Aldo Compatto stroller tahan lasak yang berbaloi dimiliki - Cerita Ita                                                             Aldo Compatto stroller tahan lasak yang berbaloi dimiliki Langkau ke kandungan utama

Aldo Compatto stroller tahan lasak yang berbaloi dimiliki

assalamualaikum semua,

dari mula ada anak pertama sampai la sekarang ni stroller memang agak penting untuk kami sekeluarga terutama bila nak gerak ke mana-mana... tapi dulu-dulu kami cuma cari stroller murah biasa yang ada kat pasaran je... masa tu tak terfikir la pasal tahan lama ke apa ke...cuma tau beli dan ada je...

bila stroller mula rosak mulalah terfikir nak cari yang lebih tahan lasak... akhirnya kami beli satu stroller terpakai berjenama yang memang rasa tak menyesal beli... tapi kalau la masa tu kami beli stroller macam Aldo Compatto kat bawah ni tentu aku dah berjalan sambil senyum meleret la...haha... jom baca lagi untuk tau kenapa...






Secara Ringkas


Baby Stroller kategori wajib ada untuk keluarga yang kaki travel kerana Aldo Compatto ini boleh dibawa kedalam kapal terbang.

Selain itu, jika korang tidak mahu kereta anda sempit disebabkan baby stroller. Aldo Compatto jawapannya.



Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika diatas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Analisa


Rekaan baby stroller ini adalah hampir sama dengan jenama terkemuka Babyzen YOYO. Perbezaan ketara adalah kualitinya sedikit berbeza terutama fabriknya dan frame stroller. Akan tetapi ianya masih berbaloi
dimiliki kerana harganya juga jauh lebih murah dan masih boleh lipat dan buka dengan satu tangan.


Walaupun kualitinya sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi ianya masih berbaloi berganda kerana banyak aksesori diberi dan padding seatnya lebih tebal dan seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO hanya lebih kurang 150°. Maknanya ianya sesuai untuk Newborn.

Apa yang ada dalam kotak?



  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover.

Apa yang kami suka!


Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller korang terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Kesimpulan


Stroller yang inovatif dan sangat kompak. Sesuai untuk keluarga yang suka berjalan-jalan dan yang tidak suka stroller memenuhi ruang di dalam kereta.



Dimana hendak beli?





Sebab apa? sebab ada diskaun hebat menanti anda disana, selain itu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama dan setiap ringgit yang korang belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya. Sangat Awesome!!! Penjimatan Berganda tau...




p/s ni cite-cite pasal stroller ni macam terasa macam nak ada baby baru lak...#eh

Ulasan

  1. saya ada 1. memang mudah pakai dan senang bawa

    BalasPadam
  2. tq utk review ni..tgh survey2 stroller jugak..yg senang nak bawak baby kalo travel sorg2 time ayahnya x dpt nak balik sekali esp naik flight blk Swk..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum