Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Contents Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar

Trafik blog meroket bersama Hasrul Hassan

assalamualaikum semua,

aku tak sempat cerita pasal hasil segmen yang aku join masa hari khamis lepas.. memang rezeki blog Cerita Ita betul tau bila tetiba terpandang status blogger Hasrul Hassan aritu kat facebook..


bukti trafik meroket dengan bantuan blogger Hasrul Hassan


kalau tak perasan entri yang mana, boleh pegi SINI untuk baca segmen entri meroket traffik bersama Hasrul Hassan (HH).. dan hari ni aku nak tunjuk bukti hasil meroket trafik aritu.. alhamdulillah memang ada betul meroket rupanya..


jam yang pertama


gambar-gambar ni aku screenshots dari statistik www.histats.com pada jam pertama dan kedua HH upkan senarai nama kat dalam blog beliau untuk senarai peserta.. yang atas ni gambar pada jam pertama dan yang kat bawah ni pulak ialah jam kedua keesokkan harinya..

jam yang kedua


jadi ini memang la membenarkan kalau ada blogger yang buat backlink ke blog korang tentunya akan menaikkan trafik ke blog korang tau.. hebat jugak kuasa backlink ni..

hahaha.. maaf la aku ni agak perlahan untuk mendalami ilmu blog.. keperluan search description kat dalam post draft tu pun aku baru je faham tak sampai 2 bulan.. dan baru je jumaat aritu faham apa fungsi match content untuk iklan adsense dan tau macamana nak letakkan ianya dalam blog Cerita Ita ni.. sedihkan..huhuhu..

tapi yang pastinya setiap masa, hari dan tahun adalah untuk kita mencari ilmu sebanyak mungkin bukan saja untuk kebahagiaan dunia tapi akhirat jugak.. aku bersyukur jugak masih ramai yang sudi berkongsi ilmu secara percuma di alam maya ni.. semoga Allah balas kebaikan mereka dengan berkali ganda kebaikan di sana nanti..

Ulasan

  1. Banyak juga tu kak! tahniahhhh. saya tak sempat nak join haritu hehe sedih.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah .. terima kasih sekali lagi sebab sudi sokong segmen yang saya buat di hasrulhassan.com

    BalasPadam
  3. @Hasrul Hassan

    terima kasih jugak buat tuan bagi peouang macam ni buat kami.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus