Resepi Lontong Goreng - Menu Bersahur - Cerita Ita                                                             Resepi Lontong Goreng - Menu Bersahur Langkau ke kandungan utama

Resepi Lontong Goreng - Menu Bersahur

assalamualaikum semua,

petang semalam ada kawan-kawan di group whats-apps cerita pasal lontong goreng....

lepas tu teringat pulak pernah belajar dengan akak kat opis ni cara-cara nak buat nasi impit atau orang johor panggil lontong yang mudah...

jadi semalam nak buat percubaan la kononnya.... dan cadangannya nak buat lontong goreng sebagai menu berbuka kami petang ni...

tapi akhirnya menu berbuka tu bertukar menjadi menu bersahur disebabkan ketidaksabaran aku.. hehehe...
alhamdulillah atas rezeki kesihatan yang dikurniakan... masih lagi boleh memasak untuk keluarga...

ok meh kita cerita pasal resepi lontong goreng ni...




Lontong goreng 


Lontong Goreng Versi Cerita Ita

Bahan-bahan untuk lontong
1 pot beras
3 pot air
1-2 sudu besar minyak masak

cara-cara
1. masak semua bahan dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.
2. bila dah masak, masukkan nasi lembik yang masih panas ke dalam plastik.
3. ratakan plastik dengan kain
4. Biar sejuk dan bila sejuk nasi dipotong dadu.



lontong yang disejukkan 


sedia untuk dipotong 


Bahan-bahan untuk lontong goreng
Nasi impit @ ketupat nasi segera (5 biji yang kecil) dipotong dadu
1 biji bawang besar (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
1 sudu besar tomato puri
1/2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
2 sudu besar cili kering kisar
1 pokok sawi (asingkan batang dan daunnya)
1/4 lada benggala (dihiris)
garam secukup rasa

Cara-cara
1. tumis semua bawang dan cili kering sehingga naik bau
2. masukkan tomato puri, sos tiram, garam dan kiub ayam dan kacau rata
3. masukkan batang sawi dan masak sehingga layu
4. bila bahan tumis agak kering masukkan lontong dan gaul rata
5. masukkan sawi dan lada benggala dan kacau rata sehingga sawi layu (kacau sekejap2 untuk elakkan lontong hancur)
6. bila semua sebati matikan api.



lontong goreng 


senang je kan? ada orang suka letak sayur macam-macam dalam lontong goreng ni... ikut suka la nak letak apa pun... kalau suka boleh juga tambah carikan ayam rebus atau goreng atau daging kisar ataupun telur hancur...

aku suka kalau letak banyak sayur macam taugeh.. kangkung.. lagi sedap kalau guna cili padi...

selamat mencuba ye...



p/s pagi-pagi dah cerita makanan kan? maaf la ye... takut petang tak sempat... tak pun boleh bagi idea kat sesiapa yang cari menu berbuka petang ni...

Ulasan

  1. Salam kenal dari Che Mid.. nampak sedap lontong goreng tu.. tapi Che Mid tak pernah makan la...

    P/s.. minta tolong sikit ya.. macamana nak link entri blog ke Kelab Blogger ni, Che Mid tak reti la.. boleh tak ajarkan..tk

    BalasPadam
  2. Uishh Ita rajinnya. Kalau akak, rebus yang instant jer...hahahahhaa. Lepas tu akak suka potong kecik2 sikit lagi, lepas tu kasi dia hitam sikit dengan kicap...hehehehehehhe.

    Aduhh... nak buat sendiri, tekak sorang jer yang makan nie kang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat sendiri lagi cepat dari yg segera tu la kak.. sbb tu saya rajin.. dan lagi cantik hasilnya.. kalau yg segera tu kena rebus lama baru cantik.. rugi gas.. hehehe..

      Padam
  3. mesti sedap...sy blm prnh cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap nasuha...resepi dah ada..meh la cuba..

      Padam
  4. ehh? lontong goreng? tak pernah denga pon ade makanan ni..haha
    makanan johor jugak ke ni? nampak mcm sedap jer..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. agaknya la johor punya... hehe kat johor je selalu jumpa pun..

      Padam
  5. wahhh menarik nie ita
    akk x pernah cuba lagi nie ;)

    BalasPadam
  6. eh nasi impit tu dipanggil lontong ke???? firt time tahu ni.. ngat lontong ni kuah yang warna putih kekuningan tu.. makan ngn nasi impit gak la

    BalasPadam
  7. tak pernah cuba lagi..biasa buat dan makan lontong dgn kuah lodeh ja

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum