Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 20 Jun 2017

Majlis Sambutan Berbuka Puasa di JPV Pahang

assalamualaikum semua, tengah hujan lebat dekat luar tu.. sangat-sangat lebat sampai tv pun dah takde siaran.. biasalah kalau guna astro walaupun cuma njoi namun dia tetap menjadi peramal cuaca yang baik.. hahaha.. asal takde siaran mesti hujan, asal hujan mesti takde siaran..

hai! ini kami di majlis berbuka puasa

tapi aku bukan nak cerita pasal siaran astro tu pun.. aku nak cerita pasal majlis berbuka puasa kami semalam.. bukan hari ni ye.. tapi semalam.. kenapa semalam? sebab semalam agak special sikit.. ada majlis berbuka puasa dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang..

yang paling istimewanya ialah Dato' Timbalan ni merupakan mantan Pengarah di Negeri Pahang satu masa dulu.. Selamat Datang Kembali ke Pahang Dato'! 

Dato' Pengarah Negeri Pahang berucap

Timbalan Dato' Pengarah pulak berucap


masa majlis semalam boleh pulak tetiba ribut melanda bermula jam 6.30 petang macam tu.. padahal sebelum tu elok je panas.. betul la orang cakap kusangkakan panas hingga ke petang.. tapi petang pulak tetiba ribut.. eh yang last aku tukar tu.. hehehe..

meh la tengok apa je juadah kami untuk berbuka semalam.. 

nasi kukus dari Warung Mazenah Nasi Kukus

nasi kukus, bubur lambuk dan air sirap

kuih cara berlauk, kurma dan kuih seri muka


dan lepas je makan kami berebut solat maghrib dan balik rumah terus sebab hujan terus turun membasahi Kuantan malam tadi.. walaupun tak lebat cukup buat kami yang takde ekon kat rumah ni tidur lena walau siangnya panas membahang.. alhamdulillah.. terima kasih Allah.. 

dan tadi pulak kami berbuka makan nasi berlauk sotong dengan sayur campur.. dan ada la sikit sup ketam comel-comel.. alhamdulillah.. laju anak-anak makan sampai tak sempat nak ambik gambar pun.. eh korang buka apa pulak tadi?



Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mesti sdap nasi kukus tu..:)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah seronoknya ita, dapat buka luar dgn keluarga at the same time buka kt dgn opismate

Annur Syuhadah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ya Rabbi..nampak sedap betui cara berlauk tu..lamanya tak makan kuih cara berlauk.

Adam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

asal takde siaran mesti hujan, asal hujan mesti takde siaran.. kala tiada hujan tapi tiada siaran mestitiada tv.

Selamat hari raya.

Lina Shaza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hi kak ita,lina disini....kak ita jom exchange link
http://mama3danish.blogspot.my