Logo KBBA

Khamis, 9 Jun 2016

Adik Hadi dan Sakit Telinga

assalamualaikum semua,

hari selasa lepas, adik hadi ada temujanji dengan Pakar ENT sekali lagi... sesiapa yang tengok IG dan FB aku mesti perasan gambar yang aku hantar... kalau tak perasan atau belum follow IG silalah klik kat tepi tu ye...  

mesti ada yang tertanya-tanya kenapa adik hadi ada temujanji dengan Pakar ENT ni kan? sebenarnya kronologinya begini... sejak bulan Januari 2016 lagi adik hadi ni ada masalah cecair berupa nanah keluar melalui telinga dia... mula-mula kami perasan tu cuma telinga kiri je... jadi bila dah perasan kami bawa dia ke Klinik Kesihatan Bandar Kuantan untuk pemeriksaan lanjut... akhirnya doktor bagi ubat titis telinga... tapi masalah adik hadi masih macam tu jugak selepas 2 minggu kemudian... lepas tu doktor tukarkan dengan ubat untuk masalah selsema dia yang jugak berpanjangan dalam masa yang sama...

di pakar ENT HTAA


doktor percaya selsema tu la punca telinga dia bernanah... kami pun rasa macam tu jugak sebab setiap kali dia ada selsema setiap kali tu la jugak akan ada nanah keluar dari telinga dia... namun selepas kami bagi ubat selama dekat 3 minggu masih tak selesai masalah maka kami mintak doktor untuk buat rujukan ke Klinik Pakar ENT di HTAA... maka bermula la rutin kami mengulang klinik pakar ini setiap 3 minggu...

pada temujanji pertama dulu adik hadi ada masalah nanah yang sangat banyak kat telinga kiri sampai doktor buat keputusan untuk sedut (suction) dalam telinga adik... Allah...luluh hati aku masa ni... tak tau nak cakap la bila tengok anak menangis... aku tau sangat prosedur tu memang menyakitkan sebab aku pernah lalui dulu macam aku cerita kat SINI... alhamdulillah selepas tu doktor sambung semula ubat untuk rawat selsema dan akhirnya reda sekejap... 

tapi selepas 3 minggu tu kami datang semula dan masa ni adik hadi memang tengah selsema dan ada masalah nanah bagi kedua telinga la pulak... tapi telinga kiri cuma nanah cair tapi telinga kanan dah jadi pekat pulak... aduhai... dugaan sungguh... terpaksa pulak untuk sedut (suction) telinga kanan pulak pada masa tu... dan paling menyedihkan kami ialah kami boleh nampak lubang pada gegendang telinga adik... aduhai... lagi la luluh hati kami sebagai mak bapak... kami dirujuk semula kepada pakar selepas itu...ada cerita di SINI dan SINI...

kalau nak tau sebenarnya adik hadi ni mengalami masalah sama macam abg-abg dia dulu-dulu yang sampai kena masuk wad sebab masalah selsema... ada aku ceritakan kat SINI... cuma adik hadi agak kuat paru-parunya tapi dia pergi ke telinga la pulak... dan masalah ni biasanya memang berlaku pada kanak-kanak yang dihantar ke Taska... (ok...mood pasrah....mak kena keja nak...)

nanti aku cerita pulak apa terjadi lepas kami dirujuk semula ke pakar tu...

p/s hari ni kena gerak ke jerantut pulak...
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anak akk dulu pnh jugak ada mslh telinga.. smpi akhirnya terpaksa jumpa pakar, syukur tak berlarutan. Apa yg akak nmpk, masa tu memang dia kena selsema dulu.. dan satu lagi kena jaga bila dia mandi, jgn bagi air masuk telinga. lepas tu Alhamdulillah, dah tak ada masalah lagi.

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang pun kak.. yang mandi tu biasa jaga jugak cuma biasalah budak suka main air mungkin ada jugak termasuk tak sedar tapi yg selsema tu memang ye..

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memahami sangat..sebab dulu syahmi memang akan kene kalau selsema.

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak... mmg selalu kena kalau anak selalu selsema rasanya...

Ishak Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga adik hadi cepat sembuh

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tenkiu bamhoq!