Jumaat, 24 November 2017

Senang menang melalui kempen FPX & WIN !

Senang menang melalui kempen FPX & WIN !

assalamualaikum semua, baru ni heboh orang cerita pasal jualan 11.11 kan? korang tau tak yang kempen jualan ni masih belum habis lagi di mana-mana kan? haa.. bagi yang tak tau meh aku ceritakan meh.. masih ada lagi jualan berlangsung di sana sini tau.. eh.. lepas tu ada pulak kempen FPX & WIN dan korang boleh menang hadiah menarik sehingga RM75 ribu termasuk sebuah kereta Perodua Axia tau! Baca tajuk pun senang menang kan? jadinya nak menang memang sangat senang.. tapi semua orang tau ke FPX tu apa? haa kalau belum meh aku terangkan.. FPX ni ialah Financial Process Exchange atau dalam Bahasa Melayunya, Pertukaran Proses Kewangan.. Ianya merupakan sebuah perkhidmatan pembayaran online menggunakan akaun perbankan internet secara mudah dan selamat.

hadiah Kempen FPX & WIN .. Tak teruja ke tengok hadiah ni?


lepas tengok hadiah mesti teruja nak tau macamana nak menang kan? lelagi bila nampak hadiah kereta tu... aku pun macam wahhhh.. teruja..  terutama untuk korang yang memang selalu shopping dengan online shopping ni.. ini kira macam bonus je tau untuk korang yang FPX nak bagi ni.. meh baca rapat-rapat sikit.. aku nak ajarkan cara macamana nak menang ni tau..

biasanya kalau masa korang buat pembelian tu korang bayar dengan cara apa? al-maklumlah kat Lazada ni kan ada bermacam jenis pilihan cara bayaran kan? jadi korang selalu pilih yang mana untuk kemudahan korang? kalau aku memang aku suka guna pembayaran melalu FPX atau online banking ni.. pada aku lebih mudah dan cepat.. setakat ni pulak nampaknya transaksi yang dibuat adalah selamat..

kalau korang jenis macam aku jugak meh la sertai kempen FPX & Win ni sambil korang berbelanja tu.. nak tau macamana nak sertainya? meh aku tunjukkan caranya..


Cara menyertai kempen FPX & Win 


1. Kenalpasti barang yang korang nak beli tu ya.. boleh je kalau nak buat pembelian melalui web ataupun aplikasi telefon tapi kena pastikan jumlah pembelian kena melebihi RM30 ok.



pembelian melalui web


pembelian melalui aplikasi

2. Lepas tu masukkan ke dalam troli.


pembelian melalui web



pembelian melalui aplikasi


3. Lepas tu korang kena sahkan pembelian tu.



pembelian melalui web


pembelian melalui aplikasi


4. Isi butir-butir diri dan alamat penghantaran. Atau korang login je kalau dah pernah daftar. 



pembelian melalui web



pembelian melalui aplikasi

5. Pilih pulak cara korang nak bayar. 




pembelian melalui web



pembelian melalui aplikasi


6. Pastikan korang pilih pembayaran melalui FPX atau online banking untuk melayakkan diri menyertai kempen ni tau. Kalau tak sia-sia je korang baca sampai bahagian ni.


pembelian melalui aplikasi


7. Klik dekat 'Place order' untuk teruskan proses pembayaran.




pembelian melalui aplikasi


8. Ingat ambik gambar FPX secara kreatif dan rekodkan Order ID korang nanti tau. 

ambik gambar FPX secara kreatif - contoh macam gambar yang aku ambik ni


9. Pastikan korang upload gambar tu di Facebook atau Instagram pada hari yang sama dengan pembelian yang korang beli. Dan jangan lupa letak sekali no order ID dan caption kenapa korang suka bayar guna FPX ni tau.. macam kat bawah ni ya.. 




3 benda yang aku gariskan tu mesti letak tau.. jangan lupa!


senang je kan? cuma ikut je 9 langkah mudah ni.. lepas tu boleh sandarkan harapan untuk menang kereta.. eh aku lupa nak bagitau ada kategori tau.. untuk melayakkan diri menyertai kempen ni korang kena buat pembelian sehingga RM30 untuk hadiah harian dan mingguan dan mana-mana pembelian yang paling dekat dengan RM111 akan layak untuk hadiah istimewa.. manakala pembelian RM100 layak untuk penyertaan hadiah utama.. huhuhu.. apa tunggu lagi? Kempen FPX & Win ni berlangsung dari 6 November hingga 3 Disember 2017 ni tau.. jadinya sempat lagi ni.. cepatlah sertai!

eh lupa.. kalau masih tak faham lagi macamana cara nak sertai kempen ni korang boleh jugak tengok maklumat lanjut dalam website http://www.molpay.com/fpxmolpaylazada dan tengok video kat bawah ni jugak ya..




selamat menyertai dan menang BESAR ok! dah menang jangan pulak lupa aku yang bagitau ni ye.. hehehe..


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok nice. boleh la try ni

jom la join n meriahkan GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

Nik Khazami Nik aziz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

banyak sangat promosi sekarang ni..

Kin Naz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ala dah terlepas la. Baru je order dengan Lazada aritu. Tak sampai RM30 pun hmm. Kena shopping lagi la ye

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good luck ita.. best kalau menang keta nih

Mohamad Shahrulnizam Mohd Tahir berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus ni... wish your best