Jumaat, 2 Mac 2018

Menang Voucher RM200 Telekung Siti Khadijah buat kali kedua!

assalamualaikum semua,  aku tak sempat lagi nak cerita pasal aku menang voucher Telekung Siti Khadijah buat kali kedua.. alhamdulillah rezeki lagi.. aku ada tunjuk gambar kat IG dan FB aku baru ni tapi tak sempat lagi nak ceritakan kat blog ni.. mesti ada yang tertanya-tanya macamana aku boleh dapat kan?  ada share ke apa dengan Butik Siti Khadijah ni kan.. hahaha.. kalau ada share aku dah lama dah kaya kot.. takyah guna voucher lagi dah.. jenjalan pun aku sarung telekung mahal tau.. hehehe.. over..

baucer Telekung Siti Khadijah
Menang Voucher RM200 Telekung Siti Khadijah buat kali kedua! 


meh aku bagitau macamana nak dapat voucher yang bernilai RM200 ni.. caranya senang je.. sama je macam aku kongsikan setahun lepas.. ada aku tulis dalam entri Hadiah Voucher RM200 dari Telekung Siti Khadijah.. dan aku dah gunakan voucher tu untuk beli telekung dengan harga cuma RM5 je tau..berbaloi kan? ada aku ceritakan kat beli telekung Siti Khadijah dengan harga RM5.. 

sebenarnya aku malas nak ulang cerita yang dah genap setahun berlalu tu.. kebetulan sama pulak tarikh dengan tarikh aku nak publish hari ni.. kekeke.. kebetulan sungguh la.. korang boleh baca bali entri tu kat link atas tu ya.. aku saje je bagi soalan pada slot Kawan Tanya Ustaz Jawab pada awal bulan Februari aritu.. tak sangka terpilih rupanya.. aku pulak tak sempat nak dengar sebab waktu siaran slot tu ialah waktu aku tengah sibuk di tempat kerja biasanya.. jadi terlepas dengar.. 

sampai je di hari kejadian tu aku terima call dari nombor yang tak dikenali.. tapi aku kan dah jadi macam takut nak jawab sebarang nombor jadi aku tak angkat.. rupanya nombor dari posmen.. nak hantar surat katanya.. hari kedua dia datang semula baru aku angkat call dia.. jadi dia tinggalkan dalam peti pos je.. mungkin dia sampai waktu takde siapa kat rumah.. aku pulak buat alamat rumah jadinya memang dia akan hantar rumah je la.. 


Menang Voucher RM200 Telekung Siti Khadijah buat kali kedua! 

nampak tak logo kat bawah tu.. SINAR FM



nampak je sampul tu masa balik kerja hati aku dah berbunga-bunga tau.. mana taknya.. dah tau dari siapa kan.. korang tengok la alamat penghantar tu.. tak henti aku ucap syukur pada Allah.. rezeki lagi ni.. dan bila bukak je sampul tu terus nampak kad voucher macam kat bawah ni.. kad yang comel tapi sangat bernilai tu.. tengok saja la jumlah yang tertera kat kad voucher tu.. memang mampu la buat aku tersenyum..

butik siti khadijah
Menang Voucher RM200 Telekung Siti Khadijah buat kali kedua! 


mesti ada yang tanya nak buat apa kan ada Telekung Siti Khadijah ni bebanyak? haa.. kalau korang dah cuba sekali guna Telekung Siti Khadijah ni mesti korang akan rasa jugak nak beli 2-3 pasang nanti.. nanti la bebila aku akan buat entri pasal kenapa korang wajib ada satu pasang Telekung Siti Khadijah.. dan buat masa ni aku tengah usha-usha bila butik mereka ni nak buat jualan promosi.. beli waktu tu pun sangat la berbaloi..

Ceritaita

Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

mama tisya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah...sedap pakai telekung siti khadijah..pernah menang juga 2 telekung dr siti khadijah utk dewasa & kanak2

suhaila Johar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya..mcmana nak join tanya ustaz tu

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah
bestnya
tahniah :)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah bestnya.. Tahniah ita. Murah rezeki ko

MiYOKO SuKi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah...rezeki pki telekung SK

sayidah napisah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh bestnyaa. tahniah cik ita~! :D

farhanna jafri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow bestnya dapat voucher telekung siti khadijah ni. Teringin jugak nak beli

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah kak..untung tuh dapat baucer rm200..siapa nak bagi kan

Syahida Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah.. tahniah menang voucher

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah bestnya. Tahniah kak.

Mrs Fuzy Hamid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah..bestnyerrr