Ungkep Ayam untuk juadah berbuka - Cerita Ita                                                             Ungkep Ayam untuk juadah berbuka Langkau ke kandungan utama

Ungkep Ayam untuk juadah berbuka

assalamualaikum semua, memang normal kalau bulan puasa ni semua jenis makanan pun kita teringin nak makan kan? bulan puasa jugak la selalu terimbau makanan zaman kecik-kecik.. makanan tradisi yang susah nak dapat.. eh.. pendek kata semua jenis la terbayang.. maklum la waktu ni kan kita tengah berlapar, semua pun nampak sedap..

makanan jawa
ungkep ayam 


macam tu jugak kami kat rumah ni.. sebab tu memang tak perlu nak teringin-teringin atau rasa-rasa atau acah-acah nak pergi ke bazaar ramadhan untuk tinjau apa yang dijual kat sana tu.. sebabnya kalau dalam keadaan perut berkeroncong nak makan je tu jangan haraplah dapat berfikir secara rasional.. semua benda pun sedap.. bak kata Ustaz Ismail Kamus.. "Orang jual batu bata pun kita boleh tanya bape sen satu, siap terliur nampak sedap tu..".. hahaha.. bahaya sangat nafsu yang bersarang dalam diri manusia ni rupanya.. walaupun syaitan dah diikat dia pulak yang boleh bertukar jadi syaitan..

tinggalkan la cerita manusia jadi syaitan tu.. meh kita kisahkan peristiwa yang berlaku ahad baru ni.. kami berpeluang balik kampung mak shah kejap untuk berbuka puasa dengan mak kat kampung, jadinya aku dah plan nak buat masakan yang senang dan harapnya semua orang boleh makan la nanti.. jadinya aku plan nak memasak seawal jam 1 tengahari lagi.. pasal aku cadang nak masak nasi dengan lauk ungkep ayam dengan spaghetti bolognese.. 

dan akhirnya jadilah lauk yang seperti dirancang.. meh kita tengok resepi dia.. resepi asal dia aku ambik dalam blog aku ni jugak.. masa aku buat ungkep ubi kayu dulu.. 

ungkep ayam


Resepi Ungkep Ayam

Sumber : Ceritaita

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibuang kulit dan dibersihkan, lebih sedap kalau guna hati lembu atau ayam tua)

1 senduk Minyak masak

garam secukup rasa

air asam jawa (satu cawan)
gula secukup rasa 
air secukupnya


Rempah:

1 sudu besar ketumbar

1 sudu besar jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 inci halia

1/2 inci kunyit

3 batang serai

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

6 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh letak lebih)


Cara-cara:

1. Kisarkan kesemua rempah.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah sehingga naik bau.

3. Masukkan garam dan gula..gaul rata.. kemudian masukkan ayam yang siap dipotong, dicuci dan gaul rata. Masukkan air asam.

4. Tutupkan kuali dan buka sekejap-sekejap untuk kacau supaya dia masak rata.

5. Tutup api apabila ayam sudah empuk.

6. Boleh dihidangkan ketika masih panas.


selamat mencuba ye.. terasa sedap pulak bila duduk dediam dan tengok balik gambar ni.. hahaha..


Ulasan

  1. Belum permah cuba lagi resepi nie, boleh cuba nanti Ita..

    BalasPadam
  2. Dah ada lauk sedap ni, lauk dekat bazar dh tak pandang dah kak.

    BalasPadam
  3. warna macam masak kurma, cuma ungkep ni bnyk pki rempah ya..tak pernah makan, bolh la try nti

    BalasPadam
  4. Menarik la resepi nie.. macam nak cuba..

    BalasPadam
  5. Ya Allah kak... sedapnya lauk ungkep. Org jawa je reti mkn ungkep ni. heheh

    BalasPadam
  6. Selalu dgr ungkep ayam..tp tak pernah buat lg.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...