Doktor Haiwan Maut dipijak Gajah! - Cerita Ita                                                             Doktor Haiwan Maut dipijak Gajah! Langkau ke kandungan utama

Doktor Haiwan Maut dipijak Gajah!

assalamualaikum semua,

pagi ni di pejabat dikhabarkan berita yang sangat mengejutkan... berita yang sangat tak mau aku dengar selalunya... berita mengenai rakan seangkatan yang ditimpa bencana ketika menjalankan tugas... seorang doktor haiwan atau doktor veterinar maut dipijak Gajah... ianya sangat menyedihkan walaupun aku tak kenal pun dengan siapa yang terlibat... tapi sangat menyentuh hati orang yang terlibat dalam bidang yang sama...apalagi bila baru sahaja menyambut Hari Veterinar Sedunia baru-baru ni.... 

tajuk berita doktor haiwan maut dipijak gajah ~Sinar Harian~


berita yang sangat mengejutkan sebenarnya... mesti akan ada pihak yang tertanya-tanya bagaimanakah prosedur keselamatan semasa bertugas terutamanya melibatkan haiwan liar seperti ini... dan juga tertanya-tanya dimanakah keperluan kecemasan seperti ubat bius dan sebagainya ketika berlaku perkara sebegini...

doktor haiwan
sumber berita dari Sinar Harian


pada pendapat aku tak tak berada di tempat kejadian tu dan jugak tak mahir dalam menjiwai sifat seekor gajah... ini yang dapat aku simpulkan... ada perkara yang berlaku terlalu pantas sampai kita tak sempat memikirkan segala akibat yang berlaku... ada jugak perkara yang menjadi rutin kita seharian tapi sebenarnya benda tu adalah satu rutin yang salah... dan jugak ada perkara yang telah ditulis yang sepatutnya diubah... inilah antara cabaran pekerjaan kami selain dari yang aku pernah tulis sebelum ini di Cabaran Sebagai Doktor Veterinar ...

bila terima berita macam ni terus terbayang nasib rakan-rakan yang berjuang untuk penyakit zoonosis (berjangkit dari haiwan ke manusia)... terbaru kes Rabies yang masih lagi dalam pemantauan...apapun yang berlaku semoga jadi pengajaran untuk semua... semoga Allah lindungi kita semua dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan... amin...

untuk Allahyarhamah Octavia Warahapsari, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah hendaknya...


sumber ~Sinar Harian~



p/s tetiba terkenang nasib kami yang selalu menjadi barisan hadapan bila ada penyakit berjangkit dari manusia ke haiwan namun masih belum layak menerima elaun kritikal... tidak kritikalkah pekerjaan kami ini? hmmmm..... 


Ulasan

  1. Innalillah... sedihnya. Syahid sebab matinya ketika bertugas kerana Allah. Gajah tu jadi penyebabnya aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kakzakie... semuanya telah ditentukan olehNya..

      Padam
  2. btl tu doc.. ayat last tu setuju sgt.. elaun kritikal hanya de klu blaku outbreak saja..tu pon hanya sebahagian saja yg dpt.. sdgkn kt ni mcm askar dan polis juga.. barisan hadapan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih dirundingkan rasanya...harapnya urusan rundingan dipermudahkan..

      Padam
  3. Takziah kepada keluarga doktor itu. Kagum dan tumpang bangga dengan orang2 yang bekertugas dibarisan hadapan seperti doktor. Ramai yang tidak sedar kerja keras disebalik sesuatu perkara hingga akhirnya nyawa menjadi cagarannya.. Allahuakbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih che mid... betul sangat apa yg che mid kata tu...

      Padam
  4. Innalilla hiwainna ilaihirajiuunn
    sungguh trajis
    salam kenal dari kaknoor ya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...