risaunya aku.... - Cerita Ita                                                             risaunya aku.... Langkau ke kandungan utama

risaunya aku....

salam semua,

ni aku tengah risau ni... kawan2 opis ni suruh gi klinik check  je... aku rasa nak tunggu jap2 lagi la... tengok dulu macamana...

ceritanya camni... disebabkan hari tu aku tak dapat nak tunaikan impian abg long  dalam entry ni... maka hari selasa lepas aku pun call la semua McD yang ada di kuantan ni... bukan banyak pun cuma ada 2 je... satu kat Teluk Cempedak dan satu kat Megamall... yang kat TC tu aku call tak berjawab2... tapi kat Megamall tu kata hari Khamis baru sampai stock baru... aku pun pergi la ajak shah tadi ke McD TC tu.. sesampai kat situ ... laaa... McD tengah renovate la... TUTUP.... jadi kami pun tukar ke Megamall...

dah la menjelajah cari parking... ramai orang sebab orang baru dpat gaji hari ni kot... jauh gak la kami berjalan dari tempat parking kat luar dekat dengan MS Garden... sampai kat McD ramainya orang.. semua yang lepas beli bawak set happy meal... sama kot tujuan dengan aku ni... sampai giliran kami aku order 2 set happy meal dan 1 set bigmag...

kami makan kat situ... aku cuma abiskan 2 french fries dalam happy meal tu.. burger aku tinggalkan untuk anak2 nanti petang... shah abiskan big mag set tu... bukan apa aku abiskan fries tu... nanti kalau dah sejuk kan tak sedap... hehe... alasan kan... aku kenyang dah makan nasi beriani rusa masa open house jiran kami tadi...

lepas tu aku tanya kat diorang sundae coklat ada tak... boleh dia jawab satu malaysia pun takde... cettt... lepas tu aku pun beli la chocotop untuk lepas gian... sedang kami jalan2 berdua ke kereta tu aku sambil makan aiskrim la... kami jalan tepi jalan tu tapi aku ajak shah jalan kat atas batu sebab risau banyak lori lalu lalang...  shah dah bawak 2 plastik termasuk plastik yang memula aku pegang.. aku lak pegang aiskrim... sampai satu area bawah pokok aku cuba elak ranting pokok tu tapi last2 aku terpelecok sebab batu kat area tepi tu tak rata... nasib baik aku memang tengah pegang tangan shah... selalu kalau jalan berdua aku memang pegang tangan dia... dan aku pun terjatuh la... tapi tak kuat sangat... cuma macam berpusing sebab cuma paut satu tangan je... shah tak leh nak buat apa pasal dia pegang 2 plastik kat tangan dia...

aku tahan dengan punggung belah kanan.. memang jatuh perlahan je aku rasa.. tak la sampai berdebab tu ha... cuma lutut kanan ni je yang melecet pasal aku tahan dengan lutut sebelum berpusing...

lepas tu aku rasa anak kat dalam perut ni serta merta senyap.. takde lak rasa dia tendang2 kuat cam pagi tadi... lepas aku jatuh tadi cuma aku rasa gerak dalam 2 kali je.. sepanjang aku menaip entry ni pun dia lum tendang lagi....

korang rasa aku kena gi check ke ek??

update 3.40 petang... alhamdulillah dia dah gerak cam biasa... lega...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat