Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Pemergian orang yang tersayang


assalamualaikum semua,

sejak 2 minggu lepas berturut-turut adalah minggu yang sangat mengejutkan bagi aku...

berita pemergian orang yang tersayang oleh seseorang dari sahabat-sahabat di group whatsapps...

berita pertama...

pemergian suami pada junior aku masa bersekolah dulu...kehilangan suami tersayang dalam kemalangan di Negeri Sembilan...

arwah suaminya meninggal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja... apa yang lagi menyedihkan yang junior aku ni tengah mengandung anak keempat mereka... semoga Allah lapangkan dadanya dan permudahkan urusannya...lebih-lebih lagi bila sampai bulan ramadhan ni...



berita kedua...

seorang rakan sekelas dari tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5 di sekolah di Muar dulu kehilangan isteri tersayangnya....

arwah isterinya sedang mengandung anak kelima kalau tak silap dan meninggal kerana kesukaran bernafas...

semoga rakanku ini terus tabah mendidik 3 lagi anak mereka yang masih kecil... sedih aku kalau ingatkan kisah dia ni... dulu.. masa aku matrik tahun 1997 dia kehilangan seluruh keluarga dalam kemalangan yang melibatkan Bas  Ekspress Naeila... kemudian beliau dan isteri kehilangan anak yang baru 2 minggu dilahirkan pada tahun lepas kalau tak silap...

sekarang dia kehilangan isteri pula... bertimpa-timpa ujian yang amat berat buatnya....


tak tergambar kesedihan dua sahabat ini... semoga mereka sentiasa tabah dan sabar menempuh dugaan hidup oleh Allah...
maaf kalau tiada kata takziah di mana-mana dari aku untuk kalian sebab aku tak sanggup menulis sepatah pun ucapan takziah untuk orang yang kehilangan orang tersayang... hanya mampu kudoakan semoga roh arwah dicucuri rahmatNya dan tenang di sana... amin...







al-baqarah : 155-156, 286 



'‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,”

(Al-Baqarah [2]: 155-156)

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

(al-Baqarah: 286)


p/s setiap hari rasa nak hargai orang tersayang sebaiknya kerana bila-bila saya masa kita pula akan tiba...semoga kematian aku, keluargaku dan sahabat-sahabatku dalam keadaan baik, tidak memalukan dan dalam iman hendaknya...amin....

Ulasan

  1. Allahuakbar..moga kawan2 ita tabah menghadapinya..
    semoga roh arwah juga ditempatkan bersama org2 beriman..

    salam takziah dari saya..

    BalasPadam
  2. berat nyer dugaan beliau...al-fatihah pada yg pergi..

    BalasPadam
  3. Amiin. Takziah untuk mereka. Memang mereka umat yang tabah dan dikasihi Allah.

    BalasPadam
  4. Salam takziah.. semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan org yg beriman.. amin... masa mereka dah tiba, yg kita masih hidup ni, kena la bersiap sedia

    BalasPadam
  5. berat betul ujian Allah kepadanya. moga dia tabah..kita yang membacanya pun rasa tak tertanggung ujian itu...Al fatihah untuk arwah isterinya

    BalasPadam
  6. Ya Allah ... Berat nyer ujianNya ... Semoga mereka tabah menghadapi nyer ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus