Selasa, 14 April 2020

Projek kek coklat ketika PKP

Assalamualaikum semua, hari ni dah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP fasa kedua.. sepatutnya kalau ikutkan esok dah berakhir kan.. tapi disebabkan kadar kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ni masih belum nampak trend penurunan kes jadi kerajaan dah umumkan pada 10 April 2020 yang PKP ni akan bersambung ke fasa ketiga bermula esok hingga ke 28 April 2020.. dan disebabkan akan ada sambutan hari lahir antara anak-anak dalam masa terdekat ni dan agak susah nak cari kek pada masa-masa ni jadi kita buatlah projek kek coklat ketika PKP..

Image may contain: food
Projek kek coklat ketika PKP

kek ni dah biasa aku buat pun sebenarnya.. dapat resepi ni dulu lagi masa aku join group forum niaga dulu.. entah ada tak ntah group tu lagi.. tapi ada la satu group chatting dalam tu diorang sibuk kongsikan resepi.. dan ada satu resepi ni memang aku salin dan simpan sampai sekarang ni ada dalam buku resepi aku yang dah rupa kain buruk dah pun tu.. haha.. punyalah lunyai dah.. tapi sayang woo.. resepi dalam tu semua yang baik-baik dan tentu jadi.. tu yang aku sayang tu..

pernah la nak salin balik tapi separuh jalan je disebabkan masa dan kegigihan.. nanti la mana tau kalau dikurniakan masa yang lapang bebila..musim ni walau sepatutnya kerja dari rumah tapi atas tuntutan kerja boleh kata hari-hari jugak aku kena pergi pejabat tu.. apa nak buat kan kerja..eh mehlah kita cerita pasal resepi kek coklat yang sedap ni..

biasa aku cuma buat kek coklat mudah guna pressure cooker je.. dah 2 kali aku kongsikan dalam blog ni dulu.. kek coklat mudah dengan kek coklat mudah guna pressure cooker cuma ntah kenapa kali ni teringin pulak nak cuba resepi kek coklat kukus yang sangat moist ni.. tapi masih gunakan kaedah sama dengan masak guna pressure cooker jugak..


Resepi Kek Coklat Mudah

oleh Ceritaita

Bahan-bahan

bahan A

3 biji telur gred A (gred B pun boleh)

bahan B

1 cawan susu cair @susu segar @ susu UHT
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis


bahan C

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder (nak lebih lembut boleh ganti double action baking powder)
Satukan semua ni dan ayak.

Bahan untuk topping

250 gram coklat masak bentuk coin
2 sudu butter
1/4 cawan susu cair

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan B dalam periuk dan panaskan di atas dapur sampai gula cair dan sebati. Pastikan serbuk koko tak berketul. Biarkan sejuk dulu.
2. Pukul telur (bahan A) hingga kembang. Lepas tu satukan dengan bahan B dan sebatikan dahulu..
(untuk sebatikan guna handwhisk atau senduk pun boleh..)
3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Pastikan semuanya sebati.
4. Kukus dalam loyang yang sudah disapu dengan butter selama 30 minit.. ( macam kes aku sebab aku gunakan pressure cooker jenama ELBA jadi aku cuma setkan kat butang memasak "CAKE" je dan biar dia masak selama lebih kurang 15 minit (0.5 x 3 minit = 15 minit)
5. Sejukkan kek dan siapkan topping.
6. Untuk siapkan topping tu kena cairkan coklat + butter + susu. Kaedah dia guna dua bekas yang tahan panas.. bekas yang bawah lebih kecil dari yang atas.. dan bekas bawah isi air masak, bekas yang atas tu kita isi dengan coklat + butter + susu.. macam kaedah double boiler jugak..cuma bezanya tak masak je.. 

pastu korang curahkan je coklat yang dah cair tu atas kek dan hiaskan ikut suka.. aku cuma gunakan apa je yang ada kat rumah ni dan inilah hasilnya.. secara peribadinya aku lebih suka kek coklat mudah yang resepi pada link kat atas tu.. sebab hasilnya kurang manis.. anak-anak kat rumah pun sama.. tapi ikut selera masing-masing la kan.. selamat mencuba ya.. 

Ceritaita

8 Luahan Ikhlas:

Cik Nor berkata...

meriahnya kek k.ita..:)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Nampak sedapnya. Melimpah coklat2 atas kek

Cuya berkata...

Hai,jemput dengr lgu bru saya!

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

Suria Amanda berkata...

Haih..kenapa la akak x dikurniakan bakat baking,kalau tak sure bleh share bab baking dah

Alif berkata...

Haii sya bru sja beli Elba Pressure Cooker... Sya pertama kali nk mencuba membuat kek , nasi dn mcm2 lgi... jdi boleh tak ajar sya msa bila untuk sya buang wap yg ada dlm Pressure Cooker itu ( msa bila untuk on pressure limit valve tu)

ray berkata...

omg that looks so good!

Mimie berkata...

Lama betul tak makan kek coklat buatan sendiri. Kena buat juga ni walaupun bulan puasa.

MunirahMH berkata...

sedapnya kek coklat kukus, dudu selalu buat, sekrg dh lama tak buat