Khamis, 23 November 2017

Eh, Luka cepat keringlah dengan Lovera Magic Jelly!

assalamualaikum semua,  korang biasa tak terluka tangan sikit-sikit? ala macam tersagat ke.. atau terseret kat mana-mana sampai melecet.. kadang-kadang kaki pun kena.. kalau ada anak-anak kecik lagi la selalu kena.. kadang berlari sana sini dan jatuh.. melecet kaki tangan.. hish kalau kemalangan kecik macam ni memang biasa sangat jadi kalau ada anak kecik kan..

review
Eh, Luka cepat keringlah dengan Lovera Magic Jelly! 


jadi kalau kena macam tu apa korang buat? biasanya kita akan ambik sesuatu la untuk sapu-sapu kat tempat luka tu kan.. sebenarnya ada 2 sebab kenapa kita buat macam tu sebagai orang tua.. ni kalau aku la ni.. aku akan buat tu sebab pertama nak tenangkan anak-anak.. kedua sebab nak luka tu tak melarat.. dan biasanya bila sapu tu memang anak diamlah dari menangis..

tapi sayangnya luka dia tu kadang lambat sembuh.. haa yang part ni la buat hati mak kadang gundah gulana tau.. mana taknya asal tengok je luka teringat kisah anak tu jatuh.. gitulah perasan mak-mak ni.. apa nak buat terlebih ambik berat biasanya.. dan biasanya akan terbit rasa bersalah jugak kat hati biarkan anak terluka.. siapa sini yang macam aku? kita genglah!

ok nak bagitau korang yang baru ni aku ada cuba satu jelly tau.. dalam botol comel yang sangat mudah nak bawak sana sini.. dah la botol comel, bagus pulak jelly dalam dia tu.. I love you lah Lovera Magic Jelly.. nama pun dah ada love.. love.. kan.. so love is in the air la.. tetiba pulak terkeluar bahasa lain.. ok balik semula berpijak ke bumi wahai ita.. meh kita cerita pasal Lovera Magic Jelly ni..

korang pernah baca tak pasal kebaikan aloe vera? kalau nak tau aloe vera ni dah digunakan berkurun lamanya dari zaman cleopatra dulu dah guna.. dan terbukti ianya bagus untuk kegunaan seluruh badan.. dari hujung rambut hingga hujung kaki la kiranya.. semua tu sebab khasiat yang ada pada aloe vera tu sendiri.. kalau zaman dulu pun orang suka tanam pokok aloe vera kat rumah supaya boleh gunakan bila perlu kan? tapi zaman ni dah susah nak jumpa.. 


bahan yang ada dalam Lovera Magic Jelly


ini yang part best nak bagitau korang.. jangan risau la pasal dalam Lovera Magic Jelly yang aku cuba ni dah ada khasiat aloe vera yang terkenal tu kat dalam dia.. dan bukan tu je.. dicampur jugak dengan 3 bahan semulajadi yang lain tau.. sama macam aku tunjuk kat gambar atas tu.. korang nak tau pulak fungsi Lovera Magic Jelly ni? 

kalau pada aku la, aku simpan Lovera Magic Jelly ni sebab ianya sangat bagus dalam merawat luka yang selalu aku risaukan pada anak-anak.. luka sangat cepat kering bila gunakan jelly ni.. memang macam magic.. haha.. ok aku tunjukkan la beberapa gambar kat bawah ni la testimoni aku sendiri menggunakan Lovera Magic Jelly ni.. 



gambar pertama ni aku cuba pada tangan abg long.. ntah dia tergesek kat mana ntah tangan tu sampai melecet.. tapi tak la dia sampai menangis cuma mengadu sakit tangannya setiap kali nak mandi atau terkena air je.. malu kot nak menangis agaknya.. hehe.. abg long kan dan besar.. jadi bila dia cakap sakit tu aku cubalah sapu pada tangan dia.. nampak luka dia cepat sangat kering tau.. dalam masa 2 hari je dan kering dan tertanggal kuping luka tu.. sekarang ni masih pakai lagi dengan harapan takkan tinggal parut lagi dah..



gambar kedua ni tangan aku sendiri kena cakar kat klinik masa tengah buat prosedur rawatan kat klinik.. biasalah kalau dah kerja dengan haiwan ni kan.. ada je perkara tak dijangka.. ini mujur tak kena gigit.. setakat cakar ni masih boleh dikira minor lagi ni.. bila kena cakar tu aku teringat ada Lovera Magic Jelly ni jadi aku teruslah sapu.. alhamdulillah nampak cepat kering dan macam tak berapa nampak kesan cakar tu dah..



gambar ketiga ni pulak gambar kaki abg long yang terluka masa kat transit.. ntah apa dilanggarnya ntah.. abg long ni memang biasa alami kecederaan macam ni sejak dari kecik.. jadi kami macam dah lali la jugak.. kalau korang ada anak jenis macam abg long ni elok la simpan satu Lovera Magic Jelly ni satu dalam beg korang.. mana la tau kejadian tak terduga ni kan selalu berlaku kat mana-mana.. nauzubillahiminzalik.. memang kalau boleh kita nak elak semuanya.. tapi kalau nak jadi sekurang-kurangnya kita dah bersedia dengan kemungkinan.. eh meh cerita balik pasal gambar tu.. lepas sapu Magic Jelly kaki abg long dah tak sakit dan kuping tu elok kering dan kami boleh buang yang terkeluar tu.. alhamdulillah.. 

itu semua pengalaman aku guna Lovera Magic Jelly.. anak-anak suka nak sapu memana ada luka pun sekarang ni sebab rasa dia yang sejuk dan tak melekit.. tu yang paling best.. maklumlah budak-budak ni kalau sebut je ubat, semua dah buat muka seram macam nampak hantu.. eh korang nak tau tak fungsi dia yang lain? bukan untuk luka dan kulit je tau.. untuk bibir dan rambut pun sesuai jugak.. meh baca..

Fungsi Lovera Magic Jelly


MAGIC JELLY NEW ENHANCED FORMULA

MANFAAT UNTUK KULIT

  • Merawat jerawat dengan berkesan
  • Menghilangkan kulit yang kusam
  • Parut pudar (lama / baru)
  • Pudar bintik gelap
  • Menenangkan Ekzema
  • Menghidratkan kulit kering
  • Rawat kesan sunburn matahari
  • Mengecilkan liang
  • Bantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensitif
  • Anti penuaan
  • Membaiki dan mengembalikan kulit dari dalam
  • Menjadikan kulit lebih lancar dan lembut

MANFAAT BAGI RAMBUT

  • Membantu mengurangkan kelemumur
  • Melicinkan rambut yang tidak teratur
  • Boleh digunakan sebagai serum rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut

FAEDAH LAIN

  • Membantu dengan luka bakar dan luka
  • Merawat bibir retak dan kering

MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK

  • Pelembap kulit
  • Pembersih make up
  • Serum muka
  • Serum rambut
  • Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan)
  • Pelembap pelembap bibir
  • Makeup based

dah tau fungsi ni mesti korang nak tanya kat mana aku beli kan? senang je.. zaman IT ni semuanya pakai di hujung jari je.. pakai tekan-tekan je dah boleh semua barang sampai ke rumah.. kalau nak beli Lovera Magic Jelly ni pun sama.. korang boleh beli melalui website dia.. meh aku tunjuk macamana nak beli.. ikut je langkah kat bawah ni..


Cara nak beli Lovera Magic Jelly :

1. Masuk laman web dia http://www.lovera.com.my/

Cara nak beli Lovera Magic Jelly


2. Lepas tu klik dekat Shop Now kat gambar Magic Jelly tu.

3. Lepas tu masukkan kat Cart (caranya klik je yang dalam kotak merah tu)

Cara nak beli Lovera Magic Jelly


4. Lepas tu jangan lupa tengok kat belah atas tu ada tak pemberitahuan macam kat bawah ni.. kalau ada klik je butang Cart yang dalam bulatan merah tu.

Cara nak beli Lovera Magic Jelly


5. Sahkan barang yang dipilih dan pilih pengeposan.

Cara nak beli Lovera Magic Jelly


6. Isikan butir-butir peribadi untuk penghantaran dan sahkan pembelian.

Cara nak beli Lovera Magic Jelly


7. Selesai dan boleh tunggu Lovera Magic Jelly sampai pada tangan.

Senang kan cara beli dia? ada lagi cara lain untuk dapat maklumat pasal Lovera Magic Jelly ni jugak.. melalui facebook dan Instagram pun ada.. tengok je info kat bawah ni ok.. Ingat 1 Lovera Magic Jelly mesti ada dalam satu beg mak-mak.. ala saiz dia sedang elok je nak masuk dalam beg tangan tau.. harganya RM70..









Lovera Magic Jelly


Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Miza Talib berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

miza pun suka lepas ne nak beli lagi memang best lovera

Noor Akma berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus juga untuk melegakan mild psoarias akak ni... Xyah sapu krim klinik lagi, Sejuk je... selalunya pedih.. :)

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus ye lovera ni kak. nak beli satu lah nanti.

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kesan melecur terkena minyak panas SA pun dah tinggal parut je...sangat puas hati...

Cekgu Norazimah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

CN dah try, mmg best. Untuk kegunaan 1 family, jimat betui 👍

Efa Othman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang bagus magic jelly ni.... ruam Adam dah semakin kering...

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya buat as base make up MJL ni..mmg suka sangat..liang pori muka pun nampak mengecil...