alhamdulillah.... Allah mendengar doa hambamu ini... - Cerita Ita                                                             alhamdulillah.... Allah mendengar doa hambamu ini... Langkau ke kandungan utama

alhamdulillah.... Allah mendengar doa hambamu ini...

salam semua,

hari ni hati aku lega-selega-leganya.... hilang beban yang menghantui sejak 2 minggu lepas.....

kalau sebelum ni aku tidur tak lena.... akan sedar setiap malam termenung sambil tengok muka anak2 kesayangan juga suami tersayang setiap satu.... kadang2 rasa nak menangis pun ada....

kalau sebelum ni pun aku makan tak lalu sampai ada satu hari tu aku cuma jamah beberapa keping roti untuk sekadar alas perut cuma.... hati rasa tak tenteram dan tekak pun rasa tak lalu nak menelan apa pun....

kalau sebelum ni aku selalu memikirkan yang sebarang kemungkinan akan berlaku.... apa yang perlu kami lakukan.... sehingga ada masa akal ini memikirkan yang tidak2.....

kalau sebelum ini kandungan ini sepertinya ku abaikan kerana keresahan hati....

alhamdulillah setelah semua usaha dilakukan.... doa dan tawakal ku serahkan pada Yang Esa.... dan
hari ini aku tau keputusannya.... alhamdulillah... syukur ku panjatkan padaNya.... terasa tiba2 diri aku ni begitu kerdil dan selalu melupakanNya... tapi akhirnya Allah masih mendengar keluh resah hambanya yang selalu melupakanNya... masih ada lagi sinar buat kami sekeluarga....

Alhamdulillah Ya Allah... Segala Puji bagiMu.... Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani....

p/s terima kasih tak terhingga kepada ahli keluarga, sahabat2 dan rakan2 yang turut mendoakan.... hanya Allah saja yang dapat membalas jasa korang semua....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...