Logo KBBA

Isnin, 30 Januari 2017

Pau Ayam Viral di Kuantan !

assalamualaikum semua, 

aku ni kalau orang cerita je pasal pau.. pantang dengar, macam kena karen je..haha maklumlah kerjaya sampingan aku kan penjual pau.. semalam pun baru je buat pau gebu kat rumah mak ni.. dan kali ni dengar pulak orang cerita pasal pau ayam.. macam best je dengar.. aritu dengar pasal pau cendawan pun tak dapat lagi nak merasa.. ni pau ayam pulak dah!

pau cendawan
Pau ayam dan pau cendawan viral di Kuantan

dipendekkan cerita ni sebenarnya flash back untuk orang Kuantan yang teringin nak makan pau cendawan atau pau ayam yang tengah viral kat sana sini tu .. aku sebenarnya bukan letakkan apa-apa matlamat pun nak cari pau ayam ni sebenarnya.. ada dengar orang kata ada jual kat cawangan dia kat Pantai Teluk Cempedak.. lepas tu aku tengok memang beratur la nak beli tu.. dan bila aku tanya pun kat fb diorang.. dia jawab sapa cepat dia dapat.. tu yang lemah betul dengar..

dan lepas tu aku pun jadi lupa dah pasal pau ayam tu walau pernah teringin.. tapi disebabkan 2 minggu lepas, ada barang nak cari di Mydin Kuantan.. jadi kami pergi la lepas maghrib ke Mydin tu.. tapi bila dah dapat barang yang kami perlukan termasuk tak dapat cari biskut gery lagi dah kat Mydin.. kami pun panjangkan langkah ke jualan carboot atau carboot sale yang berada kat Rizqi Street Kuantan.. kalau nak tau kat mana Rizqi Street ni sebenarnya.. senang je.. dia betul-betul kat sebelah pusat pakaian hari-hari Kuantan yang berdepan dengan Mydin tu je..

tak banyak sangat pun gerai yang berjualan kat sini.. tapi yang aku nak cerita ialah gerai yang jual pau ayam dan pau cendawan viral putrajaya tu je.. masa aku datang memula tuan punya kedai takde pulak.. kami pun pusing-pusing dulu kawasan.. pastu bila dah pusing balik dan sampai kat gerai pau ayam tu aku pun rajin la nak tanya lagi sekali..

dan syukur rezeki kami.. takde pun orang yang beratur.. penjual kedai yang baik hati pun bagi aku ambik gambar pau yang sedang dikukus.. comel betul bentuk ayam tu.. gigih betul orang yang mencipta pau ni tau..memang aku salute la..

pau ayam panggang

pau cendawan


eh lupa.. harga untuk pau ayam ni kalau sebiji tak silap aku rm4 satu dan pau cendawan dijual dengan harga rm3.50 satu.. tapi diorang tak jual pau ni sebijik-sebijik gitu.. diorang jual ikut pakej combo je.. 2 biji pau cendawan + 1 biji pau ayam dengan harga rm11.. jadi kalau korang teringin nak beli ayam tu banyak ekor.. maka sila beli dengan banyak combo ok..hahaha..

ni gambar isi dalam ayam atau inti pau ayam yang sedap tu..


mesti ada yang nak tau rasa dia sedap ke tidak kan? ok ni pendapat aku yang baru pertama kali rasa pau cendawan dan pau ayam ni la.. pada aku pau cendawan ni rasa dia agak kurang sikit sebab inti dia tu cendawan, ayam dengan rasa macam sos cabonara tu haa.. untuk tekak melayu macam pelik kot.. haha.. tapi aku tak nafikan ada orang suka.. kalau untuk aku ada rasa pedas-pedas sikit ok kot.. anak-anak pun tak berapa gemar pau cendawan ni..

tapi kalau pau ayam.. terbaik la aku cakap dia punya inti.. ditambah dengan pau dia yang memang gebu.. memang kombinasi terbaik.. rupa pau yang memang comel pulak tu.. memang menggamit hati orang nak beli la.. korang patut cuba la wei.. berbaloi.. dan memang berbaloi! 

cuma aku rasa lainkali diorang kena buat lebih pilihan combo untuk pembeli kot.. bagi combo 2 pau ayam + 1 pau cendawan atau 3 pau ayam semua ke kan...? insyaAllah aku jamin produk ni memang boleh pergi jauh lagi kecuali kalau ada yang berdengki la kan.. korang paham kan maksud aku? hihihi..


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Iqbal Hafiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..

Adam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Next week saya ke sana. Boleh cuba.

Radhia Razali berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Follower yang ke-500. hehe... Jemput follow blog saya juga..:)

penselduabee.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tulah..... tapikan Ta sampai sudah hakak tak jumpa pau ayam ni weyh. Ohhh sedaplah ek.
Masa pau cendawan tgh viral hari tu lama jugaklah mendapatnya. Sekali dapat, betul kata hang Ta, idaklah sedap mana pun

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aida suka kan bentuk pau tu. Comel.
Mcm mini ayam panggang :-)