Khamis, 12 April 2018

Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan

Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan

assalamualaikum semua, setiap tahun kalau dah nak tiba je bulan Ramadhan mesti akan ada hotel-hotel dan tempat makan yang memperkenalkan hidangan berbentuk bufet ramadhan yang menarik dengan harga yang berbaloi dengan apa yang dihidangkan.. dan kali ni kami berkesempatan pergi ke majlis pelancaran Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan.. meh la kita tengok hidangan dan baca kenapa tema ni dipilih..


Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan

sebenarnya tema 'Kampung Boy' dipilih bersempena dengan Kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh tu merupakan tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018 tau.. jadi itulah sebab ada gambar bola tu..

Kempen 'Stay, Dine & Win'

Disebabkan sambutan yang sangat baik dari pelanggan hotel yang telah menikmati Bufet Ramadhan pada tahun lepas, pihak AnCasa Royale, Pekan telah mengekalkan konsep masakan bercitarasa kampung bagi menu bufet Ramadhan pada tahun ini jugak.. ini yang best tau.. gabungan idea semua chef dari AnCasa Royale, Pekan yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional negeri Pahang bakal menyajikan lebih dari 120 hidangan menu sajian di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2018 ni.. 

Banyak tu ada lebih 120 hidangan.. meh la aku senaraikan antara hidangan yang ada.. ada 'Seafood Kandar' ala AnCasa Royale, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Kawah, Daging Opor Pahang, Kambing Golek Chef Pak Tam.. ni semua memang menu wajib cuba kalau ke negeri Pahang tau.. rugi tak rasa.. dan semua ada terhidang dalam menu bufet Ramadhan di Ancasa Royale, Pekan ni.. 

Ikan Patin Masak Tempoyak

Gerai Seafood Kandar

Tengoklah saiz udang yang ada tu..

Gulai Kawah dengan dekorasi ala kampung

Daging Opor Pahang - hidangan mesti cuba

Kambing golek Chef Pak Tam
Kambing Golek dengan sos lada hitam


eh.. tapi bukan tu je tau.. ada lagi.. ada satay.. bermacam jenis kerabu.. Daging Salai Masak Lemak, Ayam Panggang Bermadu, Ikan bawal Berlada, Lala Masak Daun Selasih, Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit.. shah paling suka ni!.. Kailan Goreng Ikan Masin.. dan macam-macam lagi la.. haa.. sampai tak tertulis dah ni.. haha..

Daging Salai masak lemak

Lala Masak Daun Selasih

Gerai Satay
Satay

pelbagai kerabu, ulaman dan sambal

Gerai Murtabak

Sup dan roti


yang paling best kalau waktu berbuka di bulan Ramadhan tu kita mesti nak cari benda manis dulu kan.. haa.. pilihan pencuci mulut atau desert yang dihidangkan dalam buffet Ramadhan di AnCasa Royale, Pekan ni memang tak mengecewakan.. pelbagai pilihan kuih-muih dari yang tradisional macam kuih Sagu Gula Melaka, Kuih Bakar, Kuih Talam, Puding Raja, Lepat Pisang, Lepat Ubi... dan jugak kuih gorengan lain macam pisang goreng, cucur dan jugak 'churros' tau.. manisan lain pun ada disediakan macam aneka bubur, puding dan ais kacang atau ABC..  eh Aiskrim Malaysia pun ada tau!

Aneka Desert

aiskrim Malaysia.. ni paling rare!

Buah-buahan tempatan

Buah-buahan tempatan

Puding Raja

Kuih Muih

Desert

Pilihan pencuci mulut yang ada

Churros dan Bubur Kacang

ABC atau ais kacang
Gerai goreng-goreng


konsep yang sama seperti tahun lepas jugak dikekalkan.. pelanggan boleh melihat 'live cooking' dan konsep gerai dihidangkan daripada 8 gerai yang dihias mengikut tema 'Kampung Boy'.. dekorasi ala-kampung yang disediakan pastinya mengamit kenangan zaman sewaktu kanak-kanak..



Live cooking seafood Kandar

live cooking


meh kita bagitau harga pulak.. ini yang terbaiknya.. pihak AnCasa Royale, Pekan masih lagi mengekalkan harga yang agak murah iaitu cuma RM58 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak bagi tempahan awal yang dibuat sebelum 12 Mei 2018.. harga bagi tempahan yang dibuat selepas itu ialah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.. amat berbaloi kan.. 

Harga Bufet Ramadhan di Ancasa Royale, Pekan


Untuk tempahan boleh hubungi pihak hotel :

Ancasa Hotels & Resorts

Hotline :
03-2026 6060


berlatarbelakangkan dekorasi Kampung Boy

Ceritaita

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya..makanan semua sedap..harga buffet pun murah jer..nasib baik akak ni jauh..kalau dekat boleh beli voucher early bird...

Inani Hazwani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnyaaa, macam macam menu ada :)

Farahain ZFA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ikan patin masak tempoyak dengan daging salai tuhhh..... sedaaaaaappppnyaaa...

Dunia Zumal berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah, sampai 120 hidangan memang berbaloi la pergi. Harganya pun ok...