Logo KBBA

Sabtu, 25 Mei 2013

hari ditunggu dah tiba

assalamualaikum semua,

berbunga-bunga hati rasanya hari ni...korang sihat?

inshaa Allah kalau takde aral semua family akan berkumpul kat rumah aku hari ni sebelum kami ke Cameron Highlands esok pagi...semoga semua urusan kami dipermudahkan Allah hendaknya...amin..

jadi malam ni agenda dia projek bakar-membakar...dua kotak polisterine kat bawah ni dah menunggu...best tu..hehe...

sekarang ni tengah sibuk nak memasak soto dulu...

ok...selamat bercuti bagi yang bercuti...bagi yang bekerja pulak...selamat menjalankan amanah ye...

p/s teringin dari semalam nak buat kek kukus asam manis la...kena cari asam manis gak ni..

Khamis, 23 Mei 2013

pendaki felda berjaya...

assalamualaikum semua,

alhamdulillah 2-3 hari lepas ada baca pasal kejayaan anak-anak FELDA berjaya menawan Gunung Everest...
dan hari ni sorang lagi melengkapkan cabaran...

berbangga sekejap sebagai salah sorang dari anak FELDA...

meh kita baca cerita diorang jom...

cerita pada 21 Mei 2013

cerita hari ni...

NEPAL: Siti Hanisah Sharuddin, 23, dari FELDA Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan, menjadi pendaki terakhir sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter pada kira-kira jam 7.41 pagi waktu Nepal (9.55 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi.
Kejayaan dikongsi bersama sherpa yang mengiringinya pada ketika itu.
Kejayaan Siti Hanisah mungkin menjadikannya wanita Islam termuda kedua di dunia berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia.
Pendaki Ekspedisi Everest FELDA 2013 itu sebelum ini terpaksa berpatah balik selepas tiba pada ketinggian 8,748 meter (South Summit) kerana masalah kesihatan, Isnin lalu.
Beliau ketika itu berada di Kem 4 pada ketinggian 8,000 meter dan terpaksa menunggu kira-kira 50 jam di kawasan `mati'.
Sementara itu, kejayaan Ekspedisi Everest FELDA 2013 terbabit menjadikan mereka kumpulan terbesar seramai tujuh orang yang berjaya menawan puncak berkenaan dalam satu misi.
"Saya sangat gembira dan mengupapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia khasnya warga FELDA kerana sentiasa mendoakan kejayaan kami. Malaysia Boleh," katanya ketika menghubungi BH Online dari Nepal, sebentar tadi.
Selain itu, pendaki-pendaki misi berkenaan sudah berada di Kem 2 dan dalam perjalanan ke kem induk dan dijangka sampai pada hari ini.

sumber .. berita harian





p/s kalau aku nak daki Gunung Belumut dekat dengan rumah mak abah tu pun fikir seratus kali pun belum tentu lagi... terbayang nak daki gunung sambil anak-anak pegang kaki macam penyanyi dalam cerita Man Laksa kat bawah ni.... hikhikhik...


sedutan filem man laksa




Rabu, 22 Mei 2013

permainan minda

assalamualaikum semua,

sekarang ni asal balik rumah mesti kena melayan abg long main mainan macam gambar kat bawah tu..

setiap kali main nak menang je pulak tu..layankan je la...biar minda dia bergerak banyak sikit..

p/s tengah layan rajuk kat dalam bilik sensorang...sedih..    :'(

sambutan hari lahir abg long dan abg ngah

assalamualaikum semua,

hari ni hati aku amat tenang... tak tau kenapa tapi takde lagi rasa berdebar dan sesak nafas tu... cuma ada batuk-batuk kecil je... alhamdulillah...

dan masih tenang walaupun masuk je opis hari ni dah dihidangkan dengan 21 kes... Allahuakhbar... semoga Allah kuatkan hatiku melalui hari-hari mendatang ni...amin..

tapi aku tetap nak cerita jugak sambutan hari lahir yang aku buat simple je untuk anak-anak...

hari lahir abg long jatuh pada 17 April yang lepas...dah genap 6 tahun pun anak bujang tu... dan abg ngah pulak semalam 21 Mei... jadi aku gabungkan je sekali... senang dan tentu kalau buat asing-asing ada yang bertanya pulak kang... nasib baik adik husna lahir bulan Disember..kalau tak harus aku sekalikan jugak agaknya... hehe... itu pun dah ada yang bertanya... nape muka adik una takde kat gambar ni?...alahai anak...

aku buat kek pada 7 Mei lepas... cadang nak sambut di taman mana-mana di Kuantan ni dan konon nak buat stail outdoor celebration la ni...hehe...

selepas majlis simple kami di RUMAH hari tu... kali ni buat lain sikit...

aku dah siap tempah edible image 3 keping lagi dengan kawan masa sekolah dulu Zainie Edible Image dan dah bawak balik dari bulan lepas... tapi hajat nak buat kek yang macam-macam untuk anak-anak bawak ke sekolah asyik tak kesampaian je... maafkan ummi ye nak... sibuk betul sejak balik dari kursus minggu lepas... dapat masak makanan untuk makan malam hari-hari pun dan cukup bersyukur dah...

dan disebabkan atas janji dengan anak-anak...maka aku gagahkan diri jugak buat kek coklat lembap yang simple...


kek hari lahir yang simple.. bola kampung 



dan kami pilih Padang MPK berhadapan dengan Masjid Negeri untuk acara kecik kami ni... di samping potong kek dan makan-makan dan cuma tambah makan strawberry je..... boleh jugak anak-anak bermain bola kat padang tu...















alhamdulillah... majlis berjalan lancar...walaupun cuma ada kami sekeluarga je... cuaca pun sangat baik malam tu... puas anak-anak bermain sambil makan-makan kek...


sabor je la keja anak dara kecik....





ada ramai jugak yang bawak family untuk makan-makan kat sini....




masjid yang bersebelahan saja....




semalam pun abg long ada cakap nak main bola kat padang lagi.... inshaaAllah ye nak... kalau ayah tak kerja malam dan kita tak letih sangat ... boleh je... kan bang? ;)

maaf ye.... entry paling banyak gambo...

p/s semoga kami terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah Allah yang berat ke atas anak-anak kecil ini...amin...

Selasa, 21 Mei 2013

Selamat Hari Lahir Sayang...

assalamualaikum semua,



hari ni simptom tangan menggigil dan debar makin kuat terasa... sebabnya ada sebeban keputusan kes yang perlu diselesaikan dan dijawab pada penghantar kes di atas meja aku ni... ditambah pulak dengan terpaksa mengganti rakan setugas yang terpaksa bercuti mengejut....

alhamdulillah...aku tak marah dengan rakan tu sebab dia pun tak sengaja nak ambik cuti tapi tekanan yang aku rasa makin bertambah-tambah rasanya bila terpaksa kena jadi pegawai bertugas pulak... minda dah tertekan awal-awal pagi bila terima sms... aduhai...

semalam memang aku tidur tak bape lena... abg ngah sakit perut dan jam 5.30 pagi dah bangun nak buang air besar... pecah rekod hari ni aku mandikan abg ngah jam 6 pagi... selalunya dialah orang paling lambat dalam rumah untuk mandi pagi...macam-macam helah nak ajak dan pujuk dia mandi pagi...

teringat peristiwa 3 tahun yang lepas....


abg long di rumah sewa lama kami..  


masa tu kami masih menyewa rumah di Kampung Kempadang Kuantan... dari rumah kayu lama...kami berhijrah ke rumah sebelah yang lebih kecil dan lebih senang diuruskan dan untuk pesekiitaran lebih selesa untuk abg long pada masa tu...




rumah yang kami sewa kemudiannya..


tak lama kami duduk rumah tu aku disahkan mengandung... alhamdulillah... rezeki yang memang kami nantikan sekian lama berusaha...

ditambah pulak rezeki lain yang datang melimpah... kami akhirnya mampu membeli sebuah motorsikal seminggu sebelum aku melahirkan...


motorsikal yang dah berusia 3 tahun 1 minggu 


sehari sebelum melahirkan... aku luahkan hasrat pada shah nak naik motor pusing-pusing kampung.... dan shah tunaikan pada hari khamis 20/5/2013 walaupun dia risau jugak dengan kandungan aku... takut terhentak-hentak katanya... tapi aku jawab balik... baguslah biar mudah bersalin...

dan memang ya... disebabkan stress di tempat kerja kerana projek ISO 17025 kami sebelum tu aku akhirnya melahirkan anak pada hari Jumaat, 21/5/2013....seminggu lebih awal dari tarikh jangkaannya iaitu 31/5/2013...

alhamdulillah.... kelahiran yang amat mudah dari 3 kelahiran yang aku lalui.... amat-amat mudah....sungguh-sungguh Allah permudahkan setelah banyak dugaan yang aku hadapi...

aku mula rasa sakit pada hari rabu tu lagi... tapi tak sakit kuat sangat... tapi menjelang hari jumaat tu jam 4 pagi aku dah mula rasa contraction yang kuat... aku dah mula rendam sanggul Fatimah dalam besen besar dan dia dah kembang elok pun dalam tu...jangkaan orang tua-tua maknanya masanya dah memang hampir untuk melahirkan...secara kebetulan...

jam 6 pagi baru aku kejutkan shah untuk pergi kerja.... sepanjang dari jam 4 pagi sampai 6 pagi tu aku cuma mengemas apa yang patut untuk bawa ke hospital je... sambil menahan sakit yang kejap datang dan kejap dia hilang je... tapi serius sakitnya tak macam masa nak bersalinkan abg long dan adik husna...sangat-sangat tak kuat...

jam 7, shah bersiap nak hantar abg long ke taska dan dia sendiri ke tempat kerja...aku masa ni dah sms memang tak dapat datang kerja sebab dah rasa sakit nak bersalin.. cuma tunggu masa nak ke hospital je.. shah pulak dah risau nak tinggalkkan aku sorang-sorang kat rumah...

alhamdulillah... aku kat rumah sempat bersihkan sawang-sawang kat siling... kemas rumah apa yang patut sebelum bersalin...

jam 12, baru sakit kuat tu datang... telefon shah mintak dia hantar ke hospital... sesampai di hospital je doktor yang check bukaan tu kata dah 5 cm... terus kena masuk wad... tapi memang dipermudahkan Allah lagi... dalam jam 3 lebih tu aku dah masuk bilik bersalin... dan dalam jam 7 malam... selamat keluar seorang bayi lelaki yang comel dengan hanya 2 kali teran je.... alhamdulillah.... sungguh mudah.... dan kami namakan ia... Ahmad Najmi Afiq..


abg ngah (1jam dilahirkan) 


dan satu perkara yang tak akan aku lupakan sepanjang hayat inshaaAllah... uri yang keluar sekali dengan abg ngah tu.... sangat bersih.... macam dah siap dibasuh.... langsung takde kesan darah... nurse yang membantu kelahiran tu pun pelik... dia kata jarang tengok uri yang macam ni... dan tak dinafikan air ketuban sangat banyak masa melahirkan abg ngah... sedangkan perut aku masa tu macam kecik je.. yang tumpah memang dah basahkan katil dan kain alas ditambah pulak air yang disedut menggunakan mesin... ada la seliter lebih dalam tu... pelik aku mana datang air banyak-banyak camtu... mungkin sebab tu jugak uri dia bersih seperti dibasuh... bila hantar pada mak bidan yang tolong cucikan..dia kata uri dia 2 lapis.. jarang jumpa camni...dan ada lagi ramalan sampingan dari bidan tu cuma aku malas nak ambik port... inshaaAllah nak... jangan bimbang... ummi akan doakan yang baik-baik je untuk anak ummi ye....untuk semua anak-anak ummi juga...

abg ngah dah besar dah sekarang.... dah pandai cakap walaupun pelat... dah pandai jaga adik.... dah pandai memilih baju nak pakai hari-hari (sangat cerewet) dan lebih suka orang panggil dia abang lebih dari panggil abg ngah...teruskan membesar dengan sihat dan supaya anak ummi menjadi seorang pemimpin Islam yang beriman, berjaya dan beramal soleh....serta dipertemukan jodoh yang baik-baik juga...amin

selamat hari lahir yang ke 3 sayang.......

video

layan video abg ngah menari ni jom....hilang stress ummi nak....


p/s kerja banyak...still nak tulis blog... inilah caranya nak hilangkan stress selain memasak...

Jumaat, 17 Mei 2013

Keputusan Ujian darah, ECG dan penyebab...

assalamualaikum semua,

pagi tadi aku ada janji dengan korang nak cerita pasal keputusan ke klinik semalam kan?

ok...ok...aku nak tunaikan janji ni...

semalam...lepas aku ambik keputusan kat Pantai Premier Pathology tu aku terus ke Klinik Kesihatan Bandar Kuantan...

alhamdulillah keputusan untuk ujian TSH (thyroid stimulating horman) dan T4 aku masih dalam lingkungan bacaan normal... ok jadi hati dah lega sikit sebab bukan disebabkan masalah tyhroid pun nampaknya....

jadi kami pun daftar kat KK Bandar Kuantan... tunggu lebih kurang dalam setengah jam camtu dapat la jumpa doktor... pastu doktor tengok keputusan dan kata memang bukan masalah thyroid... jadi dia suruh gi ke bilik 8 untuk check ECG yang tak dapat buat kat Klinik 1 Malaysia kat UTC Kuantan hari tu...

bila aku hantar kad aku kat situ...haaa..ambik ada 6 pesakit tengah tunggu giliran.. jadi aku tunggu sampai dia panggil nama...

lama la jugak... bila dah panggil nama tu aku masuk dan...terus-terus sister kat situ cakap.... "longgarkan baju dalam.."

aku macam....haaaa? tak faham kan nape tetiba je orang suruh ko buat camtu...

rupanya prosedur dia macam tu... dia kena letak punat-punat yang menyambungkan wayar kat sekeliling payudara dalam proses ECG tu...tapi satu aku tak setuju la kan... aku faham ko nak cepat tapi tolonglah respect pesakit... aku bukan pernah pun buat ECG test ni.. tetiba ko cakap camtu depan MA lelaki kat belakang aku kan...cuba la faham... kan kita sama-sama perempuan...dah tu ko mintak aku longgarkan tu bukan di dalam kuib yang terlindung lak tu... pastu masa tengah check pun takde la nak cover badan orang yang terdedah... memang la dalam tu dah lindung langsir dari pandangan luar... tapi saya segan la kak oiii... aku cuba tarik baju aku lindung sikit tapi dia singkap lagi lebar-lebar macam husna nakkan susu... (aku jeling-jeling gak takde ke kain nipis kat sini nak buat alas dada time tu kan....adoi la kak... cuba fikirlah sikit... (aku nak tulis cadangan tapi borang cadangan aku tak nampak hanya nampak kotaknya saja...hihi)

mesti ada orang nak tanya kenapa aku tak sound je dia terus kan? camne nak sound? dia tengah sibuk bergossip dengan rakan sekerja dia pada masa yang sama... siap tunjuk-tunjuk gambar dalam henpon lagi... pastu sebut-sebut nama orang yang diorang tengah umpat tu... sah-sah aku pun terlibat sama nak dengor siapakah gerangan DR. K****L yang diumpat tu kan....hahaha... tak ke bagi dosa kat aku sekali...adoiiii...agak-agak la kan nak bergossip pun...(pssstt diorang tak tau aku blogger..hikhik...)

pastu lepas dapat keputusan aku cecepat blah gi bilik doktor... tak sanggup la nak menghadap muka diorang ni semua...

pastu.. tak lama tu doktor panggil... dia kata ECG juga normal... so masalah jantung pun memang takde... jadinya apa masalah aku kan?

dia kata ada sikit tinggi denyutan jantung tu..(eh terikut ala-ala doktor tu cakap pulak..hihi...)
tapi dia kata biasalah...kadang-kadang kita nervous bila orang nak buat ECG test tu... tapi dia tak tau yang aku still berdebar walau dalam keadaan rehat....

dan pengakhirannya doktor bagi nasihat..."TERUSKAN HIDUP SECARA SIHAT"...sabor je la...

ada kawan-kawan yang suggestkan aku perubatan cara tradisional dan cuba bacakan ayat-ayat tertentu dalam rumah.... terutamanya ayat Ruqyah (penyembuhan)... kot-kot la ada sesuatu yang menumpang kan... nauzubillahiminzalik... tapi inshaa Allah akan ku amalkan... terima kasih kawan-kawan...

juga terima kasih pada yang mendoakan....alhamdulillah memang bukan masalah serius...


p/s pendapat aku ialah "STRESS BOLEH MEMBUNUH!"


cerita hari guru lagi...

assalamualaikum semua,

salam jumaat...

hari ni ada cerita hari guru lagi...

semalam petang masa ambik anak-anak dari taska dan transit... cikgu kat sekolah pesan mintak pakaikan anak-anak baju cantik-cantik esok pagi sebab akan dibuat sambutan hari guru di taska...

aku macam laaaaa.... ada sambutan ke? kesiannya nak cari hadiah tentu tak sempat ni... lagi pun tak sure sekarang ni bilangan cikgu berapa ntah... kalau bagi yang kat taska je kang.. abis yang kat transit dan kafa tu tengok je ke? ...wah susah hati dibuatnya....

sudahnya aku plan nak buat makanan je la bagi kat cikgu... dan makanannya ialah puding roti dengan sos kastard... yang senang kan... hehe...

tapi bila memikirkan janji dengan anak bujang petang semalam maka aku gagahkan jugak buat kek coklat untuk 2 orang cikgu dia...

hari ni meriah bawak bekal gi sekolah masing-masing... suka tengok anak bujang besar tu tersenyum bangga bawak kek ummi dia... alahai anak...

meh layan gambar....


puding roti dalam proses 


kek coklat lembap belum deko 


bekal kami pagi tadi..dari kiri.. puding roti n sos kastard utk sek abg ngah & husna, sos kastard n kek coklat utk sek abg long, puding roti utk sek abg long.. yg hujung tu bekal nasi utk ummi bawak kerja.. 



p/s petang nanti ada cerita update pasal keputusan semalam ye... tak sempat la nak tulis panjang-panjang ni...

Khamis, 16 Mei 2013

hari ni hari guru

assalamualaikum semua,

tadi masa dalam kereta nak hantar abg long ke transit dia berlaku perbualan seperti berikut:

abg long : (sedang menyanyi)
isnin, selasa, rabu...khamis dan jumaat...lepas hari sabtu datang hari ahad...

aku : abg long nyanyi lagu apa tu?
abg long : ulang semula seperti di atas..

aku : ok..hari ni hari apa?

abg long : entahlah tak tau saya...

aku : hari ni hari khamis la..

abg long : eh bukan la ummi...cuma ummi ambik kertas saya tadi..(sambil tunjuk kad hari guru yang dia buat kat sekolah tadi)

aku : ooo..hari ni hari guru ke?

abg long : haaa ye la bukan hari khamis tapi hari guru..

aku : hari guru jatuh pada hari khamis la abg long...(sambil tahan gelak)

aduhai..anak... ooo..anak...

p/s aku sedang berada di klinik kesihatan bandar kuantan ni..tunggu nak buat test ESG...result utk thyroid tadi normal je...doakan ye kawan2..

Selamat Hari Guru

assalamualaikum semua,

selamat hari guru kuucapkan pada semua guru-guru yang pernah mengajarku secara langsung atau tak langsung...

ini merangkumi semua guruku dari sejak berumur satu hari hingga ke tadika hinggalah ke peringkat universiti... dan juga hingga ke hari ini...

ini termasuk ibu bapa, rakan-rakan, blogger-blogger....

terima kasih atas ilmu dan bakti yang telah kalian curahkan padaku...hanya Allah jua yang dapat membalasnya....semoga semua itu akan menjadi bekalan untuk kalian di akhirat kelak...in shaa Allah...




ikhsan Lukisan Dakwah Islam




p/s Pantai Premier Pathlogy dah call... katanya result dah siap dan boleh ambil....Allahuakhbar... gigil dah rasanya....

Rabu, 15 Mei 2013

menanti keputusan...

assalamualaikum semua,

berdebar yang sedia ada pun masih belum reda tapi ditambah pulak dengan berdebar menanti keputusan ujian darah yang dibuat tadi....tambah gigil pulak... aduhai...

jumlah bayaran untuk ujian TSH dan T4 tadi adalah RM33.75... kalau buat complete dengan T3 adalah RM45...tak sempat nak cek ada beza tak kalau cuma buat untuk T4 atau buat sekali T4 dan T3 tu... nanti kalau ada update aku cite ye...

keputusannya akan keluar esok dan lepas ambil keputusan kena bawak keputusan ke klinik kesihatan bandar kuantan pulak....

apapun keputusan yang keluar diharap semoga dapat menyelesaikan simptom yang ada sekarang ni...
terima kasih korang yang sudi bagi perangsang dan doa-doa semua...aku amat hargainya saat ini..


p/s ujian yang amat kecil tak setanding dengan orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat lagi...sekurang-kurangnya masa ada insan tersayang yang menemani...

hyperthyroidism pulak?

assalamualaikum semua,

selamat pagi... semoga pagi kita membawa rahmat Allah pada kita semua...dan alhamdulillah pagi ni hujan rahmat dah membasahi bumi kuantan yang panas sejak beberapa hari lepas... terima kasih kepada yang sudi membaca entry dari blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga pada komen yang kalian tinggalkan... maaf tak dapat nak balas buat masa ni...

malam tadi selepas selesai memasak sayur jantung pisang digoreng bersama kentang, tauhu dan soohoon dan dilawan pulak dengan jantung pisang dicelur cicah sambal tomato.....berhenti situ dulu... hehe... kami tak makan... lepas tu terus solat maghrib dan bersiap ke Klinik 1 Malaysia di UTC Kuantan...


UTC Kuantan 


untuk pengetahuan masuk kali ni dah 2 kali aku ke klinik ini.. alhamdulillah perkhidmatan yang diterima sangat baik dan cepat...lagi cepat dari klinik swasta...

dan malam tadi selepas dapat nombor giliran aku duduk tak sampai 5 minit pun dah dipanggil masuk untuk jumpa doktor... alhamdulillah dapat doktor perempuan... lagi senang nak berinteraksi... bila dah aku cerita serba sedikit masalah yang aku hadapi ni... doktor tu buat check up menyeluruh...dan selepas tu aku diminta ke bilik lain untuk pemeriksaan lanjut untuk degupan jantung dan tekanan darah... malangnya mesin ECG di sini dah kehabisan kertas... aku tak kisah sebab aku sedia maklum dengan peruntukan di klinik kerajaan...

bila dibuat ujian darah dan degupan jantung... tekanan darah normal 120/70

tapi bila diuji degupan jantung agak laju... 108beat/min ..untuk orang dewasa yang normal dan berehat adalah antara 60-100beat/minit ... memang pun dah 2 hari ni aku rasa macam sentiasa lepas berlari 100 meter... juga rasa nafas macam tak sampai (lelah) dan cepat penat... semalam je bila balik dari jemput abg long sekolah aku boleh terlelap walaupun selama ni aku memang tak pernah tidur waktu tengahari...(hari bekerja ye)

bila masuk semula ke bilik doktor... doktor tu mintak aku buat further check up... dia suruh buat ujian darah.. diterangkan kalau ujian dijalankan di hospital kerajaan, keputusan akan ambil masa sebulan... jadi dicadangkan untuk terus ke makmal swasta... dengan membawa surat rujukan dari klinik kerajaan inshaaAllah akan ada pengurangan bayaran... aku tanya terus kat makmal mana? jadi doktor cadangkan makmal Pantai Premier Kuantan... memang tak pernah tau dan tak penah perasan nama ni... jadi sepanjang malam tadi kami habiskan masa dari jam 9.30 malam ke 10.15 malam hanya berpusing mencari kat mana letaknya makmal ini...

info dari doktor, mengatakan makmal ini terletak di sederet dengan hotel vistana... tapi akhirnya setelah penant berpusing serata kawasan yang hanya dipenuhi dengan pub dan hotel kami keluar semula... track ikut google maps dan gps... dan akhirnya jumpa! sebenarnya makmal ni terletak di lorong tun ismail 10 atau lebih spesifiknya berdekatan dengan CIMB Bank berhadapan dengan pasaraya besar Megamall Kuantan...

jadi misinya hari ni nak sambung buat ujian darah di situ... inshaaAllah aku akan keluar dalam jam 11.30 pagi ni... doakan aku ye kawan-kawan...

oh....hampir terlupa pulak... apa kena mengena cerita ni dengan tajuk kan?

setelah ditimbang-timbang oleh doktor semalam... dia kata kemungkinan sakit jantung mungkin tipis tapi kalau hypertyriodism mungkin ye... atau mungkin je sebab aku stress sangat-sangat...atau mungkin juga sebab masalah angin dalam badan yang selalu aku alami...

jadi untuk semalam doktor cuma bagi ubat untuk melancarkan pembuangan angin dari badan... itu aje.. lain-lain tunggu hasil keputusan darah macamana...

selepas dapat keputusan yang dijangka dalam 3 hari ni doktor mintak datang bawa keputusan ke klinik kesihatan bandar kuantan...cuma nasihat doktor lagi elakkan kafein... (memang lama dah tak minum kecuali coklat)

nanti apa-apa keputusan aku akan update ye kawan-kawan.....


p/s hari ni bawak bekal scrambled eggs tapi lupa bawak roti.... apa daaaa...

Selasa, 14 Mei 2013

Berdebar-debar

assalamualaikum semua,

maaf tak dapat nak update dalam masa terdekat ni... sangat-sangat dibebani tugas... inshaaAllah akan ada update yang panjang nanti...

ada dua perkara aku nak kongsikan...
satu,
trip ke Bangkok nampaknya tak jadi dan plan kami untuk berhari keluarga di Cameron Highland diteruskan jua akhirnya... harapnya semua urusan dipermudahkan... alhamdulillah...

kedua,
aku mula rasa tak sedap hati dari semalam... dada rasa berdebar-debar tanpa henti dan nafas rasa macam terlalu pendek... bukan disebabkan terima berita yang tak mengembirakan atau apa... tapi memang tanpa sebab... tadi aku plan nak buat pemeriksaan di klinik tapi nampaknya beban kerja sekali lagi tak mengizinkan... inshaa Allah malam ni kalau tak ada aral melintang akan aku gagahi juga ke klinik...

doakan segalanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dibimbangkan ye kawan-kawan...


p/s simptom macam sakit jantung...tapi nauzubillahiminzalik...

Khamis, 9 Mei 2013

cukup-cukuplah.....

assalamualaikum semua,

ada yang rindu nak baca cerita terkini di Cerita Ita? takde apa yang menarik sangat nak dikongsikan atau sebenarnya terlalu banyak yang menarik nak dikongsikan tapi disebabkan batasan masa dan juga kehilangan mood untuk menekan keyboard bagi meluahkan rasa... tetiba rasa amat kecewa dengan keadaan sekeliling... hmmm... amat susah nak dihuraikan....



cukup-cukuplah PRU 13 dan kesannya

sebut tajuk ni je tentu dah ramai yang tutup skrin dan malas nak baca sebab malas nak ambik port kan?
aku bukan nak jadi penganalisa politik....cukup-cukuplah ramai cerdik pandai di luar sana untuk menjadi penganalisa politik... lagipun aku bukan siapa pun untuk mengulas jauh topik ini... sekadar insan yang sedar dirinya hanya menumpang mencari rezeki di bumi Allah dan menempatkan diri di lembayung kerajaan yang niatnya hanya satu adanya harapan untuk melengkapkan keperluan hidup anak-anak buat kesinambungan masa hadapan...

Keputusan penuh PRU 13 menunjukkan..Barisan Nasional menang majoriti mudah sebanyak 133 dari 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan..menunjukkan peratusan sebanyak 60% dari kerusi yang dipertandingkan..
manakala parti lawan iaitu Pakatan Rakyat menang 89 dari kerusi parlimen yang dipertandingkan dengan DAP mendahului dengan 38 kerusi diikuti PKR 30 kerusi dan PAS 21 kerusi..dan menunjukkan peratusan sebanyak 40%..

kemenangan dan kekalahan harap diterima dengan hati terbuka... seperti yang selalu disebut.. ini adalah suara rakyat... usah diungkit kisah yang lalu... buang yang keruh dan ambil yang jernih... bermaafan jauh lebih baik dari berdendam sesama kita....yang kalah dan menang pun dah termaktub...ambilah ikhtibar dengan keputusan yang terhasil....cukup-cukuplah dengan isu piliharaya... ...



cukup-cukuplah menyalahkan pengundi

di sana sini orang sibuk menyalahkan pengundi...rata-ratanya menyalahkan pengundi melayu atas pilihan yang telah mereka buat...

maaf ini hanya pandangan insan kerdil ini... cukup-cukuplah menyalahkan pengundi... pengundi tidak pernah salah...mereka hanya melaksanakan tanggungjawab yang digalas atas bahu mereka setiap 5 tahun sekali... dan ayat pengundi yang menentukan masa depan negara aku rasakan tidak begitu tepat... sebabnya... sila baca hingga abis...dan jika kalian tidak bersetuju.. sila nyatakan pendapat kalian pulak... kita berada di negara demokrasi..bebas dengan pandangan masing-masing ok...

pada pendapat aku yang juga seorang pengundi... sebagai pengundi mereka mencari calon pemimpin yang berjuang untuk kebajikan rakyat tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran tentunya... jika tidak sesiapa pun tentu sanggup menggalas tugas sebagai pemimpin... tugas itu sangat berat...

terutamanya memastikan kebajikan rakyat setempat dijaga sebaik-baiknya... terutama kemudahan asas seperti keperluan mencari kerja, pendidikan, keperluan hidup asas seperti rumah dan kereta juga perkhidmatan awam yang lain seperti bas, teksi, keretapi dan apa saja yang perlu bagi kelangsungan hidup.... dan yang selalunya menjadi keutamaan yang selalunya terlepas pandang...selain kemudahan jalanraya yang baik, kemudahan api dan air juga amat perlu dititikberatkan...

apa terjadi apabila pemimpin sedia ada gagal memberikan khidmat terutamanya yang aku tuliskan di atas...
ini yang akan terjadi... pengundi akan membuat keputusan untuk merubah kehidupan yang selama ini masih di takuk yang sama... dan akhirnya pengundi akan membuat pilihan yang lain dari biasa dengan alasan untuk membuka mata pemimpin sebelumnya tentang amanah yang gagal dilaksanakannya....  dan pengundi itu tidak pernah tau apa kesannya dan tidak pernah mahu mengambil tahu apa jua kesannya kerana mereka sudah bosan dengan apa yang diberikan selama ini pada mereka... alasan mereka hanya untuk membuka mata pemimpin....

jadi tolong la wahai pemimpin yang cerdik pandai...cukup-cukuplah menyalahkan pengundi....mereka hanya ada satu suara yang tidak boleh diulang-ulang undiannya setelah dicalit dakwat kekal...

sudah tiba masanya anda (pemimpin) yang menang dalam PRU 13 duduk semeja dan teruslah berbakti sebenar-benarnya untuk rakyat anda yang tentunya pula akan menjadi pengundi lagi dalam 5 tahun akan datang... in shaa Allah...

janganlah sampai apa yang anda buat hari ini akan menyebabkan pengundi merajuk dan peratusan pengundi yang keluar mengundi pada masa akan datang akan kurang dari 35% seperti 5 tahun sebelum ini...cukup-cukuplah menyalahkan pengundi...



cukup-cukuplah mencari salah

selalu kita dengar orang berkata...mana ada manusia yang tak melakukan kesilapan kan? jadi cukup-cukuplah media massa yang menyebarkan apa jua perkara yang akan membangkitkan kebencian antara kita... tidak kira apa pun bangsa dan agama kita... kita tetap ada hak hidup di bumi Malaysia....

rakyat malaysia inginkan kedamaian dan kemakmuran selamanya...selagi mata terbuka untuk melihat keindahan alam ciptaanNya...cukup-cukuplah mencari salah...



cukup-cukuplah dengan isu perkauman

pesan orang tua dulu... jangan ditiup lagi bara api....kelak akan memakan diri...
cukup-cukuplah menanam benci antara rakyat Malaysia.... cukup-cukuplah...



cukup-cukuplah dengan poster dan bendera yang melata

ada banyak kejadian kemalangan yang kita dengar berkaitan dengan poster dan bendera parti yang dipasang merata.... cukup-cukuplah dengan musibah yang berlaku...

tolonglah bersih pandangan mata kami rakyat jelata ni dari gelombang hijau, biru, merah dan apa-apa lagi warna yang ada di sekitar kami ini... tolonglah pungut dengan bersih... tak kira anda kalah atau menang.... dan janganlah dilemparkan poster tu sesuka hati di mana-mana.... cukup-cukuplah dengan sampah yang ada...

dan diharap supaya dapat ditanggalkan dengan segera... tak perlulah nak tunggu sampai 14 hari berkabung tu abis... cukup-cukuplah dengan jumlah kemalangan yang ada....



p/s kita tutup cerita PRU 13....cukup-cukuplah...hanya pendapat tulus dari hamba Allah yang kerdil...





Ahad, 5 Mei 2013

Saya sudah...

assalamualaikum semua,

alhamdulillah dah selamat pun membuat pilihan..semoga pilihanku tepat demi agama, bangsa dan negara dan juga demi masa depan anak-anak...

di mana-mana org sibuk tunjuk gambar jari telunjuk belah kiri je..di whatsapp..facebook..blog..haha.. kena sawan mengundi dah ni...

aku pun tulis entry pasal nak tepek gambar jari gak ni..hehe..layankan je la ye..

ramai yang tunjuk gambar orang beratur masa kaunter baru dibuka pagi tadi...aku dah susah hati risau panjang sampai petang je tadi...sebab shah keja hari ni jadi kena tunggu dia settle keja dulu baru boleh gi ngundi..sapa nak tolong jaga anak nanti kan...?

bila shah sampai rumah dalam pukul 2 lebih tadi dia dah siap mengundi dah pun..dia kata tak ramai macam pagi tadi..ada 2-3 orang je..

pastu masa aku gi pukul 3 lebih tadi..memang ye pun tak beratur pun..masuk terus ambik kertas dan pangkah dan keluar..laju je belah petang..alhamdulillah hari pun elok..dipermudahkan segala urusan...

satu je yang aku tak berapa setuju la...mungkin SPR boleh perbaiki di PRU 14 nanti..pasal dakwat kekal tu..rasanya elok dakwat tu dicalit lepas proses memangkah tu..lagi cantik dan teratur rasanya..letak meja khas untuk calit dakwat dekat pintu keluar..

ini cadangan je la..sebab pendapat aku..agak susah nak memangkah dengan satu tangan dah tak boleh digunakan sepenuhnya..lagi satu bagus untuk elakkan kertas undi dari rosak sebab comot dengan dakwat kekal tu...tadi kat dalam peti memangkah undi tu je dah comot dengan dakwat kekal tu..macam rasa tak yakin pulak aku nak memangkah atas tempat comot camtu..huhu..

lagi satu...peraih undi...sila la jaga adab dan tatasusila anda... ini nak marah ni tau.. adalah puteri dari satu parti politik ni dah telefon shah dah banyak kali..

hari ni je dah 2 kali..pertama tadi shah dah jawab nak gi sendiri bila dia offer nak jemput untuk ke tempat mengundi..

pastu baru pukul 4 tadi telefon lagi...offer lagi nak jemput...adoiii...korang ni dah terdesak ke apa? atau dah banyak sangat duit peruntukan untuk isi minyak..adoi...tempat mengundi tu tak sampai pun 1km dari rumah la..kami jalan kaki pun boleh sampai tau...sabor je la...

apa pun...nak tengok update lepas jam 5 petang ni..berdebor..haha..macam jawab peksa pulak...

p/s nak call mak jap la..

Sabtu, 4 Mei 2013

Puding Roti Chef Hanieliza

assalamualaikum semua,

projek di malam hari...hehe... bukan projek apa pun..projek baikkk punya....

apa lagi kalau bukan makan...haha...

kali ni aku buat puding roti...resepi ambik kat buku 1 hari 1 resepi...lama dah buku tu tetiba semalam ada sahabat ingatkan aku yang aku ada buku tu...haha..punya la teruk..nampak noo tak selalu tengok kan?... bukan apa gambar dalam buku tu tak bape menyengat la...ceh..alasan kan...padahal memang pemalas...haha..memang dasar...

tetiba bila belek hari ni..terpandang kat resepi puding roti..wah..menarik ni...nak cuba la..

belek barang kat dapur semua cukup..dan mula la plan...

susu segar pulak takde...tapi takpe aku bancuh susu tepung..selesai..tapi aku terendam lama pulak roti tu bila sibuk dengan anak-anak sampai lupa dah berapa lama rendam..

siap je masak...terus rasa sesudu..tengah panas lagi tu..haha..tak menyabor..

tapi bila rasa...wallah... alhamdulillah menjadi! marveles!

abg long yang selalu cerewet pun kata sedap...dah la tadi puji masak lemak sayur nangka aku sedap... wah berbunga-bunga hati ni haaa...

shah balik tadi rasa pun dia kata sedap...lagi berbunga rasa hati...ni yang buat rasa rajin nak belek buku tu lagi ni...hehe...

layan gambar je la ye...ahahai....

p/s malam yang hangat sehangat raya esok ni...huhu...PRU 13..selamat mengundi semua...

tolong doakan ye..

assalamualaikum semua,

setelah bertenang semalam...aku akhirnya membalas email pada penghantar email semalam...alhamdulillah rasa tenang dan lapang sikit hati..

semoga urusanku di permudahkan Allah...amin..


terima kasih juga pada teman-teman yang menyumbangkan pendapat...

p/s nak gi beli tepung, gula dan barang dapur sikit...persediaan untuk PRU 13...hehe...

Jumaat, 3 Mei 2013

Serba salah...

assalamualaikum semua,

minggu ni memang minggu yang sangat membebankan rasanya.... dah banyak istighfar dah ni...

bersabar lebih lagi.... setelah seminggu takde kat opis minggu lepas..minggu ni dihujani dengan keputusan yang perlu dijawab... sebeban atas meja...

belum lagi minggu ni kena jadi pegawai bertugas dan terima kes yang amat banyak.... aduhai... macam tak tertanggung je rasanya...

kena pulak dengan stress anak-anak yang sakit... abg ngah dan adik kena kudis api... sejak dari khamis lepas lagi... sekarang dah beransur baik.. cuma parutnya yang macam tak boleh hilang... ada sesiapa ada petua nak hilangkan parut kudis api ni?

semalam pulak tiba-tiba bos bagitau kena join trip ke Bangkok hujung bulan ni... aduhai... lemah sendi lutut rasanya... aku dah mohon cuti seminggu dari 27/5 hingga 31/5 untuk jayakan hari keluarga kami yang kami dah plan sejak tahun lepas lagi... aku dah mohon dari awal bulan lepas lagi... beria-ia aku... dengan dah bayar duit deposit untuk homestay lagi... segalanya dah plan.. tiba-tiba kena pergi Bangkok...

masa aku tulis post ni pun... badan aku dah gigil tau...emosi... aku letih la camni...

ada yang cadang aku cakap je kat bos masalah aku...masalahnya bos bagi nama kat big bos... dan nama tu pun dah sampai ke Bangkok.. tinggal tunggu aku proceed application form je...

ni la masalahnya bila bagi nama tapi tak bincang dulu dengan staff... aku dah apply cuti dan dia sedia maklum sebab apa.. boleh pulak jadi macam ni... sedihnya hati.... macamana nak buat ni...???






p/s rasa hati kalau tak memikirkan rumah yang bawah loan kerajaan tu dah lama aku resign kot...

Rabu, 1 Mei 2013