Logo KBBA

Selasa, 31 Mei 2016

Ujian Program Permata Pintar UKM .... dah tarikh tutup!

assalamualaikum semua,

semalam dah 30 Mei 2016 dah pun... baru teringat nak suruh abg long jawab soalan untuk Program Permata Pintar UKM tu... aku dah lama sesiap simpan link dia dalam chrome dalam telefon ni haaa....

permata pintar UKM


pastu konon tunggu dia abis periksa aritu baru nak suruh buat... pastu tunggu punya tunggu sampai la abis kenduri baru boleh suruh dia cuba jawab...

tapi semalam setelah suruh dia jawab baru aku tau... susah la wei... soalan dia tu banyak dalam bentuk menguji IQ tau... contohnya macam pilih kotak yang mana sesuai diisi dalam kotak kosong gitu... haa... ambik la... susah woo... aku pun terkulat-kulat tengok soalan...

nampak kan anak-anak... sebenarnya IQ ummi korang ni cuma so-so je tau... kalau tak dah lama dah ummi mintak diorang kat tv tu buat rancangan Clever Mom untuk gantikan Clever Girl tau... walau hakikatnya memang la selalunya ummi ni la yang selalu jadi pak nujum yang pastinya dapat menjawab soalan bombastik dari anak-anak...

ada gak abg long tanya aku semalam apa jawapan dia... tapi sebab orang yang jawab soalan ni tak boleh mintak talian hayat sapa-sapa maka aku katalah... jawab je la memana yang abg long rasa betul... huhuhu...

ni contoh soalan dia tau... disebabkan bukak kat hp maka ada la kalanya kejadiannya jadi gini la... keluar sekerat je....

contoh soalan


dan selepas dah abis tiga sesi kalau tak salah dia akan keluar sijil untuk pengesahan... tapi abg long punya keluar macam ni tau... dan dia marah aku screenshot semalam... hahaha... dia kata buat malu je ummi....

keputusan


buat sesiapa yang teringin nak anak dia jawab ada lagi ruang masa hingga hari ni tau sebab dibuka ruang ni sampai 31 Mei 2016... dan soalan ni boleh dicuba setiap tahun bermula dari April hingga 31 Mei setiap tahun...

terbuka untuk pelajar sekolah rendah berumur 8 tahun hingga tahun... yang menariknya sesiapa yang terpilih melalui program Permata ni akan dapat mengikuti program yang dijalankan oleh Permata Pintar UKM ni di masa-masa yng ditetapkan... contohnya kem cuti sekolah...

sesiapa yang berminat boleh terus pergi ke link ini... PERMATA PINTAR UKM... silakan mencuba...

p/s hari ni ada program dengan Erra Fazira tau... jangan jeles...
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

lisa nurul ain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aiyok..harini dah 31 mei

Shiqeen Sattar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus ye program ni lebih kurang program permata di usim

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe... tutup dah...

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aah.. mmg sama SS.. cuma yg USIM tu utk aliran agama rasanya..