kami akan pegi sini Sabtu ni.... - Cerita Ita                                                             kami akan pegi sini Sabtu ni.... Langkau ke kandungan utama

kami akan pegi sini Sabtu ni....

salam semua,

entry hari jumaat dah ni... sekejap je dah jumaat kan... sunyi je bila sampai hari jumaat... mana ntah umat-umat semua pergi...

aku lepak-lepak kat opis je la rehat ni... malas nak berjalan... nak balik rumah pun malas... baju shah dah sidaikan pagi tadi sebelum gi keja... kain baju pun aku dah siap lipat sebelum gi keja tadi.. balik rumah pun bukan ada keja nak buat... baik lepak kat opis.. jap lagi leh tidur.. hehe.. tu je la kejanya...

ni aku nak cite sikit pasal plan kami minggu ni... selalu kalau hujung bulan kalau shah cuti kami akan balik kampung... tapi kali ni plan berubah pulak... kami nak sertai hari keluarga kelab sabtu dan ahad ni... cam meriah je kan... memang meriah pun... plan asal ada lebih kurang 200 keluarga yang sertai... best tu... dalam 800 orang ahli keluarga semuanya... memang meriah... dan tahun ni hari keluarga kelab ni akan diadakan di sini.....


tak kenal lagi kan tempat ni? tempat ini la...


aku walaupun nama je duduk kat kuantan tapi tak pernah hayat lagi tidur  atau mandi-manda kat sini... datang dulu sekali je pun pasal kena bagi ceramah...

masa tempat keja aku buat hari keluarga kat sini tahun lepas aku dalam pantang si najmi dulu... tapi diorang cuma balik hari je tak tidur... kali ni kami datang untuk bermalam ni.. itu yang cam teruja sangat tu... tapi bila survey-survey tadi jadi cam tak teruja je pasal semua kena guna duit je kat water park dia tu... aiseh ada ke bajet ni ye... dah la gaji bulan ni tinggal separuh... bulan ni dah start kena bayar rumah dah... kena jimat-jimat sampai hujung bulan depan lak... harap-harap anak-anak tak minta bukan-bukan la....

p/s berharap kot leh dapat hadiah besar-besar tahun ni.... tv led ke kan...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat