Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Virus Zika kini di Singapura!

assalamualaikum semua,

tadi pagi baru lepas terbaca pasal Virus Zika di facebook Astro Awani... terkejut aku sebab kali ni kes Virus Zika ni dikesan di negara jiran kita yang paling dekat iaitu Singapura...

ini merupakan kes pertama di Singapura dan khabarnya melibatkan warga tempatan yang baru balik dari mengunjungi negara Brazil pada awal bulan Mei ni... sekarang pesakit telah diasingkan dan menerima rawatan katanya...

virus zika di Singapura


pada tahun lepas dunia dikejutkan dengan kehadiran virus yang menjadikan kanak-kanak yang dilahirkan berkepala lebih kecil dari normal... dan kes di Singapura ni mencatatkan kes kedua di Asia Tenggara... tapi sebenarnya beberapa negara Asia yang lain jugak ada pernah mencatatkan kes positif bagi Virus Zika ni macam negara Jepun, Korea Selatan dan Filipina...

tapi alhamdulillah mengikut pemantauan sentiasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia , negara Malaysia masih bebas dari Virus Zika.... Kementerian ada 2 makmal yang sentiasa bersedia untuk menguji sampel yang didiagnosis sebagai demam denggi tetapi keputusan negatif untuk demam denggi... makmal ini ialah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)....

antara fakta yang kita perlu tau mengenai Virus Zika ni yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti gambar di bawah...


fakta Virus Zika dari Kementerian Kesihatan Malaysia



Disertakan juga info lain mengenai tanda-tanda dijangkiti Virus Zika dan Cara rawatan dan pencegahannya... untuk perempuan mengandung dan kanak-kanak yang selalunya menjadi kumpulan yang tinggi risiko perlu mengambil langkah berjaga-jaga lebih sikit la... terutama kalau ibubapa yang nak buat aktiviti luar dengan anak-anak kecil...

Zika dan tanda penyakit

rawatan Zika



cara mencegah

bagi bidang veterinar...virus ni merupakan antara kebimbangan juga kerana ianya boleh menjangkiti spesis monyet, orang hutan dan yang sejenis dengannya...

semoga Allah pelihara dan melindungi kita dari wabak penyakit dan semua perkara yang tidak diingini...amin...

p/s hari ni ada hari keluarga makmal di Zoo Kemaman...kena ikut nasihat KKM..pakai seluar dan baju berlengan panjang untuk aktiviti luar...

Ulasan

  1. jika tiada rawatan dan ubat.. macammana dgn org yg dijangkiti tu Ita? Ada harapan pulih atau dia akan menyebarkan virus tu pd org lain bila nyamuk aedes gigit dia dan gigit pulak org lain.. mohon pencerahan... (budak bukan aliran sains bio.. soalan dia mmg kurang matang sikit.. hahaha)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara rawatannya setakat ni cuma boleh dirawat segala simptom yang ada je kan... supaya tak jadi lebih serius... dan pesakit dinasihatkan tak biarkan nyamuk gigit badan dia dalam masa minggu pertama dijangkit... sebab dalam tempoh ni virus masih aktif dalam darah dan boleh menjangkiti orang lain melalui gigitan nyamuk..

      Padam
    2. takde istilah soalan kurang matang kak... sebab semua orang mempunyai kepakaran berbeza-beza.. lebih baik suka bertanya dari memandai-mandai buat tau kan...hehehe...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus