Selasa, 13 Mac 2018

Review Simkad Unifi Mobile

assalamualaikum semua, hari ni aku nak review pasal simkad Unifi Mobile yang aku dapat percuma hari tu.. ada aku tulis entri macamana nak dapatkan simkad unifi percuma ni hari tu.. selepas menunggu lebih kurang 8 hari untuk sampai masa collection untuk ambik simkad di TM Point Kuantan, akhirnya aku berjaya dapatkan simkad yang dijanjikan.. dah sememangnya ianya adalah PERCUMA!

Simkad Unifi Mobile percuma
Review Simkad Unifi Mobile


kejap je aku ambik masa tu.. sampai kat TM Point Kuantan tu bagitau nak ambik simkad untuk unifi mobile terus dia mintak aku duduk kat satu kerusi yang menghadap 3 kaunter.. sambil tu kaunter tu panggil sorang demi sorang untuk ambik simkad.. kiranya macam beratur sambil duduk la gitu.. laju pulak tu servis dia.. korang kena pastikan bawak kad pengenalan atau IC dan jugak order number.. ada nombor tu Unifi hantar dalam email yang korang daftarkan kat Aplikasi Unifi Mobile tu..

Review Simkad Unifi Mobile


dah dapat simkad tu, aku tanya jugak beberapa soalan pada pegawai di kaunter.. antaranya..


Soalan yang ditanya mengenai UNIFI MOBILE :


1. Soalan : Betul ke boleh guna sampai bila-bila simkad percuma ni?
Jawapan : Betul, cuma pastikan kena ada aktiviti penggunaan dalam masa 90 hari. Kalau tak aktif dalam masa 90 hari simkad ni akan terbatal.
2. Soalan : Macamana cara nak top up kalau kehabisan data dan kredit?
Jawapan : Hanya boleh top up dengan menggunakan aplikasi Unifi Mobile dan pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit, kad debit dan online transfer.
3. Soalan : Boleh digunakan pada semua telefon? 
Jawapan : Hanya boleh digunakan pada telefon yang baru yang boleh cover line 4G.
4. Soalan : Kalau kawasan yang takde coverage Unifi macamana?
Jawapan : Kawasan yang tiada coverage Unifi automatik dia akan gunakan line Celcom.



Review Simkad Unifi Mobile



Itu antara soalan penting yang aku tanyakan pada pegawai pada masa tu.. dan lepas aku balik aku terus cuba masukkan salah satu dari 3 simkad yang aku dapat dalam handphone Vivo V5 aku.. bila masuk je terus aku dapat mesej pengaktifan dari Unifi.. memang cepat.. dan yang paling best boleh terus check baki internet dan baki minit panggilan dan sms.. alhamdullillah nampaknya tak tipu.. betul ada baki 10 Gb internet dan 10 minit panggilan dan 10 sms yang dikatakan diberi percuma tu..

Review Simkad Unifi Mobile


dan aku terus gunakan simkad yang sama sejak dari hari Jumaat hingga ke hari ni.. hari Selasa.. setakat ni aku cuma ada masalah talian masa mendaki Bukit Pelindung je Ahad lepas.. ada la kawasan yang takde coverage.. mungkin dalam hutan tebal agaknya kedudukan masa tu.. tapi line Digi laju lagi jadinya aku tak kisah sangat.. mungkin jugak sebab aku gunakan simkad Unifi ni sebagai sim kedua jadi coverage dia tak berapa cantik la.. dan untuk kawasan rumah aku yang takde coverage Unifi lagi buat masa ni automatik line Celcom akan ambik alih..


Review Simkad Unifi Mobile


dari segi kelancaran internet pada aku sangat bagus.. tak pasti la sebab penggunaan agak kurang lagi ke atau apa.. tapi memang aku tak ada complaint setakat ni.. walaupun aku gunakan di sim kedua coverage internet agak laju untuk mengakses media sosial biasa yang kita gunakan macam whatsapp, twitter, instagram dan facebook.. jugak sangat laju bila nak gunakan Youtube..

data yang diberikan jugak pada aku taklah habis dengan cepat macam sesetengah telco.. macam aku dah guna untuk 5 hari dan aku bagi je anak-anak aku layan Youtube nampaknya cuma bergerak tak banyak mana pun.. sangat ok la pada aku.. setakat hari ni baki internet aku masih berbaki 7.3Gb.. ok la tu kan?

Review Simkad Unifi Mobile


mungkin cuma satu masalah yang akan timbul nanti iaitu nak top up melalui aplikasi.. setakat ni aku belum cuba lagi.. tapi aku dah tengok pilihan yang ada.. untuk top up internet pilihan seperti di bawah ni.. yang mana pada aku agak mahal.. tapi masih menang kalau nak dibandingkan kelebihannya boleh guna sampai bila-bila dan high speed internet.. 

Review Simkad Unifi Mobile


dan untuk pilihan top up minit panggilan dan juga sms ada di gambar di bawah ni pulak.. pilihan yang bagus untuk warga emas yang agak jarang gunakan telefon ni.. bagus gak bagi kat mak abah nanti.. 

Review Simkad Unifi Mobile


bagi mereka yang suka travel tentunya nak tau kadar roaming yang diberikan oleh Unifi Mobile ni kan? aku sempat tengok untuk kadar roaming bagi negara Arab Saudi, Indonesia dan Korea Selatan tadi.. dan dapatan aku kadarnya ialah RM39/hari.. agak mahal pilihan kadar roaming yang ada..

Review Simkad Unifi Mobile

Review Simkad Unifi Mobile

Review Simkad Unifi Mobile

Review Simkad Unifi Mobile


apapun.. korang boleh bandingkan jugak dengan telco yang korang tengah gunakan sekarang ni.. bagi aku, dengan tanpa bayaran dan diberi 10 GB internet secara percuma boleh top up pada bila-bila masa, Unifi menjanjikan pilihan bagi pengguna di Malaysia.. sesuai dengan hashtag Unifi Mobile : Get Unifi Mobile and be #Bebas.. jadi sesiapa yang belum memohon simkad percuma ni boleh la memohon segera.. nak ikut panduan yang aku tulis macamana nak dapatkan simkad Unifi Mobile percuma ni pun boleh jugak.. cepat tau sebelum 31 Mac 2018 ni je..

Ceritaita


Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai seronok pulak baca review akak.saya tak apply ri tuh sbb ru.ah dah huna unifi.lgpun sy sorg je de tiga nombor..ambil lagi nanti ade 4 nombor.byk sgt...hahaha

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ramai kawan saya kata seronok guna
haihh kalau ada phone tambahan memang dah guna dah
hehe

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam best je Ita..masih ada lagi ke offer ni?

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ana dh redeem juga kak. Dah pakai pun. So far coverage kat sini ok sgt. Puas syafi dok download game je keje dia.hehe

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue tak pi ambik lagi dari hari tu, macam menarik juga nie kan Ita..

mrhanafi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kira sangat bagus juga tu..

apa boleh saya dah guna line pasca bayar yang bagi 20GB dan unlimited call..

kalau saya guna unifi bermakna bajet saya sudah bertambah..

tak pelah rezeki untuk orang lain..

PCL berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ya pcl pun guna line yg kedua. Masih ada lg 2 simkad. Taktau nak guna kat mana fon lagi..haha