Popular sangat ke kita? - Cerita Ita                                                             Popular sangat ke kita? Langkau ke kandungan utama

Popular sangat ke kita?

assalamualaikum semua,

hari ni rasa macam bersemangat lebih.. entah kenapa ntah.. macam ada dapat sesuatu yang best je.. yang pentingnya aku agak gembira la sebab hari ni cik abang yang hantar.. jadi tak la rasa stress memandu macam selalu.. hahaha.. stress rupanya memandu kat Malaysia ni ye ? lelagi kalau orang tu orang popular kan ?

sabar je la kan? tanya-tanya pulak dia


tapi eh... kejap.. popular sangat ke ko ni ita ? hahaha.. aku bukan nak cakap pasal aku yang popular ke tidak ni wei.. sebenarnya aku terbaca entri kat blog Uyul dia cerita pasal ranking.. semalam lagi aku dah tertengok kat status Mar pasal ranking blog kat Alexa.. aku tertanya jugak mana nak check ?

dan hari ni baca kat blog Uyul dia ada bagitau mana nak check.. dan aku terlebih rajinnya pergilah check untuk tau kat mana ranking aku.. bila bukak je dia keluar macam tulisan kat atas tu la.. huhuhu.. saje je kan.. tau la kita ni memang tak popular..

dan bila tengok lagi kat bawah dia ada ranking keluar macam gambar kat bawah ni.. wah.. jauh sangat tu ita.. hahaha.. kena berusaha lebih lagi la nampaknya.. 

ranking Cerita Ita di Alexa


dan aku pun terajin sekali la nak cari macamana nak mantapkan ranking blog kita kat Alexa Rank ni.. dan inilah yang aku dapat dari pembacaan aku..

Cara nak naikkan rank di Alexa Rank Malaysia


1. Rajin-rajin la update blog.. kalau boleh kena update setiap hari tau.

2. Pastikan korang bagi content yang berkualiti dalam blog. dengan cara ini orang akan datang jengah blog korang lebih kerap lagi.

3. Boleh jugak kolabrasi dengan mana-mana blogger untuk buat backlink ke entry korang. ini pun akan menyebabkan orang ramai singgah.

tips kat atas ni hasil dari pembacaan aku ok.. aku bukan blogger popular pun.. jadi kalau korang ada tips lagi korang tolong tambah ye.. terima kasih..

eh jap sesiapa yang nak check blog dia duduk ranking mana boleh check kat SINI ye




Ulasan

  1. ranking saya pun jauh lagi hahaha. update blog pun seminggu sekali mcm mana la nak maju kannn huhuhu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum