Tema Warna Pilihan Tahun 2017 - Cerita Ita                                                             Tema Warna Pilihan Tahun 2017 Langkau ke kandungan utama

Tema Warna Pilihan Tahun 2017

Tema Warna Pilihan Tahun 2017

assalamualaikum semua, korang semua dah beli ke baju raya? aku ni masuk-masuk terus tanya soalan yang beri tekanan ek? hahaha.. jangan risau la pasal aku pun dah cukup rasa tertekan ni.. pasal apa tau? pasal masih lagi tak dapat nak cari baju raya dan tema warna pilihan tahun 2017 yang terbaik buat kami anak beranak ni.. 





memang tiap tahun pun sejak dari awal kahwin dengan shah, kami dah pun sepakat nak pakai sedondon setiap kali raya tiba.. terutama untuk sekurang-kurangnya pada hari raya pertama la.. mesti nak ada baju kurung dan baju melayu yang sama tema warna dan sedondon.. anak-anak pun dah terbiasa.. dan tahun ni tak terkecuali cuma ye la.. bila perkahwinan dah masuk ke tahun yang ke 11 ni mula la dah tak tau nak cari warna apa yang berkenan dan sedondon kan.. 

tapi tadi bila aku tinjau-tinjau satu laman web terkenal aku ternampak la warna yang dijangka popular atau top atau trendy untuk tahun 2017/2018.. 

Top Colours in 2017/2018 ~ sumber google


dan bila aku jenguk Lazada aku ternampak satu warna yang agak cantik dan kira agak lebih kurang macam warna yang trendy jugaklah sekarang ni rasanya.. fesyennya pun boleh tahan jugak.. inilah pilihan aku buat masa ni.. Dusty Pink.. cantik kan? Aku dah siap plan kalau shah tak berkenan aku nak beli sedondon je dengan kakak husna.. hehehe.. mesti ngam punya anak dara kecik tu..

warna pilihan Dusty Pink



cantik kan? berbaloi dengan harganya tu..


eh lupa.. korang yang belum beli lagi baju raya boleh la tinjau-tinjau laman web terkenal Lazada tu macam kat bawah ni..




jangan lepaskan peluang ok.. jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Jualan Riang Ria ni sedang berlangsung dari 19 Mei sehingga 30 Jun 2017 ni tau.. potongan istimewa tu sampai sebanyak 90% potongan pun ada.. tak kurang jugak banyak pilihan cantik-cantik lagi tu.. pergilah tinjau jugak tau.. jangan lupa ya!


Ulasan

  1. Cantiknya kak dusty pink. Sweet gitu.

    BalasPadam
  2. hi kak ita...good luck ye...lina singgah sini n follow

    BalasPadam
  3. Dusty pink..agak rare jugak kaler tu sbb susah nak cari..tapi lawa baju tu k.ita..sweet2 gitu...

    BalasPadam
  4. Bestkan dapat beli baju raya murah2..
    AM pun beli kat lazada juga
    hihihi

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam
  5. Fa kaler yana nie ... cantik tuu .. Selamat berhari raya ye kak ita =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum