Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki

  Hari Pertama Sekolah Assalamualaikum semua, hari ni semua kena keluar awal dari rumah. Bak kata Adam malam-malam hari lagi kita dah keluar. Ayat sebenarnya dia nak cakap kami keluar waktu hari masih gelap. Ianya sebab hari ni hari pertama bersekolah di Johor. Ini merupakan tahun kedua anak-anak bersekolah bermula hari Isnin. Nampak anak dah terbiasa juga dengan rutin ni walau dulu Johor mula sekolah pada hari Ahad. Semuanya ceria hari ni walaupun hati aku sedikit gundah sebab tak dapat intai Adam bersekolah pada hari pertama. Alhamdulillah syukur dia baik-baik je hari ni. Mesyuarat di Putrajaya Aku pulak kena bergerak awal sebab nak ke Putrajaya. Ada mesyuarat petang tadi di ibupejabat. Jadi aku kena bergerak awal sebab Shah nak hantar aku ke tempat kerja. Aku sampai tadi dah malam sebab tu dia nak jemput. Jadi tak perlu la aku memandu ke pejabat. Cuma kena bergerak awal serentak dengan anak-anak la. Planner Yang Cantik Kebetulan pulak aku bergerak tadi terlupa nak bawak buku not...

Terus Terbang Tinggi Wahai Anak!

  Tahniah Abg Long! Assalamualaikum semua, aku sebenarnya patut tulis lama dah kisah anak yang sorang ni tapi belum sampai masa yang sesuai. Hari ni aku rasa masa yang sesuai untuk aku tulis satu post khas untuk ucapkan tahniah buat Abg Long, anak kami yang pertama. Abg Long Melangkah Ke Kolej Vokasional Pada tahun 2023, Abg Long buat keputusan nak sambung belajar ke Kolej Vokasional atau KV. Pada awalnya masa tu, abg long mintak kursus komputer. Dia minat sangat dengan komputer. Tapi apakan daya, tiada rezeki abg long untuk terpilih mengikuti kursus komputer di KV. Gagal Kemasukan ke KV Gambar tahun 2023 waktu hadiri temuduga terbuka Abg long sebenarnya memohon untuk sertai KV Sepang dalam bidang komputer tapi gagal. Jadinya Abg long nekad nak teruskan dengan rayuan. Pada masa tu rayuan "walk in" untuk temuduga terbuka cuma pada kursus tertentu je. Antaranya kursus Automotif, kursus Elektronik, kursus Elektrik, kursus Penghawa dingin dan Kursus Perakaunan. Kursus Perakaunan ...

Selamat Kembali Ke Sekolah

M encari Kelengkapan Sekolah Malam ni kami keluar lagi cari kelengkapan sekolah anak. Selagi belum naik sekolah beginilah rutinnya. Ada je belum cukup. Cari kasut sekolah abg ngah dan baju putih untuk Adam. Sebulan ni Adam tak payah pakai baju uniform dulu, kena pakai t-shirt putih je, jadi satu helai belum tentu cukup. Kena la tambah lagi sepasang t-shirt putih dan seluar track. PasarayaKu Jual Baju Murah Masa aku sampai PasarayaKu antara pasaraya yang paling kami suka untuk cari kelengkapan sekolah. Sebab apa tau. Sebab kat sini baju dan barang-barangnya agak murah dari kedai lain. Sebagai contohlah, baju t-shirt putih lengan panjang cuma RM7.80 je kat PasarayaKu untuk saiz badan Adam. Kalau di kedai lain dah cecah lebih RM10 sehelai. Ingatkan nak beli la kasut Abg Ngah sekali, sekali tengok tak banyak pilihan. Orang jangan cakap la punyalah ramai. Sampaikan nak masuk kedai pun tak boleh. Sudahnya kami ke kedai lain pulak. Suami Pemalas Tengah kekalutan masa Shah nak cari tempat leta...

Festival Layang-Layang Sedunia ke 28 di Pasir Gudang 2026

 Fe stival Layang-layang di Pasir Gudang Assalamualaikum semua, kalau sebut pasal festival layang-layang ni. Terus terbayang pelbagai jenis corak dan bentuk layang-layang gergasi yang diterbangkan tinggi di langit. Kami pernah jugaklah pergi ke festival layang-layang ni sekali je dulu. Kena gigih ya nak ke festival ni. Satu sebab kena datang awal untuk dapatkan tempat letak kereta yang dekat. Kedua kena sedia modal banyak sebab jualan dia semua best kat situ. Muzium Layang-Layang Yang jadikan dianya unik dan best ialah pelbagai layang-layang yang diterbangkan tu bukan saja dari Malaysia tapi dari seluruh dunia. Aku pernah jugak pergi Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang ni selain dari musim festival dunia macam ni dulu. Kat situ ada satu muzium layang-layang yang mempamerkan semua jenis layang-layang terutama layang-layang dan wau di Malaysia. Cantik-cantik semuanya. Muziumnya agak luas jugak. Baguslah untuk pengetahuan am anak-anak pasal layang-layang. Promosi Festival Layang-layan...

Adam Dah Naik Sekolah!

Adam dah jadi Abang! Assalamualaikum semua, macam tak percaya je lagi. Anak kami yang bongsu, si Adam dah naik sekolah tahun 2026 ni. Takde lagi dah baby Adam kami. Adam dah jadi Abang! Orientasi Tahun 1 Sekolah Rendah Bulan lepas ada sesi orientasi Tahun 1 di sekolah rendah. Murid-murid dibawa ke keliling sekolah untuk kenal kawasan sekolah, tandas dan kelas mereka. Suka betul dia walau jumpa kawan sekejap je. Tapi ada hal lebih menyedihkan. Aku lupa bawakan beg dan alat tulis dia macam yang cikgu pesan. Ia adalah tragedi untuk mak-mak ok.. lagi la bila ianya berlaku pada anak yang terakhir sekali melangkah ke alam persekolahan. "Jammed" la bila fikir.. anak aku sorang je ke yang tak bawak? Kekal Tenang Tapi alhamdulillah, Adam anak yang baik dan bijak. Dia tetap kekal tenang je. Aku berkali-kali la mintak maaf. Dia kata takpe je.. Adam tau ummi terlupa. Adam ok je.. adam pinjam kaler kawan Adam. Syukurlah dia sangat pandai menyesuaikan diri. MUS di Darjah 1 Sekolah Agama Jo...

Kembalikan Hobi Membaca dan Menulis

H obi Membaca dan Menulis Assalamualaikum semua, tahun ni antara azam aku ialah nak kembalikan semula hobi membaca dan menulis yang aku suka sangat buat dulu. Disebabkan kesibukan hidup seharian, dah lama dah aku tak daoat buat 2 perkara yang aku suka ni. Minat Membaca Dari dulu aku memang pantang kalau jumpa buku atau kertas. Teringat waktu aku kecik-kecik sampailah ke zaman remaja. Sampai ada ketika tu arwah mak suruh sapu rumah, aku boleh berhenti lama gila pasal terjumpa keratan surat khabar dan aku baca dulu. Marah la arwah mak dulu. Haha.. mak masih ulang-ulang cerita tu sampai aku dah beranak pinak. Al-Fatihah buat arwah mak. Suka Pinjam Buku Perpustakaan Disebabkan payah nak beli buku zaman dulu pasal kewangan agak terhad, aku suka pinjam buku dari perpustakaan sekolah. Sampai aku jadi pengawas perpustakaan la zaman sekolah dulu. Punyalah minat pada buku. Sekarang ni pun aku masih teruskan minat yang satu ni. Aku ada je buat peminjaman buku kat perpustakaan kementerian. Ada yan...

Warong Cabin Gudang Garam Segamat

Singgah Makan di Warung Cabin Gudang Garam Segamat Assalamualaikum semua, semalam kami gerak balik dari Kuantan menghala ke Kluang. Sempat singgah ke rumah lama kami sewa dulu di Kampung Kempadang, kemudian ke rumah kakak kami di Taman Tas sebelum ke Kampung RPSB Banjir untuk singgah rumah lama dan rumah baru mak. Rumah pertama kami sewa dulu di Kampung Kempadang. Rumah kayu ni.  Rumah kedua kami sewa rumah berkembar ni. Azab tiap hari basuh taik kambing.  Lama kami tak jenguk rumah baru mak, dah masuk 8 bulan mak pergi. Belum ada kekuatan lagi nak cerita pasal kehilangan ni. Berat hati dan mata bila menulis. Tunggulah dulu masa yang sesuai. Lokasi Warong Cabin Gudang Garam Segamat Waktu dalam perjalanan balik tu memang belum berhenti mana-mana untuk makan. Kebetulan pulak kami berhenti di Segamat untuk solat Maghrib dan Isyak terus la aku ligat cari tempat makan. Masa tengok kat google tu jaraknya lebih kurang dalam 9 ke 10 minit perjalanan dari Stesen Minyak Petronas yang ka...