Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 16 Jun 2017

12 Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk  21 Ramadhan dah pun.. dah pun memasuki 10 malam terakhir.. dan semua orang berlumba-lumba membuat amal kebaikan yang pastinya akan diberikan ganjaran berganda-ganda oleh Allah SWT nanti.. semua orang berlumba-lumba nak rebut di 10 hari terakhir Ramadhan ni.. termasuk jugak golongan orang perempuan..

10 malam Ramadhan terakhir


Tapi bila sebut je orang perempuan pastinya akan ada masa dalam sebulan itu datangnya tempoh untuk bercuti dari berbuat amalan yang biasanya diwajibkan Allah SWT ke atas semua umat Islam.. bila tiba waktu uzur atau haid atau bercuti ni mulalah ada perasaan sedikit runsing bagi orang perempuan.. kebanyakannya risau sebab tak boleh solat dan mengaji seperti mana lazim di hari biasa..

Tak ramai jugak yang tau bahawa mereka tetap boleh mendapat ganjaran yang berganda walaupun tidak mampu bersolat, berpuasa atau mengaji Al-Quran seperti orang lain yang tidak datang haid.. ada cara-caranya.. meh aku senaraikan mengikut info yang aku dapat ni..


12 Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika sedang Haid atau uzur.


1. Berzikir

2.Mengucapkan lafaz tasbih iaitu SubhanAllah (Maha Suci Allah)

3.Mengucapkan Tahmid iaitu Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah)

4.Mengucapkan Takbir iaitu Allahuakbar ( Allah yang Maha Besar)

5.Mengucapkan Tahlil iaitu Lailahaillallah
( Tiada Tuhan selain Allah)

6. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

7. Membaca buku agama walaupun buku-buku itu ada ayat al-quran.

8. Membaca hadis Nabi Muhammad SAW.

9. Mendengar bacaan al-quran.

10. Berdoa, walaupun doa itu dari al-quran.

11. Menghadiri majlis ilmu selain di masjid.

12. Jika sedang berumrah, boleh melakukan semua amalan kecuali tawaf.


amalan yang boleh dilakukan wanita ketika sedang haid


jadi setelah disenaraikan semua 12 perkara yang boleh dibuat oleh perempuan yang sedang haid ini, maka tak mustahil untuk mendapat ganjaran berganda jugak sepertimana orang lain.. yang penting usaha untuk mencapai walaupun cuma salah satu daripada yang tersenarai kat atas ni..

ada jugak yang mencadangkan amalan paling mudah yang boleh dilakukan oleh perempuan yang sedang haid/uzur adalah BERSEDEKAH atau memberi makan untuk orang berbuka puasa kerana Allah janjikan pahala orang yang bersedekah untuk berbuka puasa pahalanya sama tidak akan lebih tidak akan kurang daripada pahala orang yang berpuasa.

Semoga kita semua dapat beramal kerana Allah.. InsyaAllah.. amin..


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga amalan kita di terimaNya kak. Pecutan akhir ramadan.

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

great sharing

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Insya Allah ita. Dah le rasanya aku ni raya dulu