Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 3 Ogos 2012

Songkok Raya ... korang beli kat mana?

salam sejahtera semua,

semalam aku takde sebab ada seminar kesempurnaan solat.... banyak betul benda yang silap tapi kita tak perasan pun kita buat dalam solat...

satu pesanan yang penting dari Ustazah Hajah Siti Khadijah semalam... "kita kena belajar untuk buat yang terbaik dalam solat...kalau kita tak mampu berdiri, duduk atau dengan cara apa pun yang kita boleh janji kita bersolat...jangan tak buat langsung atas alasan sakit... selebihnya kita berserah pada Allah s.w.t dan doa mohon semoga diterima setiap amalan yang kita lakukan padaNya..."

eh sebenarnya nak cerita pasal songkok raya ni... atas tu selingan je...


setiap kali nak raya ramai orang sibuk nak beli kelengkapan beraya macam baju raya, tudung dan songkok kan?

korang pulak macamana?

keluarga kami bila nak raya biasa membeli songkok kat SINAR SONGKOK MELAYU ... kedai dia buat masa ni cuma ada di kluang je... jadi setiap kali balik kluang boleh la nak membeli... buat masa sekarang ni ada diorang buka kedai di bazaar ramadhan kluang di sebelah sungai sembrong... setiap tahun kena singgah kedai ni sekarang pasal kepala anak-anak setiap tahun berubah... bebaloi beli kat sini... songkok dia tahan lasak... untuk bebudak ok... untuk bapak budak lagi la ok... ada banyak pilihan.... ko nak yang tarbus pun dia ada... hahaha... siap ada yang besar gila tergantung kat kedai dia... shah sibuk-sibuk gak menerai songkok yang 5 1/2 inci... hehe... tak yah la aku cerita atau tepek gambar dia sini rupa dia camne... rahsia suami isteri ni wooo... kalau korang berminat songkok setinggi 6 inci pun diorang ada... nak order gi la intai-intai klik kat gambar atas tu haa.... (aku pun baru perasan belek-belek songkok anak pastu... eh diorang ada blog la)..

pastu korang mesti nak tanya songkok lama aku buat apa kan? dulu aku bagi je kat orang... itu masa abg long kecik-kecik... tak sangka la kan leh dapat adik lelaki pulak dia tu... lepas ada abg ngah ni aku simpan je... ada orang yang boleh lenjan pulak.... tapi agak-agak la kalau nak lenjan pasal kepala abg long dengan abg ngah lebih kurang sama je dah sekarang ni...

terbaru kami beli minggu lepas pun:
abg long : 18 1/2
abg ngah : 18

tengok... hehe kurang 1/2 je pun.....

p/s senyum je anak-anak bujang aku gi sekolah masing-masing pakai songkok baru hari ni....



Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

ieda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akk selalu beli di mall je dik
kalau di bazar ramai org ..
x daya berasak2 ;)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dulu camtu kak tapi kat sini special sikit.. tebuk lubang free je.. tu yang stick kat sini tu.. tempat lain kena bayar 50 sen satu kot.. bebudak kena tebuk lubang bagi songkok kekal lama atas kepala..hehe

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

beli kat jln tar jek..

Sepakat Bersatu Enterprise berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum..terima kasih yg tidak terhingga kerana menyokong produk kami di Sinar Songkok Melayu. Sepanjang Ramadhan, selain di Bandar Kluang,bazar songkok kami juga boleh didapati di JB iaitu Bazar Ramadhan Taman Suria(berdepan dgn Giant Southern City), Bazar Ramadhan Pandan City dan Bazar Segget. Di Pasir Gudang boleh didapati di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dan Kipmart Masai. Juga terdapat di Bazar Ramadhan Bandar Kota Tinggi.

Sepakat Bersatu Enterprise berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum..terima kasih yang tidak terhingga kerana menyokong produk kami. Sepanjang Ramadhan, produk kami juga boleh didapati di Bazar Ramadhan Taman Suria(berhadapan Giant Southern City,JB),Bazar Ramadhan Pasar Borong Pandan (Pandan City) dan Bazar Segget JB. Di Pasir Gudang,boleh didapati di Bazar Ramadhan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dan Bazar Ramadhan Kipmart Masai(bahagian dalam)manakala di Kota Tinggi boleh didapati di Bazar Ramadhan Bandar Kota Tinggi.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kami memang menyokong produk bumiputra yang bagus dan berkualiti..terima kasih sudi berkunjung ke blog ini..pssstt tuan, gambar di tepi tu semua songkok yang dibeli dengan tuan..

huda shazana mo berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cuma musim perayaan je ke ade songkok2 ni?

huda shazana mo berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Musim perayaan je ke ade songkok2 ni

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak huda... sentiasa ada dijual di kluang mall kalau tak silap.. ada kedainya di situ... cuma yang di bazaar ni hanya di bulan ramadhan je...