Logo KBBA

Jumaat, 24 Mac 2017

Riangnya hidup kanak-kanak!

assalamualaikum semua,

semalam kami sempat la bawak budak berdua yang ada kat rumah ni haa ke Giant Kuantan.. eh aku belum cerita lagi kan yang anak bujang aku yang lagi dua, abg long dan abg ngah tu dah selamat kami tinggalkan kat kampung..

happy je anak buah aku kan, wafiq nama dia.. belakang tu abg ngah.. hai abg ngah.. ummi rindu..


diorang la yang beria-ia sangat nak tinggal.. kena pulak atuk wan dan atuk abah pun suka sangat kalau diorang nak tinggal buat peneman riuh-riuh kat rumah atuk tu.. ntah-ntah jadi kawan gaduh agaknya.. hahaha.. sebenarnya kami balik sekejap hujung minggu lepas untuk jenguk mak dan abah.. tu yang tetiba datangnya idea anak-anak ni nak tinggal rumah atuk sementara cuti sekolah..

dan jadinya malam ni aku dengan shah kenalah bergerak ke kampung untuk ambik anak-anak dan bawak balik sini sebelum sekolah bermula minggu depan.. pulak tu hari ahad aku kena pergi Putrajaya untuk wakil bos untuk meeting.. fuh.. dah terbayang keletihannya.. apa pun semoga pengorbanan mak untuk masa cuti sekolah anak terisi lebih baik tu berbaloi la hendaknya..

dan semalam kami bawak pulak budak berdua yang ada kat rumah sekarang ni berjalan ke Giant.. saje je nak tengok apa je offer yang ada sempena hari gaji kan.. dapat la beli air kotak Yeo's RM4 untuk 6 kotak.. ada banyak jugak pilihan perisa yang ada.. tapi yang aku nak tunjuk sebenarnya ialah betapa sukanya anak-anak bila dapat naik benda alah ni semalam..

kakak dengan troli giant

happy kan dia?


ntah apa yang best agaknya kan? korang tengok la kakak punya senyum.. tapi kan aku rasa kalau aku jadi bebudak pun haruslah nak jugak naik.. hahaha... benda ni hot kot kat Giant.. kalau dapat naik dia punya senyum dengan orang yang tak dapat naik tu.. pehhh.. susah la nak cakap.. tengok je la muka gembira kakak kat atas tu.. belum lagi muka adik hadi yang sama gembira tapi malu bila ummi ambik gambar kat bawah ni pulak.. hehehe.. kalau kat Giant Kluang diorang memang takde rezeki naik la.. pasal aku malas bayar duit deposit RM50.. ajer gila.. mahal benor kan?

susah betul nak ambik gambar budak sorang ni


ceria dan riang je hidup anak-anak ni kan? tak perlu risau pasal apa pun masalah.. cukup makan, pakai dan tempat tidur je cukup la bagi mereka.. sebab tu bila baca status sahabat di facebook pasal orang kaya yang mengabaikan pendidikan anak autisme tu aku terus jadi sedih.. terus terkenang anak-anak.. semoga Allah bagi aku kekuatan dan kesabaran untuk terus membesarkan anak-anak dalam kegawatan ekonomi sekarang ni.. terutama untuk bagi pendidikan yang secukupnya pada mereka..


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nurul Nuha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rindu zaman kanak2

YB Shehan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yang mencabar ialah mendidik anak2.. moga anak2 kita sntiasa dlindungi.. amin.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang seronok jadi budak budak Ta....tak payah pikir masalah. Makan tidur main je kerjanya. Tapi yelah...takkan kita nak jadi budak selamanya. Nak gak ada laki haha...