Menu Berbuka - Cerita Ita                                                             Menu Berbuka Langkau ke kandungan utama

Menu Berbuka

assalamualaikum semua,

dah masuk 3 ramadhan dah hari ni... sekejap je rasa... rasa macam baru je pengumuman...

nak cerita perjalanan berpuasa abg long tahun ni...

abg long beriya-ia bangun sahur macam aku cerita dalam entry ni Baru 1 hari bersahur ...

tapi sudahnya sampai sekolah jam 8 pagi dah makan biskut cicah air kat sekolah tadika dia... aduhai....sabor je la...

semalam pulak aku kejut bangun sahur tapi dia langsung taknak... aku dukung...basuhkan muka... pastu lari tidur semula... malas dah nak paksa....

jadi malam tadi aku dah tanya sesiap... nak bangun sahur ke tidak... dia jawab nak... jadi pagi tadi kami kejut dia... dah lambat jadi makan je la menu berbuka semalam... itu pun aku tolong suapkan... tapi syukur jugak ada jugak masuk perut...

pagi tadi pulak jam 10.15 pagi cikgu telefon... dia kata hakimi menangis-nangis nak makan dengan kawan-kawan... dia kata dia dah sakit perut lapar... tapi aku pesan balik dengan cikgu dia...cuba tahan selagi boleh...

dan cikgu bekalkan makanan buat balik rumah... dan tadi shah telefon... selamat dah bubur tu dalam kereta lagi dah... adoiaiiii...sabor je la... tapi alhamdulillah jugak sampai la ke tengah hari... esok aku cuti dan dia duduk dengan aku... harus aku suruh tahan selagi boleh ni...

meh layan menu berbuka kami yang simple semalam....

Homemade Capati dengan Kari Kambing


capati dan kari kambing 
sila abaikan rupa capati yang agak tak seberapa tu ye.... biasa la bila buat keja menggelek ni ramai sangat yang nak jadi pembantu chef... hehehe....

ada yang nak tanya resepi? errr...kari main campak-campak je tu... dan agak-agak...
yang capati tu... ikut je panduan kat belakang paket tepung atta... senang dan mudah...tapi lainkali kena cari yang jenama alagappa's la... lembut je capatti dia...

p/s nak buat kuih raya la esok... isi masa lapang anak bujang tu... tapi takut dia jadi tergoda pulak dengan bau kuih kan? lagi kesian....

Ulasan

  1. capati! fevret saya tu

    selamat berpuasa

    BalasPadam
  2. sedapnyer..aduhai..nk pi cari la kt bazar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari ...jgn x cari... tp capati ada jual kat bazar ye? belum pernah jumpa lg..

      Padam
  3. hehehehe..biasalah budak2..nasib baik anak sy ok tahun ni

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. hehe... gi cari.. ibu mengandung terliur payah tu....

      Padam
  5. sedap tuuu! tapi ena berbuka memang kna cari nasi.. huuuuuu.. apapun, selamat berpuasa kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ena..memang ramai camtu..kami tak kisah..ada ok.. takde nasi pun ok..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...