Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 17 Jun 2017

Kembara Iftar di AnCasa Royale

Kembara Iftar di AnCasa Royale

assalamualaikum semua, dah masuk 22 hari berpuasa di bulan Ramadhan ni mulalah dah rasa malas menyelubungi pulak bila nak sediakan makanan.. baik waktu bersahur ataupun berbuka.. sebab tu bila dapat je berpeluang berbuka dengan keluarga di luar memang tidak la kami lepaskan peluang tu.. lelagi la bila diundang ke Kembara Iftar di AnCasa Royale, Pekan, Pahang baru-baru ni..


Kembara Iftar di AnCasa Royale Pekan




masa kami belum sampai, aku membayangkan yang harga buffet Ramadhan kat AnCasa Royale ni mahal tau.. ye la dengan hotel yang agak gah namanya ditambah dengan lokasi agak strategik iaitu betul-betul bersebelahan je dengan Sungai Pahang di Pekan, Pahang ni tentunya menggamit hati pengunjung dari dalam Negeri Pahang dan juga di luar negeri Darul Makmur ni.. tapi sayang disebabkan waktu yang agak terhad aku tak berpeluang untuk ambik gambar di kawasan luar dan sekitar hotel ni yang nyatanya sangat cantik permandangannya.. agak terkejut jugak bila aku tengok harga buffetnya rupanya amat berpatutan..

ditambah pulak dengan hidangan bermacam juadah yang disediakan.. sememangnya rasa sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.. pendek kata kami sangat puashati dengan hidangan yang dijamu untuk semua tetamu pada hari tu.. 


meh la layan apa je juadah yang ada disediakan di Saffron Braserrie ni..


Ayam Percik



Daging Salai masak lemak ciliapi


Daging masak opor

Ikan Patin masak tempoyak

Ketam bercili

Pilihan ulam-ulaman


Lagi pilihan ulaman dan sambal

Pilihan bubur dan sup tulang ~ sup tulang sangat sedap

Sup tulang


Susunan hidangan utama

Pilihan buah-buahan ~ laici tu unik!




Lagi pilihan buah-buahan

Salad dan sos


Yang aku tunjuk ni adalah hidangan utama yang kebanyakkannya menampilkan makanan tradisi Negeri Pahang dan hidangan terkenal dari AnCasa Royale sendiri.. kira macam signature dish la.. sesuai sangat dengan konsepnya iaitu Selera Desa Iftar Ramadhan dan semua ni hidangan di bahagian dalam tapi sebenarnya ada banyak lagi hidangan yang disediakan.. di bahagian luar yang menghadap ke sungai ada disediakan jugak pilihan kambing panggang, satay, pilihan nasi yang pelbagai dan jugak shell out.. memang gerenti puashati la..


Shell out


Kambing panggang

Pilihan steamboat pun ada tau..
Dan ada juga pilihan makanan barat dihidangkan..

Lasagna


Salmon grill



kami sampai dan disambut penuh mesra dan senyuman oleh staff yang bertugas.. dan kebetulan pada hari yang sama ada jugak diadakan majlis istimewa Ramadhan Launching Kembara Iftar bersama anak-anak yatim dan miskin terpilih dari Rumah Anak Yatim Furqan dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darussalam Al-Mukthar.. ramai jugak anak-anak yang hadir ni.. ada lebih kurang 50 anak-anak yang diraikan.. alhamdulillah suka bila ada yang prihatin macam ni..


Penyerahan duit raya







dan kami jugak tenang je berbuka puasa kat sini sebab ada disediakan surau besar yang sangat selesa di Tingkat Satu hotel ni untuk kami tunaikan kewajipan bersolat Maghrib.. kiranya kalau nak tampung kehadiran pengunjung yang ramai dalam satu- satu masa tu takde masalah la..


lepas je habis menjamu selera kami luangkan masa ambik gambar kenangan di sekitar lobi hotel yang cantik.. siap ada pameran alat-alat muzik tradisional tau kat lobi tu.. ruang dah cantik tapi macam biasalah sudah betul nak dapat kerjasama yang baik dari anak-anak.. hahaha..



4 orang buah hati kami ;)



Gambar model baju raya kanak-kanak ~ ada yang cari model sambilan? ;)




ni pulak gambar couple hijau ;) ~ kalau menyampah korang tengok je la wakaf belakang, jangan tengok couple tu.. 



Keluarga kami :)


buat yang terasa nak berbuka dalam suasana berbeza di hujung Ramadhan ni boleh la berkunjung ke AnCasa Royale, Pekan, Pahang ni.. pastinya berbaloi dengan harga.. eh sesiapa yang tau harga meh tengok kat gambar bawah ni dan boleh hubungi nombor yang tertera untuk tempahan dan maklumat lanjut ok.. ingat sampai 23 Jun ni tau!



harga buffet Ramadhan di AnCasa Royale


selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dan selamat berbuka puasa!






Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhh meriah kak...
Cantik pulak akak sedondon hijau.

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Adoiiii menjejes ailio tgk..sedap2 menu berbuka..rambang mata jdnua..hehehe

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pasangan hijo sedondon Tu dah mcm pengantin baru laa hihi.. byk pilihan makanan kt sini ye

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya dapat berbuka sekeluarga ya.. menu pun meriah..

Lin Azlina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

okey jugak menunya yer....aritu dpt jugak undangan kembara iftar diorang ni tpi tak dpat join...anak demam