Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked Cara Elak WhatsApp Kena Hacked Assalamualaikum semua, sejak akhir ni biasa pulak dengar cerita best sana sini akaun WhatsApp kena hacked. Tapi bukanlah cerita best pun, tapi menakutkan adalah. Itu yang buat aku cari cara elak WhatsApp kena hacked tu.  Sebelum apa-apa berlaku baiklah ambik langkah berjaga-jaga kan? Pulak tu bila dah tengok macamana nak buat baru tau cara nak elak WhatsApp kena hacked ni senang je rupanya. Korang pun boleh buat sendiri punyalah. Cara Elak WhatsApp Kena Hacked Ok mari aku ajar macamana cara nak buat. Biasa kalau dalam handphone korang mesti ada salah satu aplikasi WhatsApp ni kan? Atau ada dua-dua aplikasi pun ok je, Korang tetap boleh elak WhatsApp dari kena hacked.  Macam aku sekarang ni kebanyakan masa aku akan guna aplikasi WhatsApp Business. Tapi cara nak buat tetap sama macam guna WhatsApp biasa. Korang boleh baca nanti cerita best aku kenapa aku guna WhatsApp Business. Langkah Cara Elak WhatsApp Kena Hacked C...

Contoh Soalan PKSK Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Contoh Soalan PKSK Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Contoh Soalan PKSK Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Assalamualaikum semua, semalam kan aku ada cerita yang abg long hadir ke ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 4 tahun 2023 kan.. Jadi terfikir juga nak tuliskan contoh soalan PKSK Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus ni untuk panduan sesiapa yang memerlukan. Sebelum tu marilah kita jelaskan apa maksud PKSK tu. Bagi yang taktau marilah kita terangkan maksud PKSK tu dulu. PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.  Aku letakkan soal jawab yang berkaitan dengan PKSK ni untuk rujukan korang semua. Kat bawah ni adalah sekali penerangan maksud single entry point semua tu. PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan...

Luangkan Masa Bersama Anak Sulung

Luangkan Masa Bersama Anak Sulung Luangkan Masa Bersama Anak Sulung Assalamualaikum semua, hari ni aku luangkan masa bersama anak sulung kami,  abang long. Aku akui jugak la sejak abang long semakin besar dan masuk alam remaja ni sangat kurang luangkan masa dengan dia.  Bukanlah rasa dia jauh,  cuma tak rasa macam dulu je la. Kalau dulu dia berkepit je mana ummi ayah dia pergi, tapi sekarang ni dia pilih-pilih keadaan. Banyak masa nak tinggal kat rumah je takmau ikut.  Slip ujian Pentaksiran kemasukan sekolah khusus Abg long  Kebetulan hari ni dia ada ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi kemasukan ke Tingkatan Empat (4) Tahun 2023. Jadi aku yang hantar dan ambik dia tadi. Kebetulan pulak dia habis ujian awal jadi aku bawa terus dia balik rumah tukar baju dan ikut aku semula ke tempat kerja.  Luangkan Masa Bersama Anak Sulung Susah betul nak ambik gambar anak-anak sekarang Sampai tempat kerja tadi dia kata dia lapar,  sedang elok ...

Biskut Famous Amos Norasikin

assalamualaikum semua, ingat tak yang aku pernah janji dengan korang sebelum ni dalam entry ni BISKUT ALA FAMOUS AMOS ?  Biskut Famous Amos Norasikin aku dah janji nak kongsikan resepi dia kan? adoi.... kesibukan melanda dan aku hampir je lupa.... ok hari ni aku tebus balik ye.... maaf sesiapa yang menunggu tu... ok sebelum tu aku nak bagi kredit dengan blog yang sangat tak pernah kedekut ilmu dia tentang masakan....aku banyak belajar dari dia tau... aku maksudkan blog Resepi Komersial ni... sangat bagus info yang diberi tiap kali...sampai aku subscribe email tau nak follow blog dia... sifu...mintak izin tampal disini dan saya adjust sikit ye... Biskut Famous Amos Norasikin dari Resepi Komersial by Norasikin Basri Bahan-bahan untuk Biskut Famous Amos Norasikin. 250g Majerin (aku guna butter..itu je yang ada kat rumah) 200g Tepung Gandum Kegunaan Am 300g Gula Pasir 200g Oat Cepat diMasak 1 cmt Soda Bikarbonat 1 cmt Baking Powder 2 cmt Emplex 200g Coklat Cip 2 bj Telur...

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband Assalamualaikum semua, dah lama aku tak join giveaway atau contest memana disebabkan kesibukan kerja. Tulis blog ni pun lama dah terabai. Baru tahun ni la aku cuba aktifkan semula. Dalam masa yang sama nak aktif blogwalking blog kawan-kawan macam dulu jugak. Seronok! Kebetulan ternampak ada blog kawan-kawan up contest dari Blog Dapur Cik Nur ni.. terus aku rasa macam nak join.. tengok syarat dia pun senang je. Jadi marilah kita sertai sama. Ceritaita doakan perkahwinan Ciknur dan Husband disulami dengan kebahagian dan kenangan yang indah. Semoga hubungan kalian berkekalan dalam rahmat dan redha Allah sehingga ke syurga.. amin.. Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband Syarat penyertaan 1. Follow blog " Dapur Cik Nur " Yg penting ada list kat blog korang. 2. Buat entry bertajuk "Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband" 3. Sertakan sedikit ucapan indah ❤️✌️ 4. Ting...

Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my

Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my   Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my  Assalamualaikum semua, ada tak di antara korang kat sini yang nak cari kilang custom jersey sublimation? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia?  Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan? Oh! T-Shirt Perkhidmatan Printing All In-House Production Dicetak dan dibuat di kilang sendiri Oh! T-Shirt ni kalau korang nak tau, semua penghasilan t-shirt adalah All in-house production . Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke ...

Cuaca Sejuk Betul Sekarang!

Cuaca Sejuk Betul Sekarang!  Cuaca Sejuk Betul Sekarang!! Assalamualaikum semua,  sekarang ni dah masuk penghujung Januari dah ni tapi cuaca sejuk betul sekarang ni dah macam cuaca biasa waktu bulan November ke Disember dulu-dulu.  Dah dua tiga hari ni hujan terus menerus di Kluang ni. Sejak dari Cuti Tahun Baru Cina baru ni sampai la ke hari ni cuaca masih lagi suram.  Kain baju pun dah banyak bergantungan dalam bilik dah ni. Sebab sidai di luar pun tak kering-kering jugak. Cuaca lembap baju pun jadi lembap je samalah dengan cuaca jugak.  Dobi layan diri jangan tanyalah musim-musim ni. Memang penuh memanjang. Kami dah bawak masuk bakul baju dalam kereta konon nak ke dobi tapi penyudahnya bawak balik semula sidai dalam rumah. Bertabahlah tak sanggup nak beratur.  Cuaca Sejuk Betul Sekarang!  Cuaca macam ni biasanya hujung tahun yang sinonim dengan musim hujan atau musim tengkujuh je la.. biasa lepas cuti Tahun Baru Cina dan panas memanjang. Tapi kali n...