PANIK!!! - Cerita Ita                                                             PANIK!!! Langkau ke kandungan utama

PANIK!!!

sebenarnya kami baru je balik dari Kuantan Medical Centre (KMC) kul 12 tghari tadi...
ini semua pasal hakimi la..buat kami panik betul..
cerita dia macam ni...dah seminggu hakimi selsema..last gi klinik 7/8 lepas...takde demam so kami pun tak la risau sangat, tp cadangnya petang ni nak bawak dia gi klinik lain lak..tp perkara ni jadi mlm tadi tengah aku sibuk-sibuk masak kat dapur, shah takde kat umah lak tu, kena keja malam...hakimi lak tengah sedap tengok cite kartun kat tv sambil makan maruku...tetiba dia meraung..terus menangis sampai keluar air mata...macam sakit sangat...cara dia menangis tu cam kena gigit je gayanya...masa tu dia siap ngonyoh2 hidung dia...aku ingat dia marah sebab hidung dia sumbat..
so aku pun ajak dia mandi..basuh2 badan semua....lepas tu aku sedut hidung dia...memula dia nangis...kali kedua dia diam...sebab lega sikit kot..kali ketiga hinggus keluar sama dengan darah...aku panik gak masa ni..tapi nak sedapkan hati aku kata la kot sebab aku sedut kuat sangat sampai berdarah...lepas tu aku bg makan dan hakimi tidur dengan lenanya...

pagi ni lak aku kejut hakimi ajak gi sekolah...baik mood dia..senyum2 je..tp dia mengantuk lagi, so aku dukung dia sampai dalam keta..kat dalam keta aku bagi dia makan pil vitamin dia..dah abis 6 biji aku pusingkan badan dia nak tengok hidung dia kot2 la kalau ada hinggus yang kering penuh kat lubang hidung dia (selalu aku kesat dengan kain basah supaya hidung dia lega)...tetiba aku nampak benda warna hijau pekat kat dalam lubang hidung belah kiri...hati aku dah risau..sudah apa pulak kat dalam hidung anak aku ni...terus aku tunjuk kat shah...apa lagi kami terus buat keputusan hantar klinik pagi tu jugak...

sampai kat klinik kul 8 pagi..dr pun takde lagi..hati aku dah risau sbb masa dlm keta tadi aku cuma keluarkan benda tu tp tak berjaya makin masuk lagi dalam ada la...dengan hakimi terjerit2 lagi.."ayah..ayah..." bermaksud tak payah le tu....
dr sampai dlm kul 8.15 pg..dpt check dlm kul 8.30 pg...terus mmg dr confirm ada foriegn body kat dlm hidung dia..terus aku terpikir kacang hijau yang kat dalam maruku semalam...alahai nak orang makan ikut mulut yg awak makan ikut hidung tu nape... dr kat klinik tu cuba tarik tp hero aku sorang ni struggle gila2...last2 dr kata saya proceed ke KMC/KSH je la ye..kami terus je setuju...risau yang amat...

sampai kat KMC masa tu kul 9.15 pg...sampai2 dia suruh tunggu sbb dr tak sampai lg ..dr datang dalam kul 10 pg...siap budak kaunter tu suruh aku dgn shah gi minum2 atau makan2 dulu...diorang tak tau betapa susah hati aku ni...hilang selera dah rasanya...sampai situ diorang tanya kul bape dia last menyusu atau makan..aku kata kul 8.30 pg tadi..dia kata tak leh la nak buat sekarang..takut nanti kalau kena bagi sedative leh ada kesan sampingan...jadi hakimi dipuasakan untuk 4 jam akan datang..diorang kata lak procedure cuma leh buat dalam kul 11.30 pg je..itu pun kalau insuran leh confirm cepat...

nak dijadikan cerita..sementara tunggu insuran tu...dah kul 11.30 pg..kami dah tak sedap hati sebab hakimi dah mula mintak susu sejak kul 10.30 pg tadi lagi dah..macam2 dah kami buat nak lekakan dia..cakap2 dengan tiger dan pooh kat dinding hospital tu la...kira bape ekor tupai la...sampai hakimi dah siap mandi kat hospital tu...kucing yang aku lukis pun tak yah kira la dah bape ekor tah...last2 dia mengamuk...alamak..dia dah buat adegan kuak lentang kat atas lantai spital tu...letih la anak bujang aku sorang ni...kami bawak lari dia jauh2 sampai kat lift...bagi dia main2 punat2 kat lift tu..tak jalan gak...at last shah kata dah nampak kacang tu cam nak keluar dah..aku pun pakat dengan shah bior dia nangis gila2 punya..harap2 kacang tu leh keluar nanti...akhirnya sedang dia menangis2 tu shah nekad je tarik kacang tu keluar...alhamdulillah...terpancul kacang tu akhirnya kat koridor KMC tu...hahaha...lega hati kami...lepas tu terus kami buat susu...kesian hakimi...

aku ada simpan kacang tu..balik kang aku ambik gambo kacang durjana tu dan upload kat sini...

Ulasan

  1. wat saspen aje hakimi.. tp lega bila dpt tau menda alah tu dpt kuar sendiri.. kelakar pn ada hahaha.. mcm ni la kan bila dh ada anak hehe

    BalasPadam
  2. mmg suspen adak...lepas abis semua tu baru la kami rasa lapar tau..tp nak buat mcmana dia pun bukan sengaja nak buat gempak kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum