Kenduri Moksu - Cerita Ita                                                             Kenduri Moksu Langkau ke kandungan utama

Kenduri Moksu

sebenarnya entry ni lama dah patutnya aku masukkan...kenduri ni dilangsungkan pada 2.8.2009 lepas, tp disebabkan kesibukan dan tak sempat nak menaip maka terlambat lah ia...hehe..

moksu aku ni adik bongsu belah abah...takde yang special pun yang cite..kecuali cerita aku yang dikutuk kerana bertambah-tambah sihatnya...hahaha....woi.. laki aku bagi cukup makan la..korang mana tau...

lagi satu yang specialnya ialah kali ni kami dapat ambik gambor beramai2 satu keluarga (setelah shah berhempas pulas memegang hakimi)..tak pernah dapat buat camni tau..selalunya abah aku mesti mengelak punyalah...dari along kawin sampai aku kawin...tak pernah dapat gambor dengan abah...huk..huk...sedih tau...sampai mak aku pun berdoa jgn la jadi apa2 selepas ni...insyallah mak..semoga keluarga kita terus bahagia selamanya...

rupa-rupanya...firasat mak aku betul jugak...masa diorang on the way balik dari kota (masa ni aku dan along dah balik dulu), andak mengantuk dan kereta terbabas sampai jalan sebelah lagi tu...mujur la masa tu takde keta kat jalan sebelah tu..kalau tak...nauzubillah...tak dapat aku nak bayangkan...tp tak leh nak salahkan andak gak..dia baru balik mlm sebelum tu...lepas tu tak dpt tidur lena lak kat umah atuk..maklum la kenduri kan...(hei andak..ko bawak lagi macam tu angah luku2 kepala ko nanti tau!)....

masa mak cite tu aku x tau nak kata apa lg dah..speechless...alhamdulillah...Allah masih panjangkan umur semua ahli keluarga aku....Terima kasih Ya Allah...

ni lak gambar kenangan kami semua...


satu lagi...


adik2 bujang aku..hehe iklan ni...aiseh kurang sorang lak..uda mana?


pengantin BARU!


pengantin LAMA!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...