Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 2 Mac 2017

Hadiah Voucher RM200 dari Telekung Siti Khadijah

assalamualaikum semua,

tadi aku ada post gambar dapat voucher RM200 dari Telekung Siti Khadijah kan? haa.. ni aku nak cerita macamana aku boleh dapat voucher tu. masa dapat surat ada tulis alamat astro aritu aku rasa dunia aku macam berbunga-bunga.. eh silap hati aku la berbunga-bunga.. hahaha

voucher
bestnya bila akhirnya berada di tangan


shah pun macam terkejut apa pasal pulak tetiba aku sengih lebar nampak sampul tu. pastu lelaju cari gunting dan tengok isi apa kat dalam dia. bila dah dibukak je dan tengok.. Yess! akhirnya voucher RM200 berada dalam genggaman aku ! senyum je la aku lepas tu.. kejap-kejap belek voucher tu.. kejap-kejap belek.. hahaha.. dah rupa bebudak baru dapat kasut baru je dah gayanya.. 

tapi sebenarnya sambil belek sambil tengok kot-kot la voucher tu ada tulis tanda expired ke kan.. ternyata takde pulak tulis.. bersyukur lagi tu.. sebab aku belum lagi ada bajet nak beli telekung ke apa lagi kan.. masih ada benda penting yang aku kena bayar dan selesaikan dulu buat masa ni. insyaAllah target aku nak sangat dapat guna telekung tu dalam bulan puasa tahun ni ke kan.. mana tau ada rezeki duit terpijak atau jatuh dari langit memana kan?

nak tau tak macamana aku boleh dapat voucher ni? meh aku cerita.. tahun lepas aku ada tengok kawan sekolah aku hantar gambar voucher yang sama kat facebook dia.. aku kagum gila la tengok masa tu.. terus tanya dia macamana dia boleh dapat.. baru la tau cerita rupanya dia rajin hantar soalan kat segmen "Kawan Tanya Ustaz Jawab" kat radio Sinar FM. kalau dulu segmen ni setiap pagi.. dan aku selalu dengar waktu nak pergi kerja pagi-pagi tu.. 

aku dengan gigihnya mula la hantar berbagai soalan sejak bulan puasa tahun lepas lagi.. bukan la bagi soalan hari-hari tapi bila ada je soalan aku terfikir aku hantar je la.. pulak tu ada jugak aku hantar soalan yang sama berkali-kali jugak sebab nak hantar soalan tu secara online ada leceh sikit kena verifikasi bagai la semua.. sampai kekadang tu aku tak pasti yang soalan aku ni diorang betul-betul terima ke tidak. 

dan sekarang ni dia dah tukar pulak segmen ni ke waktu petang, tak aku memang dah tak penah dengar dah sekarang ni jadinya aku tak berapa tau la soalan aku boleh dapat ke tidak.. tapi bila tetiba je dapat voucher RM200 kau rasa tak melompat bintang ke aku? punyalah gigih nak kan voucher tu kan ? hahaha..

mesti pelik kenapa la aku nak sangat beli Telekung Siti Khadijah ni kan? sebabnya mak aku ada pakai satu tau.. dan aku dah penah la pinjam telekung mak aku masa kat hospital aritu.. pehhhh.. dia punya kain lembut je.. terus rasa sejuk je tau.. terus rasa macam nak duduk lama-lama la kat tikar sembahyang tu.. patut la orang sibuk sangat nak beli.. semoga satu hari tercapai jugak la niat aku nak merasa yang sendiri punya nanti.. korang doakan aku ek.. doakan duit aku cukup untuk cover mana yang terkurang nanti.. terima kasih korang.. terima kasih Sinar FM.. terima kasih Telekung Siti Khadijah jugak..

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: