Pageview Cecah Sejuta!

3:10:00 PTG

assalamualaikum semua,

sebenarnya entri kali ni nak mintak tolong dengan korang je... nampak tak pageview blog yang kat belah atas sebelah kanan blog Cerita Ita ni? macam gambar kat bawah ni la kiranya...

sejuta
nampak yang kat area kota merah tu ? haaa... itu pageview


sebenarnya aku nak sangat mintak jasa baik korang sesiapa yang sudi atau yang rajin atau yang memang baik hati dan suka menolong supaya dapat la kiranya korang tolong buat printscreen bila nombor pageview tu mencecah SATU JUTA ? boleh tak ye ? aku sangat berharap korang bolehlah menolong...

dan tolonglah sharekan entri ni supaya kawan-kawan korang boleh jugak tolong aku ni... walaupun blog aku ni pada hakikitnya cuma blog picisan tapi aku berharap sangat moment terindah pageview mencecah satu juta ni dapat diabadikan dalam kenangan berblog yang terindah... wah dia punya ayat macam buat puisi...

ada hadiah ke nanti? huhuhu... yang itu aku belum dapat janji lagi ye... nak bagi tu selalu berhajat tapi sudahnya terkubur camtu je bila semuanya dah basi dah pun... insyaAllah jika ada rezeki lebih aku takkan lupakan korang yang baik hati ni...


p/s berpeluh-peluh main batu seremban tengah-tengah panas...fuh...


You Might Also Like

14 Luahan Ikhlas

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini