Sabtu, 13 Januari 2018

Beli Telekung Siti Khadijah dengan harga RM5

assalamualaikum semua,  aku lupa nak ceritakan pasal aku beli Telekung Siti Khadijah dengan harga RM5 kan? ni cerita susulan dari aku dapat baucer diskaun Siti Khadijah awal tahun lepas.. lepas dari aku dapat baucer tu aku lupa pulak nak sambung cerita kan.. hehe.. maaflah.. ini sebenarnya konon nak cerita sekali dengan kesinambungan cerita travel ke Korea yang tak habis-habis lagi ceritanya.. tapi apa nak buat cerita Korea pu. tergantung ni haa.. 

Beli Telekung Siti Khadijah dengan harga RM5 ~ gambar dari web Telekung Siti Khadijah 


alkisah kebetulan pulak masa aku nak ke Korea tu butik Siti Khadijah ada buat promosi.. ada potongan hari masa tu kat butik.. ada potongan 5% masa tu kalau tak salah..  jadi aku ambik peluang la untuk gunakan kupon baucer yang aku dapat awal tahun tu.. konon nak ambik Telekung Siti Khadijah yang Classic tu tapi bila masuk je butik aku terkesima.. hahaha.. 

sebenarnya ayat sebenar dia tu rambang mata kau.. nak pengsan rasa tengok pilihan yang ada.. rasa-rasa kain.. fullamak sejuknya.. rasa kalau bawak solat memang tak mau bangun la dari tikar solat tu.. aku pulak pernah cuba sebelum ni yang adik aku belikan untuk mak.. masa tu kat Hospital Sultan Ismail JB.. aku terlupa bawak telekung,  jadi pakailah telekung mak.. sekali dah guna terus terasa nak beli la pulak.. mujur la ada rezeki dapat baucer dan ada promosi ni.. pucuk dicita ulam mendatang namanya.. tapi serius la berbaloi aku bawak masa gi Korea hari tu.. maklumlah musim panas kan masa tu.. berpeluh je.. guna telekung ni tak rasa pun berpeluh tu.. selesa je.. 

Dengan Faatiha ~ abaikan muka aku yang banyak jerawat tu ya.. 


mak aku pun yang Classic.. jadi tu yang kononnya aku nak beli yang sama jugak.. tapi bila masuk butik ternampak yang edisi Faatiha ada promosi.. potongan 5%.. harga asal dia dari RM215 dikurangkan jadi RM205 je..  ada kurang RM10 la.. ini kalau aku tak silap la.. lupa dah.. haha.. ye la benda ni berlaku bulan 7 hari tu lagi..  jadinya bila aku gunakan baucer RM200 tu dapat la aku kurangkan lagi bayaran sampai cuma tinggal RM5 je.. maka itulah bayaran yang aku kena bayar hari tu..  jadi betullah aku beli Telekung Siti Khadijah Faatiha dengan harga RM5.. hihi.. aku tak tipu kan.. meh baca macamana aku boleh dapat baucer RM200 Siti Khadijah ni kat Hadiah Baucer RM200 dari Telekung Siti Khadijah.. 

Ceritaita 


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ramai yg review telekung brand ni mmg best

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Huhuu harapan pelesu.. ingatkan betul rm5 huhuu

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhh telekung siti khadijah...nak juga lah beli satu