Tabber Widget for blogger - Cerita Ita                                                             Tabber Widget for blogger Langkau ke kandungan utama

Tabber Widget for blogger

assalamualaikum semua,

ingat tak entry wordless wednesday aku aritu? aku janji nak cerita kat korang kan macamana aku buat jadi camtu?



memula al kisahnya aku tersinggah kat blog seorang blogger ni... Blog Ieta... hahaha... nama kitorang lebih kurang sama kan? aku tertengok la keseluruhan blog dia... cantik...kemas dan laju je loading.... nak tengok gak apa rahsianya....

sekali tu aku ternampak kat tepi belah bawah sikit belah kanan... bloglist dia.... cantik tersusun... kemas... kalau nak tau lanjut boleh tekan kotak-kotak yang ada tu je... nice! aku suka sangat....

pastu terajin la tengok kat bawah dia tu.... tertulis get this tabber widget... huhu...menarik... lagi la aku suka sangat kan...dan aku pun google la camne nak letak benda alah tu....

google punya google terjumpa satu blog lagi ni... Bloggersentral... sangat berinfomasi...tabik spring dengan blog yang boleh bagi info-info macam ni...

dan dia siap tunjukkan cara yang senang gila nak tepek widget tu dalam blog... kira memang semua orang boleh ikut la cara dia ni...

memula aku macam blur sikit tapi sebenarnya senang je...

cara nak tampal tabber widget kat blog:


1. memula korang gi kat layout blog korang...cari add widget
2. pastu korang gi kat blog dia yang cerita PASAL NI ...
3. pastu korang klik kat code tu yang ada lambang kertas ada tanda <> tu....
4. pastu korang paste code tu kat kotak HTML/javascript widget... sila pastikan jangan tulis sebarang tajuk kat atas dia ok...
5. pastu pastikan korang letakkan kotak HTML tu kat bloglist mana yang korang nak buat tabber tu... contoh macam aku buat tu.. blog kawan-kawan baik dan mesti singgah tu dan hobi baru tu...
* pastikan masa korang letak tu mesti ada 3 item yang sama ye...maknanya 3 tab tu mesti ada bloglist la kat situ....kalau ada gambar atau iklan di tengah-tengah tak boleh...dia akan kacau... gambar atau iklan akan masuk dalam tab tu sekali...

ok tahniah sebab anda dah dapat tabber widget yang boleh menjadikan blog anda lebih kemas tanpa perlu buang bloglist yang anda suka!

tentunya dengan cara menambahkan tabber widget yang amat-amat mudah ni kan.... kredit untuk Bloggersentral yang telah bersusahpayah... terima kasih la bebanyak...

tak faham lagi? sila ajukan kat komen atau email ok... semoga berjaya menjadikan blog anda lebih kemas dan menarik!

p/s ada orang Pekan order cheesy merry dan kek kukus asam manis esok ni.... ada yang nak selit order? meh klik sini....


Ulasan

  1. Betul dan bagus...widget ini memang boleh mengurangkan penggunaan ruang sidebar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...