Buku Siri Blogger Masakan - Cerita Ita                                                             Buku Siri Blogger Masakan Langkau ke kandungan utama

Buku Siri Blogger Masakan

assalamualaikum semua,

hari ni rasa macam nak senyum je....

ada 2 sebab tau...

pertama sebab kami nak balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga di Johor... tak sabar rasa nak balik... kalau tak malam ni.. kami akan bergerak esok pagi lepas subuh insyaAllah... itu pun kalau takde aral atau bangun bersahur seperti yang dijadualkan la...

kedua sebab nak senyum ni.....

sebab ini la....

Buku Siri Blogger Masakan 


buku ini dah selamat sampai dengan jayanya ke tangan.... Alhamdulillah syukur....

kalau selama ni aku cuma mengintai-gintai resepi dari blog popular Azlita Masam Manis ni....
dan selama ni cuma jadi peminat setia setiap kali beliau memuatnaik gambar ke facebooknya... (juga jadi orang yang selalu gigit jari dan telan air liur je) ...

dan selama ni termimpi-mimpi kalau la resepi beliau dibukukan... alangkah bestnya...

dan akhirnya impianku menjadi kenyataan....

saat beliau umumkan penjualan bukunya... aku dah tercari-cari cawangan MPH di Kuantan yang nyatanya TAK ADA.... maka dengan kecewanya aku terpaksa melayari internet dan membuat pembelian secara online... (risau sebenarnya beli buku online... takut yang diterima jauh beza kualiti dari yang dibeli sendiri di kedai..)

tapi sesungguhnya dugaan tu nyata meleset bila aku terima bungkusan tadi.... lega yang amat bila tengok bungkusan dibaluti dengan kemas... sampai ada 2 lapisan untuk melindungi barang di dalam tu....

maknanya servis MPH online sangat bagus... tak sesia membeli...korang boleh beli jugak...harga buku Siri Blogger Memasak ni murah je tau... cuma RM9.90 je satu..

maka lepas ni... resepi dari blog Kak Ita akan menghiasi blog ni jugaklah nanti... insyaAllah.. doakan aku sihat untuk mencuba semua resepi yang ada...tabik jugak dengan kak ita... walaupun beliau dianiaya oleh orang lain... tetap tabah nak keluarkan buku jugak.. tahniah kak.. suka semangat akak tu...

ada jugak buku lain aku selitkan dengan order...


Buku kek, roti dan muffin, coklat 


buku kek tu menarik dan ukuran dalam oz dan jugak gram (aku suka).... nak kena try ni... resepi muffin tu pun macam best.. juga ada ukuran dalam oz dan gram... cuma buku resepi coklat tu ada masalah sikit ..cuma dalam oz.. jadi kena tukar dulu.... tapi yang bestnya dengan harga cuma tak sampai RM18 boleh dapat sekali 8 bekas silicone comel tu... hehehe... ita...takde alasan tak nak buat coklat dah...

ok semua... sementara mood elok masih dalam senyuman ni...jom kita abiskan kerja...

p/s malam ni cadang nak berbuka dengan tomyam.... sedapnya la kan....?

Ulasan

  1. haaa.. nanti dah try jgn lupa post kat blog tau

    BalasPadam
  2. wahhhhhhh bestnye acik suka masak masak

    BalasPadam
  3. Ita, mudah2 an berkat ramadan. Kak ni buka masakan berlambak, mcm2 ada. Tapi masih cantik trletak. Time nk masak,masak kicap dn cekodok juga dlm otak..

    BalasPadam
  4. wah hebat la, i nak belajar masak juga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum