Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 1 Mei 2016

Musim bunga di Malaysia?

Assalamualaikum semua,

Cherry Blossom



Tahukah Anda?

Baru-baru ni heboh tentang bunga cantik yang berkembang mekar kat Malaysia, bunga yang sedang kembang cantik seperti bunga sakura itu namanya Tecoma/ Tabebuia.

Menurut laman web FRIM, Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selantan dan Tengah adalah pokok hiasan yang ditanam sepanjang pinggir jalan atau hiasan tanam. Di Malaysia, Tabebuia juga dikenal sebagai “Cherry Blossoms of Penang” yang mirip bunga sakura dari Jepun.

Di Malaysia ada 2 jenis warna bunga yang sering ditanam iaitu putih dan pink. Tabebuia pentaphylla adalah salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tecoma , Tabebuia pentaphylla adalah tecoma berwarna pink dan Tabebuia roseo-alba berbunga warna putih.

Sebenarnya bunga ini ada banyak lagi warna seperti purple, kuning, merah atau lavender.
Nama pentaphylla adalah kombinasi “lima daun” iaitu “penta” bermaksud lima dan “phylla” bererti daun dalam bahasa Latin. Pokok ini juga dipanggil “pokok kertas tisu” kerana kelopak bunganya yang nipis. Pokok bunga ini akan berbunga serentak di mana saja ianya tumbuh dan berlaku apabila musim kering.

menarik kan?

dan nak lebih menarik lagi... meh kita layan gambar ni pulak..






p/s hari cuti adalah saat bermakna untuk keluarga...



Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: