Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 29 November 2011

update check up 11/2011 kali kedua

salam semua,

aku nak menyelit sikit pagi ni... nak buat persediaan untuk meeting esok tapi sempat lagi menyelit kan..hehe...

tak kira la lama noo takde entry ni.. cuti tuan dia dengan blog dia sekali bercuti...

malam tadi alhamdulillah selamat dah aku siapkan jahit kain bedung untuk anak kat dalam ni... tapi penuh dengan dugaan... semua nak sama sibuk kat mesin jahit tu... yang nak menekan pedal lain.. yang nak pusing2 benang lain.. last2 siap jugak... lega.. pagi tadi dah siap basuh dan sidai.. lepas ni leh siap2 dalam bakul yang sedia ada je la... dan alhamdulillah persediaan dah lengkap dah cuma tunggu kelahiran je ni....

berdebar jugak la hati ni... semua barang2 dengan gerenti letter dah siap ada dalam kereta...risau kalau jadi apa2 dalam masa terdekat ni... harapnya dipermudahkan urusan hendaknya termasuk la urusan anak2 yang berdua tu lagi...

sebenarnya aku nak cerita hasil check up hari khamis baru ni... 24/11/11

aku kena gi check up last dengan doktor hari ni... kena scan...
pagi tu aku keluar dalam pukul 9 pagi gi klinik kempadang ambik buku dan hantar anak2 ke taska lepas mandikan diorang berdua...

sampai kat klinik jalan gambut dalam kul 9 .30 pagi gitu la... pastu aku masuk dulu.. shah gi cari parking... hari ni dia tak keja leh la teman aku...

tapi hari ni azab....punyalah lama menunggu... selalu tu kalau cuma nak jumpa doktor sejam je dah balik.. pasal diorang ambik je buku mana yang sampai dulu kat bakul tu... tapi hari ni diorang boleh pulak ikut no... berjam aku menunggu... patutnya untuk orang yang hanya nak jumpa doktor cam aku ni dia kena bagi no giliran lain la.. tak la jenuh menunggu sama macam orang yang buat rutin check up... letih tau... last2 aku boleh masuk bilik doktor dah pukul 12.45 tengahari dah... perut jangan cerita la lapar dia camne....boleh makan orang woo... shah dah siap boleh nak terlelap dah kat sebelah aku... nasib tak bawak anak2... kalau tak sure haru punya la...

hasil check up hari tu ialah...
BP: 100/60 normal la kalau pada aku tu...
berat : ada naik sikit 300 gram dari minggu lepas... 70.5kg
bila scan baby puas aku jeling2 jantina dia.. aiseh tak nampak la pulak... ke doktor tu sengaja tak nak bagi nampak...
berat anak dalam perut ni dah 2.89kg... alhamdulillah sekurang2nya dia dah lebih 2kg.. boleh jugak tarik nafas lega... takde masalah lain lagi... cuma doktor pesan kalau ada tanda nak bersalin terus ke hospital...
oppss.. lupa lak.. doktor rasa memang dah engage cuma tak betul2 masuk je lagi...

lepas tu petang aku ambik abg ngah dan hantar pegi cucuk untuk setahun setengah... besar dah anak ummi ni... alhamdulillah dia kuat cuma nangis kejap je... pastu pun dia tak demam...berat abg ngah masa kami timbang tu dah 10.7kg dah... semangat2... abg long lak dah 14 kg.. ada kemajuan tu...

diorang bagi aku tarikh untuk next check up lagi 2 minggu... 6hb depan pulak... insyallah.. kalau ada rezeki kita jumpa kat klinik ye misi kalau tak misi datang rumah je la... hehe...

p/s boleh pulak masa nak gi klinik tu abg long tanya..." tapke saya pegi ummi... diorang bagi ke budak2 pegi?"... ni kes selalu bagi alasan budak2 takleh gi la ni... hahaha... jangan ikut macam aku tau... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: