hari keluarga KSSM 2011 part 1 - Cerita Ita                                                             hari keluarga KSSM 2011 part 1 Langkau ke kandungan utama

hari keluarga KSSM 2011 part 1

salam semua,

cuti baru ni korang buat apa? kami kat makmal ni ada sambutan hari keluarga kelab kecil makmal kami... walaupun kecil tapi MERIAH!!! sebab aku dapat banyak hadiah... hehe...

acara bermula sabtu lepas... aku kena jaga pendaftaran dari pukul 2 hingga 4 petang...

disebabkan aku antara orang terdekat maka kami datang awal la sikit....
pukul 1 lebih dah terpacak kat situ.... siap check in semua.....

ok kali ni sebab bajet penginapan Sendirian Bhd. maka terpulang pada ahli kelab nak duduk situ ke tidak... cuma makan je boleh sponsor... kelab kecik la katakan....

kami buat sambutan kali ni kat Kempville Beach Resort... alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun tak mengecewakan....

untuk sesiapa yang nak buat sambutan kat sini ok jugak.... leh la try.... ini pilihan bilik yang ada kat sini.... ada 4 jenis...
1. bilik standard - rm70 cuma ada kipas (katil queen/2 katil single)
2. bilik deluxe - rm 100 yang ni lebih kurang cam standard cuma ada air cond dan besar sikit je..
3. bilik superior - rm120 yang ni ada air cond gak (1 katil queen dan 1 single)
4. bilik family - rm150 (1 katil king dan 1 katil queen)

yg lelain korang kena contact manager dia sendiri la... makanan jangan risau diorang ambik orang kampung sini2 je... dan pastinya halal.. insyallah...

aku ada gambar bilik penginapan dia ni... aku tayang gambar bilik dulu ye....
part 2 kang aku sambung cerita ok....

 ni bilik family dia..

 sama la kat atas tu.. kerusi kat dalam bilik ni..

 bilik air dia.. lebih kurang je semua bilik air ... yg penting semua ada water heater...

 sory gambar ni suram sikit... yg ni bilik superior dia...

 yg ni bilik deluxe

 setiap bilik ada peti sejuk kecik tu dan extra tilam dan bantal (yg ni free)

 yg ni bilik standard..

 bilik air bilik standard..

 katil dia...

 pandangan chalet dari luar..

pssttt... dia ada kolam besar boleh pancing ikan tau.... free je...

nanti bebila aku sambung ye... nak sambung preparation meeting esok ni... doakan lidah aku lancar esok ye.... amin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...