kuih raya dari kami....


Biskut Pelangi Salju 

Biskut Pelangi Salju
dari buku Chef Hanieliza

Bahan-bahan
300 gram tepung gandum
125 gram minyak sapi
125 gula halus
Pewarna yang disukai (aku pakai merah, kuning telur-yang ni tak yah guna pun tak pe, adunan dah kuning dan hijau epal)
gula halus secukupnya
Mangkuk kertas

Cara-cara
1. satukan gula dan minyak sapi dan ditepuk sebati
2. masukkan tepung gandum dan digaul sebati (guna spatula pun ok)
3. bahagikan pada 3 bahagian dan diwarnakan dengan warna kuning telur, merah dan hijau epal
4. ambil satu bahagian kecil dari setiap warna (sebesar manik) dan satukan dan bulat-bulatkan
5. Bakar dalam oven pada suhu 180-200 degree celcius selama 20 minit
6. keluarkan dan sejukkan
7. bila sejuk golekkan dalam gula halus dan letakkan di dalam mangkuk kertas
8. susun dalam balang kedap udara
sebenarnya nama dia tu aku tak ingat tapi aku main bubuh je nama pelangi salju tu... hahaha...kira ok je la kan...? biskut ni sedap... ada rangup-rangup sikit... dan bila masuk mulut cair...tu yang best tu... sedar-sedar dah tinggal separuh balang je...aku terbuat besar sikit gula tu... kalau kecil sikit comel-comel je masuk mangkuk kertas tu... tapi kira boleh je la kan....

mesti ada yang cakap aku rajin kan? dan awal noo dah siap kuih raya kan?

maaf la ye ... aku ni pemalasnya shah dengan Allah je yang tau (tak termasuk family terdekat ;) )...

tapi bila memikirkan selalu terkena bila beli kuih raya... selalu noo tak sedap... walaupun yang mahal...

pastu bila memikir pulak kalau aku buat kerja kat dapur ramai noo yang nak menolong...jadi apa kata kalau aku memaksimakan tenaga diorang ke arah yang lebih baik kan?...hehehe...

kenapa aku mesti buat awal?

hah... ini lagi satu soklan aku susah nak jawab... bukan sebab aku ni tak nyabor beno nak raya tau.... tapi sebenarnya sebab aku ni bekerja setiap hari... maka masa yang ada cuma hujung  minggu di samping malam yang cuma sempat aku berguling dengan anak-anak je la tu kan...

jadi untuk mencapai azam aku sekurang-kurangnya aku dapat bawak kuih raya dalam 4 hingga 5 jenis ke kedua-dua rumah orang tua kami... maka aku pun merajinkan diri sambil mahu menanggung risiko yang kuih itu hanya akan tinggal separuh menjelang balik raya nanti..(ya'ini...sudah selamat masuk ke dalam perut)..

tapi tahun ni agak selamat sebab abg long dah belajar berpuasa....

tapi tadi bila jemput dia balik sekolah tanya dia...

aku : abg long puasa lagi tak?
abg long : puasa...saya tahan la ummi...saya tak makan pun...
aku : alhamdulillah... abg long boleh dapat pahala besar Allah bagi..
abg long : ye la..saya tahan kan? saya cuma minum air sekali je tadi...
aku  : aik? minum? abg long minum ke? 
abg long : aah..saya minum je tak makan...
aku : laaaa nak... puasa kan kena tahan makan dengan minum sekali..
abg long : ...... (diam seribu bahasa)

hahaha...apa la agaknya dia faham ye? tapi aku suruh je dia sambung balik... hehehe...

p/s petang ni ntah nak berbuka apa ntah... susah hati tau memikir menu... org kata makanan berbuka tak penting..tapi bila anak dah belajar berpuasa ni..menu berbuka dan menu bersahur jadi sangat penting tau...

12 Luahan Ikhlas:

Anum berkata...

rajin kan

Izwa Kamaruddin berkata...

hehee..sian dia..dah salah paham ye kak..

Hana berkata...

kalau buat sendiri mesti habis cepat.. hehe

Bunda_nora berkata...

ada salah faham kat situ...

SALAM RAMADHAN...

ANIM berkata...

Kak panggil biskut arab. Dulu satu kaler, la dah mcm2 kaler. Duku, setiap tahun tak miss uat biskut. Sejak duduk sp, suami kak tak bagi buat. Beli aja biskutraya. Tak tau nape walhal peralatan semua ada. Dia tak suka kak duduk lama2 kat dapur bila usia dah meningkat ni.ikutkan aja...Heee

P/S tak pelah ita. Pelan2 kayuh bang long. Besar nanti oklah. 2 abdul kak puasa penuh pun dah darjah 2, darjah 3

Bin Muhammad berkata...

Dah 2 jenis biskut raya...ni kalau sampai Raya mau berbelas jenis nie...hehe.

Rozita Ceritaita berkata...

sikit..hehe..

Rozita Ceritaita berkata...

ye la izwa... budak2...

Rozita Ceritaita berkata...

kan...? tuan yg buat pun sama ngap.. hehe...

Rozita Ceritaita berkata...

rasanya dah diterangkan tapi budak2 ni biasa la kena ulang2 kan..

Rozita Ceritaita berkata...

haaa.. biskut arab kan kak? tu yang terfikir apa nama tradisional biskut ni... nasib akak bagitau..

hehe.. takpe la kak.. cuma sesaja je ajar berpuasa..hehe.. takyah pun nak puasa sgt..cuma nak latih je..

Rozita Ceritaita berkata...

itu pun kalau tak cuma tinggal bekas je la... hehe..