Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Projek kek coklat ketika PKP

Projek kek coklat ketika PKP Assalamualaikum semua, hari ni dah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP fasa kedua.. sepatutnya kalau ikutkan esok dah berakhir kan.. tapi disebabkan kadar kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ni masih belum nampak trend penurunan kes jadi kerajaan dah umumkan pada 10 April 2020 yang PKP ni akan bersambung ke fasa ketiga bermula esok hingga ke 28 April 2020.. dan disebabkan akan ada sambutan hari lahir antara anak-anak dalam masa terdekat ni dan agak susah nak cari kek pada masa-masa ni jadi kita buatlah projek kek coklat ketika PKP.. Projek kek coklat ketika PKP kek ni dah biasa aku buat pun sebenarnya.. dapat resepi ni dulu lagi masa aku join group forum niaga dulu.. entah ada tak ntah group tu lagi.. tapi ada la satu group chatting dalam tu diorang sibuk kongsikan resepi.. dan ada satu resepi ni memang aku salin dan simpan sampai sekarang ni ada dalam buku resepi aku yang dah rupa kain buruk dah pun tu.. haha.. punyalah lunyai d...

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL Assalamualaikum semua, sekarang ni tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan kan.. tapi masa tu la jugak banyak gambar makanan melintas kat sana sini.. haha.. menguji iman betul kan.. lagi pulak bila makanan tu susah pulak kita nak gi beli waktu PKP ni.. masa tu jugak la teringin makanan yang ada kat tempat tinggal kami sebelum ni di KL nun.. jadi meh la aku tulis la pasal 8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL.. mana tau PKP ni cepat habis dan aku ada rezeki nak makan.. dan mana tau jugak berguna kat sesiapa yang ada kat KL dan teringin makanan ni jugak..  1.ROTI JOHN TITIWANGSA Roti john kat kedai ni antara yang terbaik dan murah kat KL. Bukan setakat murah dan sedap, besar pulak tu. Antara yang special kat kedai ni adalah roti john tuna. Memang rare sebab selalunya inti untuk roti john adalah ayam dengan daging.  Tapi kalau korang order yang special punya, diorang siap tambah fries lagi. Harga...

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup  150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai RM500  Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup  Assalamualaikum semua,  Nestlé Malaysia hari ini mengumumkan 150 pemenang pertama bagi peraduan terbaharu dan terbesar di seluruh negara, Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup! Dengan waktu mencabar yang telah menimpa Malaysia dan seluruh dunia, Nestlé dengan rasa besar hati ingin berkongsi berita baik dengan rakyat Malaysia menerusi peraduan ini. Para pemenang dari seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang yang berbeza serta berumur dari 22 hingga 70 tahun akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemenang sebanyak RM75,000. Setakat ini, lebih 220,000 penyertaan telah diterima, dan rakyat Malaysia masih berpeluang untuk mencapai impian serta meringankan beban mereka.  Nukilan daripada pemenang mingguan: Nurdiana Binti Haji Bakri, pengatur cara komputer...

Duduk Rumah, Shopee Hantar

Duduk Rumah, Shopee Hantar Duduk Rumah,  Shopee Hantar Assalamualaikum semua,  kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April. Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, L'Oréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli-belah atas talian tanpa bimbang. Duduk Rumah,  Shopee Hantar Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials" atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masak...

Bekerja dari rumah sebab Covid-19?

Assalamualaikum semua,  semoga korang semua masih sihat hendaknya.. doa yang sama buat aku dan keluarga aku jugak ya.. di saat ni doa je la mampu supaya kita terhindar dari wabak pandemic COVID-19 ni.. lama dah nak menulis tapi asyik la tak sempat.. mungkin asbab bekerja dari rumah sebab COVID-19 ni boleh naikkan balik semangat berblog mana tau kan..    Bekerja dari rumah sebab COVID-19?  alhamdulillah arahan kawalan pergerakan dah pun keluar.. apa pun yang berlaku disebabkan orang awam panik kita bersyukur sekurang-kurangnya pada hari pertama ni ramai yang ikut perintah untuk duduk di rumah.. pastikan tu ya.. duduk di rumah masing-masing kecuali yang kena keluar bekerja macam aku ni..  ya.. aku kena keluar bekerja bila perkhidmatan kami disenaraikan sebagai perkhidmatan penting "essential services ".. alhamdulillah akhirnya ada yang ikhtiraf sebagai antara yang penting..  kami kena bekerja bagi memastikan semua orang cukup sumber makana...

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan belum umum lagi, dah ada yang berduyun pergi buat pembelian panik.. padahal dah disuruh jarakkan diri dari orang lain dan kurangkan pergi tempat sesak..  Arahan Kawalan Pergerakan - sumber Astro Awani Kerajaan dah umum semalam, hari ni duduklah rumah.. janganlah ada yang buat pembelian panik lagi hari ni.. tak mustahil dengan cara korang keluar berduyun tu akan ada pertambahan kes berganda kang..  Kawalan pergerakan bukannya perintah berkurung.. korang masih lagi boleh keluar untuk cari keperluan utama.. malah masih ada yang kerja pun.. tak mustahil kalau rakyat terlampau panik selepas 2 minggu kawalan pergerakan ni terpaksa buat kawalan lagi ketat macam negara lain tu jugak..  Jadi, tolonglah bertenang dan ikut nasihat yang diberi..  1. Kawal pergerakan - hanya keluar jika betul-betul perlu, jangan berpusu-pusu ke pasaraya pun hari ni 2. Beli barangan yang sepatutnya sahaja - fikirkan orang lain sama me...

Adik Nafis Adam dah mula makan

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. bukan takde minat tapi masa yang terasa tak cukup pulak.. selalu boleh curi jugak masa menulis bila dapat duduk-duduk sekejap ke.. kalau menyusukan anak ke.. tapi kali ni memang ke laut dalam disebabkan kesibukan kerja.. kena pulak kadang-kadang bila dah dapat duduk atau susukan anak tu waktu tu la mata ni macam kena jahit je.. terus hanyut.. silap-silap kalau pegang telefon bimbit kat tangan mau jatuh kena muka sendiri la jawabnya.. hehe.. Adik Nafis Adam dah mula makan tapi kali ni nak jugak cerita perkembangan adik Nafis Adam sebelum basi.. sebenarnya adik Nafis dah masuk 6 bulan umurnya pada 6 Mac 2020 baru ni.. dah selamat pun ambik suntikan vaksin bila cukup umur 6 bulan aritu.. alhamdulillah masih sihat membesar bagai Super Adam.. haha.. ni nama aku bagi kat dia bila nak main-main dengan dia.. dia akan senyum meleret bila aku sebut Super Adam tu.. Super Adam aku tu pun dah mula makan dah.. aku mula bagi dia makan masa...