Malaysia menang emas bola Sukan Sea ke 26..Tahniah! - Cerita Ita                                                             Malaysia menang emas bola Sukan Sea ke 26..Tahniah! Langkau ke kandungan utama

Malaysia menang emas bola Sukan Sea ke 26..Tahniah!

salam semua,

ceh hari ni semua orang cerita bola kan? tak ek? aku je... hehe... aku bukan peminat tegar bola pun sebenarnya kami sekeluarga ni bukan peminat bola sangat pun... shah je kadang2 gi main futsal... kalau dia ajak aku ikut pun haram aku nak...

tapi dek kerana semangat sebab negara kita yang main bola semalam... kami terjerit2 kat rumah.. hehe... abis yang kecik ni pun sibuk sama... macam la dia faham sangat... abg long je yang tak bape minat... dia sibuk main dengan bot kertas yang aku buatkan... sekali ummi dengan ayah jerit menang2! abg long senyum je... ceh rasa cam senyum perli la pulak...

tapi aku takde la mengadap terus kan... semalam lepas masak mihun goreng kami makan barungadap tv... perut dah kenyang kan layan tv lagi best... tapi biasalah dah sampai hujung2 ngandung ni asyik nak terkucil je... ngulang gi tandas je la kerjanya... nasib la bola tu selalu ada siaran ulangan kan...

tapi serius aku marah betul dengan Indonesia ni... masa nyanyi lagu kita awal2 tu boleh diorang buat bunyi macam2 kan? mana la tamadun diorang ni agaknya... kalau dulu aku pernah dengar orang kata sukan boleh menyatukan orang yang bersengketa tapi aku rasa tak jugak... kena tengok jugak mentaliti di tahap mana... kalau lagu kebangsaan orang boleh dimain2kan... lagi la pulak nak berbaik kan?

tak dapat bayangkan kalau diorang menang semalam... camne agaknya kan? tapi serius hati aku rasa berbunga2 bila lagu Negaraku berkumandang last sekali tu... amat bermakna ok!

p/s aku pelik tengok acara bagi hadiah tu.. kelam kabut ditambah pulak yang tolong bagi hadiah pakai tudung +skirt pendek? eh... takde cuti umum ke....? hehehe....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum