Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 17 Mac 2017

Resepi Kuih Koleh Kacang mudah

Assalamualaikum semua,

dah pagi dah pun dan aku tak tidur lagi.. baru je siapkan tempahan dari kawan pejabat shah.. diorang order kuih koleh kacang ! alhamdulillah ada la rezeki sikit walau tak banyak..

kole kacang
kuih koleh kacang


sebenarnya aku nak mula berjual kole kacang ni pulak, hantar kat satu gerai dekat padang lalang.. belakang je dari Sekolah Menengah Agama Al Ikhsan Kuantan.. tapi tadi semalam aku dah siap dah kononnya nak berjual lagi.. tapi..

bila dah sejuk pagi tu aku potong dan rasa.. alamak tak sesedap masa aku hantar hari sebelumnya la pulak.. sedih betul.. sudahnya aku pun terfikir, mungkin takde rezeki nak berjual kot jadi shah pun cakap nak bawak ke pejabat dia, maka dia bawak la.. kat aku ada jugak tapi sikit la buat bekal aku makan tadi.. 

lepas tu petang tu shah kata ada orang yang nak order.. alhamdulillah la kan.. tak jadi berjual sebab tak sampai hati kuih tu rasa tak sedap kemudiannya tukar niat pada sedekah tu rupanya Allah panjangkan rezeki kami lagi.. sapa la yang tau perancangan Allah kan..

dan tadi dah siap pun tempahan untuk esok dan tunggu sejuk dalam loyang.. esok baru aku potong bila dah sejuk.. ada yang tak caya ke aku boleh buat ? hehehe.. meh aku tulis resepinya meh..

resepi asal kuih ni dari My Resepi kalau tak salah aku pun tak ingat tapi ada la aku pernah tulis kat ENTRI NI dulu.. dan paling best resepi ni guna sukatan cawan je tau tak guna penimbang langsung..

Resepi Kuih Kole @ Koleh Kacang


Bahan-bahan


1 cawan Tepung kacang hijau 
1 cawan santan pekat 
2 cawan santan
1 cawan gula merah
2 sudu besar rata gula pasir
2 cubit garam
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara


1. Masak gula merah bersama 1 cawan air dan 1 helai daun pandan sehingga agak pekat. Sejukkan dan tapis.
2. Masak santan pekat dalam kuali sampai dapat tahi minyak.
3. Ambik anggaran 2 sudu minyak yang kita dapat dari buat tahi minyak tadi. Biarkan dalam kuali dulu.
4. Lepas tu korang godak semua sekali, tepung kacang hijau, air gula yang ditapis tadi, garam, dan 2 cawan santan tadi.. semuanya dibancuh sebati.
5. Bila dah takde lagi ketulan-ketulan dah boleh la curah ke dalam kuali dan hidupkan dapur dengan api yang kecik je.
6. Kacau sampai masak dan tak berketul. cara nak tau masak ke tak, kena tengok kalau adunan tu kental dan tak melekat di kuali lagi. Dia akan jadi macam berkilat sikit.
7. Ratakan dalam loyang dan kemudiannya taburkan tahi minyak buat hiasan diatasnya.


Tips Kole Kacang lebih sedap



ok aku dah kongsikan resepi kan? kali ni aku nak bagitau tips. 

1. macamana nak warna kuih koleh kacang kita tu cantik hitam menawan? caranya ialah masak gula tu lama sikit macam ala-ala nak buat gula hangus tu.. lagi hangus lagi hitam tapi jangan la sampai hangus sangat kang pahit pulak.. haha..

2. macamana nak tau tepung mana yang sesuai?
baik.. yang paling best aku guna masa resipi pertama kuih ni dulu, aku guna brand Alagappas.. tapi puas aku memusing cari takde cuma jumpa Baba's dan Kijang. dan secara peribadinya aku lebih suka jenama Kijang sebab lebih lemak berkrim dan lembut hasilnya..dan jangan guna tepung yang warna putih tau hasilnya tak secantik tepung warna kuning..


Jenama Kijang - yang lebih sedap

ada jugak Baba's dikala gersang nak cari tepung


itu je setakat ni aku boleh kongsi.. kalau ada benda nak tambah nanti korang bagitau ok.. komen je kat bawah nanti.. ok jom tidur dulu!






Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah..boleh cuba nie..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kak Sue

cuba kak.. jangan tak cuba.. sekali tips dah bagi tu..

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aduhhhh peberet uyull