Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

assalamualaikum semua,

selamat menyambut ramadhan bagi semua umat Islam... alhamdulillah diberi peluang bertemu dengan ramadhan lagi kali ini... dan semoga ini bukan ramadhan yang terakhir untuk kita semua...amin..

semoga aku boleh memanfaatkan bulan ini sebaiknya....inshaaAllah...

malam ni akan bermula cabaran untuk bangun dan memasak makanan bersahur untuk keluarga kecil kami...dan tahun ni kami nak cuba latih abg long bersahur dan berpuasa.. semoga dipermudahkan urusan kami hendaknya...amin...

teringat sejak minggu lepas lagi...abg long dah sibuk tanya-tanya...

abg long : ummi, bila saya nak puasa ni... semua orang kat tadika nak puasa...
aku : tadika mana? (sebab dia ada 2 tadika..pagi tadika kemas.. petang transit)
abg long : tadika ustazah la ummi... saya nak puasa ni..
aku : abg long tau ke puasa tu macamana? abg long tak boleh makan... tak boleh minum waktu siang tau...
abg long : saya tak boleh minum? macamana saya nanti? (dengan muka panik)
aku : siang tak boleh tapi malam boleh.... nanti abg long kena bangun makan nasi pagi-pagi jadi boleh tahan lapar waktu siang nanti...
abg long : ok saya nak bangun makan pagi-pagi.....
hmmmm...entahlah boleh ke tak... nak kejut bangun gi sekolah pun liat... 
harapnya boleh kejut dia bersahur... dan solat subuh sama-sama...


selamat melaksanakan ibadah di bulan ramadhan ye...maafkan salah silapku selama berblog ni.... jangan lupa niat untuk berpuasa... senang baca je niat berpuasa sebulan terus... baca niat puasa sehari atau niat puasa sebulan macam kat bawah ni kalau korang terlupa...


dari SUMBER 


p/s projek cheesy merry masih ada dalam bulan puasa ni tau... kini dengan saiz baru... meh dapatkan kat

Ulasan

  1. Salam ramadhan.
    Selamat menjalani amal ibadah di bulan puasa nanti.

    BalasPadam
  2. selamat menyambut bulan ramadhan ya!
    beribadat secukupnye, anggp ianya ramadhan terakhir kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus